Minggu lalu ada kelas rehabilitasi dan fisioterapi. Saya menyalin sedikit nota. Dr B yang melihatnya mengatakan kami tidak perlu menyalinnya. Dia akan memberikan kami nota-nota tersebut. Malah katanya lagi, dia tidak kisah andai kami akan menggunakan nota tersebut untuk disampaikan pada yang lain. Katanya, dia tidak memiliki anak, dan itulah amal jariahnya.
Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang salih yang ditinggalkan, Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir di perjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya (ini berupa wakaf yang berkekalan untuknya)." (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Hebat bukan kasih sayang Allah? Tiada satu kelebihan, masih ada yang lain boleh kita sumbangkan dan menjadi bekal sesudah mati.
Dua hari ini pula, saya melalui Training for Trainers untuk modul kesihatan reproduktif untuk disampaikan pada remaja sekolah. Usah tanya program ini di bawah kelolaan siapa. Hubungan yang terjalin cumalah satu langkah strategi agar kami membangunkan modul sendiri untuk kegunaan ummah. Di saat kita memikirkan, di sana sudah ada yang menjalankan. Namun modul yang dijalankan benar-benar menyedihkan. Andai saya seorang ibu, pasti saya tidak mengizinkan sama sekali anak sendiri melalui program tersebut. Lebih menyedihkan, modul-modul ini mendapat kebenaran JAKIM.
Saya tidak mampu menerangkannya. Saya tidak mampu membayangkan anak saya melakonkan watak gedik. Watak bermanjaan menggoda dan kemudian diajar teknik penangguhan dan penolakan. Tapi program di bawah kelolaan mereka telah berjalan di sekolah-sekolah lebih dari setahun. Jujurnya alhawa terus berjalan, dan sangat menyedihkan andai kita yang menganut pegangan tarbiah ini tidak melihatnya dan tidak melakukan apa-apa.
Jujur saya memikul satu lagi amanah. Amanah membangunkan modul. Mengapa perlu menerima satu lagi tanggungjawab sementalahan tanggungjawab yang lain telah banyak? Semuanya semata-mata kerana Allah. Tidak berdaya rasanya melihat modul ini dibangunkan sekali lagi di bawah kelolaan mereka yang tidak mempunyai fikrah.
Tulisan-tulisan untuk Fiesta Ramadhan belum saya nukilkan. Modul ini masih dalam perencanaan. Kerja-kerja pentakwinan perlu terus berjalan dalam masa yang sama. Dan saya di tahun akhir. Jujur hanya Allah tempat saya bernaung memohon kekuatan.
Berkenaan modul, terlalu banyak yang saya fikirkan. Dan saya masih menagih idea dan saranan dari sesiapa sahaja. Kuliah Dr Hesham Al Awadi mengenai pembangunan seksual anak-anak telah saya hadami. Dari kuliah tersebut, saya telah melihat pembangunan seksual anak-anak di dalam Islam. Namun untuk menterjemahkan hal itu kepada modul kanak-kanak dan juga remaja menjadi kesukaran bagi saya.
Seterusnya, faktor target group. Seandainya modul yang dibangunkan hanya kepada yang Muslim, itu tidak sukar. Tapi modul yang dibangunkan perlu kepada umum. Hal itu terlalu sukar dari sudut kaca mata saya yang kerdil.
Faktor lain adalah faktor kelemahan saya sendiri yang mungkin ekstrim di kalangan kebanyakan orang. Peserta yang hadir untuk program TOT bukan semua yang berlatarbelakangkan fikrah Islam. Bagaimana cara terbaik membangunkan modul yang mampu diterima pakai oleh semua?
Saya telah menghadam beberapa kisah di dalam alQuran. Kisah Nabi Musa dan puteri nabi Syuaib, kisah nabi Yusuf dan Zulaikha, kisah Maryam yang menjaga dirinya dan beberapa kisah lain. Bagaimana cara terbaik untuk memodulkan Quran dengan cara yang kreatif dan mampu diterima yang lain?
Punya idea? Idea yang akan seandainya dibangunkan mampu menjadi amal jariah yang berkekalan sesudah kamu mati.

No comments:
Post a Comment