Saturday, February 19, 2011

AlFajr..


Minggu ini saya rasa stress dan penat sangat. Semalam saya membuat keputusan untuk tidur selepas solat Isya’ untuk memberi kerehatan pada fizikal saya. Seusai menghubungi mak, saya membaca mesej yang hadir dalam keadaan saya yang begitu memerlukan. Akak free malam semalam. Jujur rasa excited sangat nak pergi bertemunya. Tidak sabar-sabar. Saya tahu tidur yang tidak dapat mengalahkan hakikat nikmatnya tarbiah dan memahami AlQuran.

Dan sejak semalam malam saya menangis tanpa henti, merasai kasih sayang Allah yang hadir dalam kekerdilan diri saya sebagai hamba yang dibaluti dosa-dosa. Allah terlalu menyayangi.. Terima kasih kak kerana menjadi perantara kasih sayangNya yang agung!

Kami tadabbur surah AlFajr. Akak tanyakan pada kami suasana surah ini. Apa perasaan yang ada di sebalik surah ini? Apa nada yang ada di sebalik surah ini?

Beberapa ayat awal dari surah ini menggambarkan keheningan fajar dan suasana yang terlalu mendamaikan. Tiba-tiba masuk cerita yang lain dari lain, cerita tentang kaum Aad, kaum Thamud, Firaun dan azab Allah pada mereka. Apa kaitan suasana yang damai itu dengan hal itu? Lepas itu masuk penceritaan mengenai manusia yang bila diberi nikmat, rasa Allah muliakan. Tapi bila dikurniakan ujian, dia merasakan Allah menghinakan. Lepas itu tiba-tiba masuk tentang tidak memberi sumbangan pada anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, tentang kecintaan pada harta. Dan tiba-tiba pula masuk tentang kiamat yang begitu mengerikan dan azab Allah yang tidak terperi sakitnya. Dan tiba-tiba pula masuk tentang keadaan jiwa yang tenang.

Saya tidak dapat memahaminya. Cubalah lihat dan tadabbur dulu ayat-ayat Allah ini sebelum membaca entri ini seterusnya. Apa yang awak dapat dari surah ini?

Saya rasa keliru dan tidak dapat menjawab soalan yang akak berikan. Saya tak dapat gist surah ini. Akak mula menceritakan..

Surah AlFajr ini adalah dari surah-surah Makkiah, surah yang membetulkan tentang aqidah. Bukan istimewa untuk orang Mukmin, tapi surah yang diturunkan untuk manusia seluruhnya.

Walfajr. Demi fajar. Fajar ini menurut orang arab adalah waktu sebelum subuh dan waktu subuh itu sendiri. Waktu yang amat menenangkan. Orang jahat pun dah tidur. Yang ada hanya alam dan manusia-manusia yang berzikir padanya. Seluruh alam dalam ketaatan pada Allah, tiada kejahatan.

Sabda Rasulullah SAW : Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibril pun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhari 5580)


Best tak bila Allah cintakan kita? Dia beritahu malaikat dan seluruh alam ini. Alam yang islam ini. Hutan, haiwan liar semuanya lebih Islam dari manusia-manusia yang ada. Best lagi lari pergi hutan kalau kita sedih sebab hutan itu lebih islam kan? Bayangkan perasaan dicintai Allah. Dinding bilik, meja yang kita gunakan, kertas-kertas yang ada yang merupakan makluk itu semuanya mencintai kita. Kita tak pernah keseorangan kan? Allah dan segala makhluknya bersama kita.

Walayalin asyr. Demi malam yang sepuluh. Ada banyak pendapat tentang malam yang sepuluh ini. Tapi ia adalah malam yang sangat istimewa di sisi Allah dan Allah bersumpah deminya. Bayangkan perasaan surah ini. Terlalu istimewa.

Dan bilangan yang genap serta yang ganjil. Bilangan yang genap dan ganjil ini menurut pendapat adalah solat. Dalam suasana hening dan ibadah solat itu dilakukan. Sungguh menenangkan.

Dan malam, apabila ia berlalu. Apa yang berlaku seusai malam berlalu? Akan terbitlah fajar. Surah ini turun dalam suasana umat islam yang sedang ditindas di Mekah. Apa perasaan mereka saat membaca surah ini? Segala kesedihan dan penyiksaan akan berlalu. Fajar akan kembali.

Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (89:5)


Kalau kita ini berakal sempurna, kita akan memperdalami sedalamnya hakikat sumpah yang Allah ungkapkan dalam ayat 1-4.

Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad, iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (89:6-14)


Kenapa Allah tiba-tiba ceritakan hal ini setelah suasana yang sangat damai itu? Sebenarnya tidak berubah lagi mood surah ini. Allah masih memujuk umat Islam. Allah suruh umat Islam yang sedang tertindas itu berfikir tentang kaum-kaum yang sebelum ini. Diorang itu lebih jahat lagi, lebih hebat lagi. Bangunan yang diciptakan mereka itu teknologinya sangatlah hebat. Tapi Allah azab mereka. Dan Allah tegaskan bahawa Allah mengawasi setiap perkara dan Dia akan membalasi. Apa perasaan sahabat-sahabat saat membaca surah ini? Diorang tidak pernah down dalam dakwah. Lagi tertindas, lagi tersebar dakwah. Ikhwan sendiri ditindas di Mesir, tapi dakwah mereka sampai di setiap pelusuk negeri. Kenapa tidak down? Diorang tidak pernah menghabiskan masa dengan berfikir tentang musuh-musuh Allah. Mereka tahu Allah mengawasi. Yang penting mereka melakukan kerja-kerja mereka. Best tak cara Allah pujuk? Sweet sangat kan? Allah ambil suasana yang sangat indah. Dan Allah beritahu kita kekuasaan Dia sampai kita merasai bahawa Allah ada di setiap perjalanan hidup kita.

Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!" Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan daku!" (89: 16-17)

Allah sebut beritahu kat kita tentang mindset yang ada dalam diri majoriti manusia yang ada di atas muka bumi Allah. Kita rasa bila diberi nikmat, Allah muliakan kita. Bila diuji, Allah menghinakan kita. Bukan hanya pada diri kita sahaja tapi kalau kita melihat sesuatu perkara itu berlaku pada manusia lain, itu juga yang kita fikirkan, kan? Contohnya, ada seorang pelajar perubatan. Dia gagal. Apa perasaan awak saat melihat semua itu? Awak rasa mesti banyak maksiat yang dia lakukan, dan Allah uji dia kan? Macam –macam lagi contoh yang ada. Fikirlah sendiri ye. Tapi inilah persepsi yang ada manusia.

Sedang kedua-duanya, nikmat atau musibah adalah ujian dari Allah. Tiada kaitan dengan kemuliaan atau kehinaan. Keredhaan dan kemurkaan Allah tidak boleh dijustify dengan sejauh mana pemberian rezeki yang Allah berikan pada seseorang itu. Mindset ini salah giler. Allah nak perbetulkan semua ini. Di sisi Allah, mindset yang salah ini adalah sesuatu yang sangat besar.

Dunia ini kalau nak diikutkan adalah seperti laluan yang lurus menuju akhirat. Dan dalam perjalanan itu ada dinding yang diumpamakan dengan ujian. Contohnya, kalau kita gagal buat perubatan, seolah-olah kita melanggar dinding itu. Adakah kita akan terpelanting jauh ke belakang kerana ujian yang berlaku? Tidak sepatutnya kalau kita clear yang tujuan hidup kita adalah akhirat. Kalau gagal pun, kita tidak kisah sangat. Kita sanggup naik dinding itu dan meneruskan perjalanan hidup kita untuk menuju akhirat yang abadi.

Apa sebabnya mindset yang salah yang Allah sebutkan itu boleh berlaku? Jawapannya ada dalam ayat seterusnya..

Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin; Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya), Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba! (89:17-20)


Mindset yang salah itu adalah disebabkan kesalahan kita sendiri. Tidak muliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, ambil harta pusaka dan terlalu mencintai harta. Macam mana awak nak betulkan mindset yang salah itu? Infaqlah sebanyak-banyaknya. Hilangkan kecintaan kita pada dunia ini.

Kami ada berbual mengenai perang Khaibar. 1400 sahabat yang pergi berperang ini memang betul-betul solid imannya. Dan mereka menang. Banyak harta rampasan perang. Dan mereka berbual-bual seusai habis peperangan. Ada seorang sahabat yang syahid, dan sahabat-sahabat lain cemburu melihatnya. Tapi Rasulullah SAW kata sahabat itu selimutnya dan tali kasutnya dari neraka. Sebabnya semasa peperangan berlangsung, sahabat ini ada ambil selimut dan tali kasut dari harta rampasan peperangan itu. Padahal harta yang ada begitu banyak, dan sahabat itu cuma ambil sedikit sahaja. Tapi disiplin dan ketaatan jemaah islam adalah besar di sisi Allah dan rasulNya. Selagi belum berlaku pembahagian, tidak boleh ambil.

Ada seorang sahabat yang syahid, dan sahabat lain ajak Rasulullah SAW untuk solat jenazah. Rasulullah kata sahabat ini tempatnya di neraka. Kenapa? Dia ada ambil satu mutiara. Dan harga mutiara itu sangatlah murah, cuma dua dirham sahaja. Tapi Rasulullah SAW sangat disiplin. Ada sahabat yang berpeluh semasa peperangan, dan dia ambil satu kain pihak musuh dan mengikatnya di kepala, Rasulullah SAW kata kau mengikat kain dari neraka. Terus sahabat ini baling kain itu.

Bila kalahkan tentera Yahudi, banyak arak yang dapat dikumpulkan. Ada sahabat yang tidak dapat menahan diri. Dia minum sedikit dan Rasulullah SAW memukulnya dengan selipar. Lepas itu Saidina Umar mengherdiknya, tapi Rasulullah SAW kata, hukuman tadi dah cukup baginya, tak perlu herdik.

Apa yang cuba disampaikan dari cerita ini? Benda-benda kecil yang kita abaikan dan benda ini sebenarnya mempengaruhi. Kalau dalam ayat itu, Allah beritahu sampai boleh mempengaruhi dan membentuk mindset yang salah.

Akak beritahu pengalamannya di RI (rumah Islam). Nak tahu tentang RI, boleh baca blog ini. Bila duduk di RI, semua orang main ambil je barang orang lain. Rasa macam adik beradik. Tapi sebenarnya kalau kita ini mukmin, kita ambil barang orang pun, kita akan minta kebenaran. Benda itu kecil tapi boleh menyebabkan terjejasnya ukhwah. Akak ceritakan tentang kuda-kuda dakwah (kereta dakwah) yang diinfaqkan oleh orang perseorangan. Tapi yang sedihnya, beberapa kemalangan telah terjadi dan kereta ini terjejas. Tapi orang yang terlibat dalam kemalangan itu tidak memaklumkan. Nampak macam kecil je. Tapi besar sebenarnya. Bukan hal kerosakan yang dah berlaku, sebab benda itu boleh diselesaikan. Tapi rasa tanggungjawab untuk memaklukmkan itu.

Makanya, kita ini orang mukmin kena sensitif dengan benda-benda yang kecil ini.

