Semalam saya dan kawan clerk pesakit lelaki Melayu dengan penyakit acute epididymo-orchitis, jangkitan di bahagian alat sulit. Pesakit tersebut lebih muda dari saya.
Saat mula-mula clerk, saya masih bersangka baik. Mungkin cuma urinary tract infection sahaja. Atau mungkin jangkitan biasa yang mungkin berlaku pada mana-mana pasangan yang baru berkahwin yang mana sekiranya menimpa wanita dipangil honeymoon cystitis.
Tapi bukan itu yang berlaku. Adik tersebut belum berkahwin tapi sexually active. Peritnya hati. Kenapalah kes ini yang saya dapat di dalam Ramadhan ini?
Lebih bodoh lagi, abang saudara dia yang tahu dia belum berkahwin memberikan Makjun menggalakkan lagi maksiat tersebut.
Stressnya. Dan lebih stress lagi adalah sebagai pelajar perubatan atau doktor, kena berlagak professional, seolah-olah hal itu biasa. Stress tak?
Lepas itu, dia adalah ex-IVDU (intravenous drug user), pernah dapat hepatitis. Pernah perasan mata kuning. Kami beritahu kat dia yang penyakit itu boleh berjangkit melalui aktiviti seksual juga. Semasa kami beritahu itu, tujuannya agar dia tak menzalimi wanita yang bersamanya. Tapi dia tak faham bahasa. Katanya, dia dapat penyakit itu sebelum dia bersama wanita itu lagi. Dia rasa sebab dadah, bukan sebab wanita tersebut. Aduhai... Betullah, tapi kesianlah wanita tersebut. Dia dapat daripada awak.
Itu pesakit yang datang hospital. Yang tak sakit berapa ramai? Hati saya menangis menatap berita. Bayi yang dibuang. Stress! Stress! Stress!
Mengikut teori orang, 9 bulan yang lepas adalah hari sambutan tahun baru. Masa itu musim mengawan dan sekarang adalah musim menetas. Huhu.. Tapi kalau buat sekali sahaja, sebenarnya susah je nak terpregnant sebab bukan semua orang yang buat subur masa itu. Kalau bunting pelamin, kira memang suburlah masa buat itu. Faham ke? Tak faham, bacalah pasal ovulation. Apa yang saya nak sampaikan adalah orang yang berzina itu tak buat sekali je, tapi pasti berkali-kali..dan barulah terpregnant...
Stress tak?
Stresssssss!
Setiap kali saya lihat cuaca yang mendung, saya jadi trauma. Adakah bala Allah akan tiba? Takut sangat..
Baca kisah di bazaar Ramadhan di Jasin juga, saya jadi takut...
Yang pasti, ada di kalangan kita yang terlalu kurang ajar dengan Allah..Bertaubatlah di bulan mulia ini yang mana bulan ini adalah bulan maghfirah..
Bila baca entri adik ini, teringat bacaan di dalam buku Hari-hari Di Dalam Hidupku oleh Zainab AlGhazali..
“Setelah kami mengkaji dengan lebih mendalam, kami memutuskan untuk menyusun kembali barisan ikhwan muslimin dalam segala segi. Kami mula bekerja sedikit demi sedikit, berusaha secara terus-menerus mengumpulkan batu-bata untuk bangunan iman pemuda-pemuda islam yang layak, yang telah hilang di tengah gelojak masyarakat jahiliah. Kami juga telah menetapkan bahawa perlaksanaan rancangan ini memerlukan masa 13 tahun. Selepas itu kami akan hapuskan sistem republik ini. Tetapi apabila kami dapati golongan mukmin yang berpegang dengan prinsip islam kurang daripada 25%, kami akan memeriksa kembali sistem tarbiyah ini dan menambah masa selama 13 tahun lagi sehinggalah seterusnya buat kali ketiga atau keempat. Apabila perangkaan menunjukkan mukmin yang beriltizam mewakili 75% rakyat jelata, ketika itu kita akan menyeru kepada penubuhan daulah islam".
Ya Allah, aku rindukan kemenangan Islam...Terima kasih dik kerana merawat luka di hati...
Jom semangat! Kerja yang ada terlalu banyak..

No comments:
Post a Comment