Wednesday, February 23, 2011

Rutin...


Ye sote bhee hain attention
Aage rehne ki hai tension
Mehnat inko pyari hai
Ekdum aagyakari hain

They’re alert even in sleep
Afraid of falling behind
Always obeying orders
Their axes to the grind

Translation lagu Jame Raho

Bila hidup seakan rutin. Mengulang hari yang sama tanpa ada sekelumit perasaan di dalamnya.

Tadi selepas kelas, seorang pensyarah bertanyakan soalan. Siapa yang di antara kami yang mungkin menyesal belajar di bidang perubatan? Tanpa teragak-agar, saya mengangkat tangan.

Dia bertanya lagi. Kalau bukan perubatan, apa bidang lain yang mungkin menjadi pilihan? Jawapan saya art (sains sosial). Bukan sains tulen.

Hakikatnya masa tidak boleh diputar semula. Cuma fantasi untuk terus bermimpi. Kita ada Allah. Allah yang mentakdirkan segala peristiwa yang terjadi dalam kehidupan kita. Allah yang mengetahui rahsia tadbir segala peristiwa.

Semalam saya tadabbur surah Abasa dengan adik-adik. Saya tanyakan adik-adik tersebut ayat yang menyentuh hati mereka.

Seorang adik menyebut ayat 19. Min nutfah, khalaqahu faqaddarah. Dari setitis mani, Dia menciptakannya lalu menentukan qadarnya. Kata adik tersebut, saat ovum bertemu sperma lagi, Allah telah menentukan takdir perjalanan hidup kita. Ayat yang pendek sangat tapi mengandungi makna yang mendalam bagi seorang mukmin pastinya. Allahu A'lam..

Tawakal adalah keajaiban hidup…

1 comment:

Anonymous said...

salam. lepas jadi doktor, apa perasaan akak compared dgn waktu tulis post ni ye? :)