Jangan sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya) apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di atasnya dan) diratakan serata-ratanya, Dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah), Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya? Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat menyeksa seperti azab (yang ditimpakan oleh) Allah. Dan tiada sesiapapun yang dapat mengikat serta membelenggu seperti ikatan dan belengguNya. (89:21-26)

Macam mana nak betulkan mindset yang salah ini? Apa kesedaran yang perlu ada? Inilah jawapannya. Ingatlah gambaran kiamat dan akhirat yang akan menggoncangkan hati sesiapa sahaja. Kalau gegaran sedikit kat bangunan sebab gempa bumi di tempat lain, orang mesti takut. Semua dah turun dari flat dan lari. Cuba bayangkan bila Allah kata bumi ini akan digoncangkan berturut-turut. Ngeri tak? Bila Allah kata dirinya dan malaikat yang berbaris-baris akan datang. Kalau kita jumpa tentera yang ramai, mesti takut kan? Ini satu kerajaan yang agung, iaitu kerajaan Allah dan malaikatnya, bayangkan ketakutan yang ada dalam diri kita? Dan Allah ceritakan tentang manusia-manusia yang menyesal. Nak menyesal ke? Dan Allah ceritakan azabnya yang tidak terperi itu..

Dan orang-orang yang hatinya penuh iman, tidak ada mindset yang salah itu, hatinya sungguh tenang. Dan Allah memanggilnya..

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang! "Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - "Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " (89-27-30)

Ya Allah, nikmatnya nak dapat semua itu. Bestnya.. Hebatkan kelebihan orang yang tenang ini? Gagal tak takut, tidak kahwin tidak kisah, tak dapat anak tidak heran. Sebab semuanya dalam kekuasaan Allah. Yang penting dakwah dan tarbiah berjalan sehingga akhir kehidupannya bertemu dengan Allah.

Saya dah kongsikan gist dia. Nak lebih mendalam, baca tafsir fi zilalil Quran. Sebab tadabbur ini dari tafsir fi zilalil Quran. Saya berdosa, tulisan ini tidak best. Tapi baca tafsir fi zilalil Quran sangat best.

Best kan tengok Assyahid Syed Qutb sebab dia mendalami AlQuran sebegitu sekali. Saya tanya kat akak, macam mana dia boleh segenius itu mendalami AlQuran? Kata akak, sebab dia memberi seultimate tenaga, jiwa dan darahnya pada dakwah, itulah sebabnya dia mendapat ultimate kefahaman dari AlQuran.

Kalau nak faham Quran sedalamnya, kena buat kerja dakwah selayaknya… Allahu A’lam..

Saya dapat surah ini dan hati saya masih tersentuh sehingga kini… Mudah-mudahan Allah terus memberikan kita kefahaman terhadap AlQuran yang akan terus-terusan menggerakkan kita.

6 comments:

aSma.mUnshi said...

trime kaseh..ost ini amat bermakna..

sakeenah said...

salam afeera,keenah ambil sikit-sikit kata-kata afeera dari sini. Jangan marah ye?

Ummu Afeera said...

x marah hatta sedikit pun keenah...

atynadya said...

Jazakillah khair, best dan membantu sgt sbb nak share ayat ni huhuu. Best kan surah ni.

Marina Ariff said...

Assalamualaikum....saya mohon untuk share gist tadabbur ini ye.

Unknown said...

Assalamualaikum... Terima kasih atas pjelasan ya sis ... Sy baca dan mohon ambil kebaikan dri post tuan hamba ini.. byk blog dan website sy buka tapi masih temui jln buntu tentang apa sbnrnya Allah swt nak tegur dan tunjuk dlm surah ini.. betullah, kita kena ubah mindset, ujian dtg dlm berbagai cara dan arah. Jgn kerana hanya 1 ujian kecil kita marahkan Allah swt pula, kata dihinakan atau mempersoalkan tentang ujian yg dturunkan 'cthnya berkata kenapa aku diuji sebegini sedangkan aku sangat2 behave dan menjaga perilaku' ... Allah swt nak uji kan, mgkin ada dosa yg kita buat secara tak sedar dan Allah swt turunkan ujian untuk lihat sejauh mana keimanan dan ketakwaan kita kpdnya ... Apa2 pun terima kasih sis ... InshaAllah, sy mengerti apa yg Allah swt nak tegur melalui surah ini, sebab hati ini meronta-ronta nak baca dan cari tahu tentang maksud dan fadhilat surah ni..