Sunday, February 27, 2011

Alhamdulillah..

Pengalaman adalah harta yang paling mahal. Kita tidak memperolehinya di dalam daurah, mukhayyam dan lainnya. Namun segala tarbiah yang kita perolehi itulah yang menguatkan kita di saat-saat ujian Allah melanda.

Pagi ini saya berprogram di UIA. Dan kemudian kembali ke rumah, mengambil baju dan mahu ke program adik-adik. Alhamdulillah saya kemalangan di Cyberjaya. Dilanggar lori. Sukar mahu menerangkan mekanisme insiden kemalangan. Saya di jalan terus. Dan lori di sebelah kiri saya membelok ke kanan secara tiba-tiba. Impaknya agak kuat. Alhamdulillah, kereta rosak teruk namun Allah mentakdirkan saya selamat. Dada masih lagi sakit. Pemeriksaan teman, air entry is equal. Saya tidak perlu risau, mungkin muscle strain sahaja.

Kali ini, traumanya sedikit. Cuma air mata gugur berterusan. Saya belum layak lagi di sisi Allah untuk syahid. Saya menginginkannya cuma Allah tahu belum masanya. Kerja-kerja saya masih banyak lagi. Umur yang Allah beri kali ini perlu saya gunakan dengan sebaiknya di jalan dakwah.

Tafsir alfajr seakan bergentayungan di kasus minda dan di lubuk hati. Saat Allah memberi ujian, adakah saya merasakan ia penghinaan? Nauzubillah. Tidak, umur ini adalah rezeki. Pahala perlu terus diraih.

Saya terus bermuhasabah mengenai keadaan hati sendiri. Bohong kalau hati saya tidak perit melihat adik-adik binaan yang tidak hadir ke daurah. Ada rasa sedih dan berputus asa. Sepanjang perjalanan, saya memikirkan hal itu. Sedih saat melihat adik-adik menolak kebaikan yang hadir di hadapan mata. Sedih saat melihat para doktor yang sibuk masih punya masa untuk dakwah dan tarbiah, sedang mereka yang dibebani dengan sedikit ujian akademik menjauhi kebaikan. Hati terus penasaran. Barangkali kemalangan ini teguran Allah seperti mana dia menegur Nabi Yunus a.s saat nabi Allah itu berputus asa dengan umatnya. Terima kasih Allah atas teguran ini..

Ya Rabb, hasbunallahu wa nikmal wakeel. Hanya Kau sebaik-baik sandaran. Jujur kakiku seakan patah tanpa kereta yang menderu dan bersama-samaku di atas jalan dakwah ini. Ya rabb, bantulah aku meneruskan hari-hari yang payah ini. Permudahkan urusan-urusan dakwah yang kian bertambah ini.

Jzkk Zaid untuk video yang bermakna ini..

No comments: