Saya mengimbau kejadian 5 tahun lalu. Keputusan matrikulasi semester pertama tidak berapa baik saat itu. Dan saya tidak berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains. Kemudian datang seorang doktor pakar berbicara mengenai profesion perubatan. Kata-katanya yang tidak saya lupa adalah bidang ini menjamin dakwah. Malah peluang dakwah terlalu luas dalam bidang ini. Hati saya cair saat itu walau keputusan tidak berapa baik.
Entahlah. Saya tidak akan terlibat dengan bidang ini kalau tujuannya bukan kerana dakwah. Tapi saat ini saya rasa jauh sangat perihal dakwah dan tarbiah dalam kehidupan saya. Dan jujurnya perasaan ingin berhenti itu ada. Dan saya mahu lari. Lari dari semua manusia yang saya kenali. Lari dari keluarga, lari dari sahabat dan lari dari dunia yang terlalu menyakitkan ini.
Saat ini saya tidak memahami prioriti hidup saya sendiri. Hidup yang penuh payah. Terpaksa mengikut acuan manusia. Tidak mampu berfikir sendiri. Menjadi boneka. Dan jujur saya rasakan saya terlalu mengejar dunia yang menyakitkan ini. Bukan ingin mengejar tapi dipaksa mengejar. Dipaksa kerana disusun begitu.
Setiap hari tanpa henti mengejar dunia. Sabtu pun ada kelas. Ahad pun pergi hospital sebab ada ward round keesokan harinya. Dan masih lagi dikritik pensyarah. Wallahi, saya bencikan kehidupan saya kini..
Dakwah dan tarbiah? Itu candu yang sepatutnya merawat kita. Tapi bila hal itu sendiri terabai, saya rasa saya seperti bangkai hidup. Dan kini saya tidak memahami tujuan hidup sendiri. Dan yang lebih menyakitkan lagi, itulah kehidupan saya di tahun-tahun mendatang. Kehidupan yang tidak mampu saya fahami.
Jujurnya bodoh jadi doktor ini. Awak belajar ISK kan? Awak belajar sunnatullah kan? Orang yang jadi doktor ini tidak boleh pergi ke mana pun. Last-last, orang yang menguasai sains sosial itu jugalah yang memperbodohkan awak. Dan awak tetap bangkai. Duduk dalam hospital yang tiada ruang pengudaraan itu. Seperti bangkai hidup yang mengulang harinya yang sama setiap hari. Sejujurnya walau hebat mana pun awak dalam bidang ini, awak tetap kuli batak orang yang menguasai sains sosial. Makanya, awak bukan perlu diajar untuk jadi doktor yang menambah statistik orang-orang sains tulen, awak perlu diajar dengan sains sosial. Saya temui sains sosial dalam dakwah dan tarbiah. Pada jalan dakwah dan tarbiah, kita diajar berimpian untuk menguasai dunia. Tapi sayang bila hak-hak dakwah dan tarbiah dizalimi. Jadilah awak manusia yang menambah angka kosong di atas muka bumi Allah ini.
Setiap orang ada lidah. Dan kalau kamu seorang yang hebat berbicara dan dapat menawan hati sesiapa sahaja, satu sahaja pesan saya. Jangan janjikan yang indah-indah. Ceritakan semua kelemahan dan kebodohan yang ada dengan sistem tersebut. Kata-kata indah yang kamu ceritakan terkadang menyakitkan hati sesiapa yang melalui kegelapan di sebalik keindahan yang kamu khabarkan.
Benci! Saya rasa nak lari. Betul-betul nak lari. Sehinggakan seusai solat juga saya berdoa, “Seandainya kehidupan ini masih menjanjikan lagi kebaikan buat diri ini, maka Kau panjangkanlah umurku. Namun seandainya kehidupan ini bukan yang terbaik buatku, maka Kau cabutlah nyawaku”.
Rasa berseorangan menempuh jalan yang tidak saya fahami ini terkadang meyakitkan. Mungkin juga benar kata seseorang pada saya “Kalau kita pakai kereta proton, kenalah ambil spare part proton. Dan kalau kita pakai kereta Volvo ke, BMW ke, mesti kena ambil spare part yang sama kan? So that benda itu akan function. So if you think you cannot function, better find a place where you can”. Ada lagi bicaranya. “Yang spare part ini kena pandai cari tempat untuk dia boleh digunakan. Dan mechanic itu kenalah adil dan tidak zalim dengan spare part itu”.
Ya Rabb, aku ingin lari dari semua ini. Takdirkanlah yang terbaik untuk diri ini. Yakinkan aku dengan kalamMu dengan sepenuh kepercayaan dan keyakinan ya Rabb…

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(Surah AlHadid: 22-23)
2 comments:
Salam...Afeera, alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan... "sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang kamu membuat suatu pekerjaan dengan teliti dan itqan (kualiti)" (Riwayat Abu Ya'la)
nasihat sy, usahlah berpatah balik...tidakkah Allah yg m'gerakkn hti kmu utk memilih bidang ni? orang yang berjaya sentiasa melihat masalah itu sbg peluang utk dia meningkatkan diriny k thp yg lbih tggi...awk blh tmbhkn golongan DR yg b'cirikn nilai-nilai islam...
jalan dakwah & trbiah t'sgtlah luas...jgn kt sempitkn...walau d mne pn kt b'ada, kt adalah cerminan bg ISLAM...
p/s: penulisan awk jg memadai utk dakwah n trbiah...=)
assalamu'alaikum kak ummu afeera..
ana rasa terkdg nak nangis baca pos2 ukhti..byk benda yg ana blaja dari ukht walaupun ana sndri bkn ambil bdg kedoktoran..khidupan dunia memang menyakitkan..ana teringat sabda nabi SAW " Allah bagi dunia pada orang yang dicintai dan tidak dicintaiNya tetapi Allah bagi nikmat beragama itu hanya untuk orang yang dicintaiNya. beruntunglah sesiapa yg menjadi orang yg dicintaiNYa" ..subhanallah, rupanya kita ni dipilih untuk merasai semua ini sbb kita dicintai dan disayangi Allah..berbahagialah..moga sama2 kita menikmati kehidupan dalam penderitaan kerana disitu ada kemanisan..jzkk ats perkongsian ukht..
Post a Comment