Pernah saya berbual dengan mak, melahirkan rasa puas hidup di dunia. Tiada lagi yang ada di sini. Barangkali saya perlu bermusafir, memberi ruang untuk hati mencerna segalanya. Terkadang saya merasakan mengulang hari yang sama. Sering mencari keindahan dan hikmah dalam kehidupan. Sering mahukan sesuatu yang bermakna. Menatap buku, ke hospital setiap hari mungkin membosankan.
Semalam berchatting dengan Dilah. Bicaranya sering bermakna. Sering mengetuk rasa. Saya tanyakan padanya motivasinya untuk terus belajar dan terus hidup.
"Ana belajar sebab ana tidak pernah cukup ilmu. Ana selalu minta diberi lebih ilmu dan hikmah supaya ana boleh memberi lebih juga".
"When I think of myself, I feel enough and content, but when I think of others and the world (of course coz i major in environment) then I never feel enough".
"Even kalau ada seratus hayat pun tidak akan habis ilmu Tuhan ini. ana yakin ilmu-ilmu sebenarnya harta orang Islam, dirampas, dipatenkan semula sebagai hak musuh. hari ini ilmu itu terpisah, bercerai-cerai, dan disorok. Macam kepingan puzzle lama, dihancurkan kecil-kecil, disepah-sepahkan dan disorok lagi. Tak ramai yang nampak dan mahu kutip puzzle-puzzle itu. Untuk kutip sahaja makan masa berapa lama, belum kira nak cantum lagi."
"Motivasi untuk terus hidup? Sepatutnya bakal doktor lebih tahu. Ana pegang satu perkara. Masa adalah perkara yang paling jauh ditinggalkan misalnya satu saat yang baru berlalu, dan yang paling dekat akan berlaku ialah kematian. Ana macam manusia lain, buat silap berkali-kali, berjanji dengan Tuhan berkali-kali, melanggar pun berkali-kali. Tapi kata Allah, dia Penerima taubat, sentiasa memaafkan kesalahan hamba dan Dia dekat."
Best kan jawapan dia? Kalau fikir diri sendiri, memang dah puas hidup. Dunia ini rasanya macam bangkai sahaja. Menyakitkan kepala. Motivasi kita untuk terus hidup adalah perihal ummah kan? Masih banyak yang perlu dilakukan. Duhai Afeera, sehari dalam kehidupan peribadi daie bagaikan setahun dalam kehidupan ummat.
No comments:
Post a Comment