Saya tengok satu video. Hati ini rasa geram sangat. Geram pada ahli agama. Menjadi boneka semata-mata. Tegurlah maksiat yang berlaku. Afeera, sangka baik! Mungkin kalau tegur, orang yang ditegur itu lagi jauh dari dakwah. Tapi rasa macam perbuatan itu menghina Islam juga. Mungkin orang yang buat itu tidak faham Islam lagi. Tanggungjawab siapa tugas syahadatul haq? Tugas saya! Tugas awaklah!
Tapi dia kaya, tidak mampu saya nak dakwahkan dia. Ingat tak Rub’I bin Amir? Kalau di kalangan sahabat, dia tak popular pun. Dia bukan Saidina Umar, apatah lagi macam Saidina Abu Bakar. Kira macam paling kumanlah. Tapi dia ada roh Islam yang tak terkalahkan oleh sesiapapun. Dia pergi bawa dakwah ini. Pada siapa? Pada Rustum, ketua komanden Persia yang sangat hebat itu. Apa dia kata?
إن الله ابتعثنا، لنخرج من شاء، من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديانإلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة
" Sungguh Allah mengutus kami, agar kami keluarkan (merdekakan) manusia dari mengabdikan diri pada sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, dari kezaliman agama kepada keadilan Islam dan dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."
Itu Rub’i. Semangat awak terhadap Islam ini pula macam mana? Berdenyut macam jantung pesakit heart failure ke? Mana semangat awak? Mana himmah awak? Awak tak izzah dengan Islam yang awak bawa?
Izzah!!!!!!!!!!
~
Hari ini tadabbur ayat ke 10 dari Surah AlMunafiqun.
Allah berfirman, “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu…”(AlMunafiqun: 10)
Kemudian Allah menyambungnya lagi, “Sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi,…” (AlMunafiqun: 10)
Kenapa nak minta lanjutkan?
“….supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh” (AlMunafiqun: 10)
Fahamkan ayat ini betul-betul! Kiranya antara ibadah yang paling banyak kita sesali bila kita dah mampus nanti adalah sekiranya kita tidak berinfaq di jalan Allah.
Kenapa? Sebab kita kumpul harta itu sepanjang hayat kita. Tapi kesian. Tidak bawa mati pun. Tidak bawa masuk kubur pun. Kita wariskan pada anak-anak. Sangatlahhhhhh menyesal sebab tidak infaq dulu. Harta yang susah payah kita kumpul itu tidak memberi sedikit manfaat pun..
Nauzubillah…
Makanya berinfaqlah di jalan Allah. Tidak rugi sesen pun.

1 comment:
seakan x percaya..ini realiti hdup, sbhanallah..persan x dlm vdeo tu..imam duk d bwh n pngntin laki tggi skt dr imam...Ya Allah..knp pgkt n drjat diagungkn smpaai cmtu skali..mana afeera dpt vdeo ni?
Post a Comment