Thursday, February 24, 2011

Sweet..

Teringat pengalaman saya semasa di dalam posting surgery 2 tahun yang lalu. Saat itu, saya dan seorang kawan berkenalan dengan seorang Medical Officer (MO). Dia sangat baik dan pernah melalui kegagalan dalam hidupnya. Kegagalan tersebut memberi tamparan yang hebat buat dirinya.

Dia suka mengajar. Satu hari, kami belajar present case di hadapannya. Selepas kawan saya present case, dia menyuruh saya memberi komen. Saya terus memberi teguran berkenaan dengan kelemahan yang ada di dalam presentation kawan saya tersebut. Kata MO tersebut, inilah typical Malaysian. Ya, kerana kita jarang memuji tetapi suka mengeji. Kita jarang memberi komen membina terlebih dahulu sebelum memberi kritikan. Di barat, hal itu jarang terjadi. Mereka suka memberi komen membina sebelum memberi kritikan.

Pengalaman itu begitu mengajar saya. Dan saya mula memperbaiki cara memberi komen. Kadangkala saya terbawa-bawa juga kesilapan tersebut, dan seringkali bicara MO tersebut mengingatkan saya.

Sebenarnya hal itu sering terjadi dalam dunia perubatan. Pada saya, dunia perubatan ini diwarnai dengan kritikan yang begitu mencucuk hati. Setiap hari dimarahi. Dan terkadang, seorang doktor membuat kerja tanpa ada perasaan di dalamnya. Hati dan fikirannya lebih terarah pada expectation senior-senior yang ada di atas mereka. Sehingga kerja ini menjadi rutin yang menyakitkan. Bergelar pelajar perubatan pun sama, memenuhkan hati pensyarah semata-mata. Entahlah…

Saya tidak suka perubatan sebab dunia ini dipenuhi dengan orang-orang yang bongkak. Saya bencikannya. Kita terlalu bangga dengan apa yang ada pada kita. Entahlah…

Terkenang ayat pertama Surah Abasa. Ayat yang indah. Saat Allah menegur kekasihNya. Abasa watawalla. Dia (Muhammad) telah memasamkan mukanya dan berpaling mengabaikannya. Kalau baca terjemahan mesti ada kurungan, dan dalam kurungan itu tertulis Muhammad. Seolah-olah ayat ini ditujukan untuk Rasulullah SAW.

Tapi Allah sebut ayat itu abasa wa tawalla. Bukan abasa watawallaita. Maksudnya, Allah tidak kata – “Kau ini masam muka”. Tidak, Allah tidak kata macam itu. Cara Allah tegur sweet sangat.

Seolah-olah cara dia macam ini – “Ada orang itu kan..dia merajuk. Ada orang itu kan..dia masam muka”. Penuh kelembutan. Tidak tertuju langsung direct pada Rasulullah SAW. Sweetnya Allah..

Jom baca petikan dari tafsir Fi Zilalil Quran dalam bercerita mengenai ayat ini – Dengan menggunakan kata-kata cerita seorang yang lain yang tidak ada. Cara ini membayangkan bahawa tajuk pembicaraan itu tidak disukai Allah hingga Ia tidak mahu menunjukkan tajuk itu secara langsung kepada nabi kesayangan-Nya kerana kasihkannya dan kerana menghormatinya dari terus mengemukakan kepadanya perkara yang tidak diingininya itu.

Sweetnya cara Allah tegur kekasihNya…

Saya pun tidak baik sangat. Mulut pun laser je selalu kalau tegur orang. Jom belajar fiqh dakwah dari Quran.. Mudah-mudahan hikmah Allah itu mampu kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

2 comments:

utrujah said...

this is sweet to..masya Allah

Unknown said...

Sweet sangat!