Wednesday, October 20, 2010

Mata...

Ulama’ salaf berkata, “Di antara manusia ada yang menangis di hadapan manusia, dan ia dapat mempertahankan keikhlasannya. Tetapi, ada pula yang menangis sendirian di kamar, justeru berbuat riya’”.

Jauh di sudut hati, saya akui kebenaran kata-kata ini. Bukan hanya perihal ikhlas dan riya’ sahaja. Dalam banyak perkara. Adakalanya dalam keramaian, kita tidak bermaksiat. Tapi adakalanya ketika kita berseorangan kita bermaksiat. Dan ada ketikanya pula dalam keramaian, di dalam pengajian, di dalam proses pembelajaran, kita bermaksiat.Di khalayak ramai itu, kita bermaksiat. Usah menafikan. Allah tahu.

God conscious? Dalam banyak ketika kita tidak merasainya. God conscious 24 jam sehari. Bukan ketika sendirian sahaja. Dalam keramaian juga, hati perlu ditundukkan. Mata perlu ditundukkan. Allah tahu kelemahan kita. Pandangan mata adalah panah-panah syaitan. Terkadang tidak semua mampu menepisnya. Kita manusia. Lemah dengan semuanya. Lantas tundukkanlah mata kalian kerana kadangkala ia begitu menguji iman sesiapa sahaja.

Sesetengahnya pula lebih menyedihkan. Ada guru yang boleh memberi komen tentang pelajar perempuannya. Barangkali bergurau. Namun adakalanya saya rasakan ia terlalu keterlaluan. Terasa betapa guru tersebut tidak menjaga pandangannya. Andai pakaian si perempuan telah sempurna, namun masih mampu dikomentari oleh seorang lelaki, apakah maksudnya semua itu?

Mata? Ingat lagi sebuah kisah yang tersohor berkenaan Hassan Al Basri? Sepasang mata menjadi hadiah. "Kenapakah kau mengikutku?". "Aku tertarik kepada kecantikan matamu." Jawapan yang cukup angkuh. Namun mengundang seribu sesalan apabila bungkusan merah berada di tangan Al Basri yang muda belia itu. Wanita itu mencungkil matanya dan Al Basri terhiris dengan dosa air mata sendiri. Taubatnya akhirnya menjadikan dia ulama tersohor di zamannya. Perempuan tersebut ataupun AlBasri, masih adakah insan sebegitu?

Entahlah. Diri saya sendiri tidak sempurna. Iman saya pula cuma secebis cuma. Tapi teruji dengan liku-liku kehidupan dan lingkungan dosa yang begitu payah dan menyedihkan. Bak kata Salim A. Fillah, nafas dakwah dalam atmosfera ternoda.

Tulisan Salim A.Fillah tentang dakwah dusta perlu menjadi renungan.

Dulu saya merasakan diri saya hipokrit bila menyertai program-program dakwah yang mengasingkan ikhwah akhawat dengan syadidnya. Di dunia luar, saya tidak begitu, namun di dunia dakwah saya begitu. Hipokritnya. Namun jauh di sudut hati saya mula menyedari sesuatu. Saya merindui pengasingan sebegitu setelah mengharungi kehidupan seharian. Kehidupan yang terkadang terlalu lemah untuk saya laluinya sebagai seorang gharib yang memahami. Terkadang kita kehilangan jati diri kerana arus yang perlu kita lalui terlalu deras. Namun syukur iman itu masih berdenyut mengatakan semua itu Jahiliah. Segala perkara yang bukan Islam itu Jahiliah.

Entahlah, sering saya termangu sendirian. Kita yang faham ini pun terasa sukar dan tidak kuat melalui cabaran, bagaimana pula dengan generasi seterusnya? Kita yang faham ini pun lumpuh, bagaimana pula mahu mendidik generasi seterusnya?

Doakan diri ini yang serasanya dirobek jahiliah dengan rakusnya. Doakan hati insan yang menulis ini agar dikurniakan hikmah dalam melihat segalanya. Doakan juga moga diri ini kuat menepis segalanya....

3 comments:

Anonymous said...

jazakillah atas perkongsian..ana turut sama tersentak dengan nya..semoga ALLAH memeihara kita..insyaALLAH

Hawa Mahabbah said...

Subhanaallah... entri yang menyentap...saya untuk sama-sama muhasabah diri.. Alhamdulillah.. jazakillah..

erm.. bole afeera tolong jelaskan maksud ayat ini :

"Ulama’ salaf berkata, “Di antara manusia ada yang menangis di hadapan manusia, dan ia dapat mempertahankan keikhlasannya. Tetapi, ada pula yang menangis sendirian di kamar, justeru berbuat riya’”.

Ummu Afeera said...

maksudnya dalam sesetengah keadaan, dalam qiam kita yang sorang2 misalnya, ada ujub...

kita rasa kita je bgn malam itu...betapa kita tertipu..

sesetengah keadaan, ada juga manusia yang benar2 takutkan Allah...walau dalam keramaian...nangisnya penuh ikhlas pada Allah..

Allahu A'lam