Bila memikirkan titisan-titisan hidayah yang Allah kurniakan, saya rasakan kesyukuran yang saya rafa’kan masih terlalu sedikit. Dalam setiap butiran doa, saya mohon dikurniakan hikmah dalam kehidupan seharian dan Allah sentiasa menunjukkan semua itu.
Dua hari lagi posting orthopaedic akan berakhir. Minggu depan bermula posting baru. Sungguh posting orthopaedic menemukan saya hikmah yang terlalu banyak. Dan saya bersyukur pada Allah di atas pemberian kefahaman mengenai hal qadar yang membuatkan saya memahami segala perkara yang dihamparkan di hadapan mata saya.
Semalam semasa ward round, doktor pakar mengkhabarkan pada seorang wanita berumur 26 tahun bahawa kakinya berkemungkinan besar akan dipotong. Dia pesakit Diabetis Mellitus type I. Bila disebut, type I, sesekali bukan salahnya. Type I adalah penyakit autoimun. Sejak berumur 17 tahun, dia menghidap kencing manis dan bergantung pada suntikan insulin. Terlalu sukar sebenarnya mengawal paras gula pesakit Diabetis Mellitus Type I. Sejujurnya itulah kaki paling ngeri pernah saya lihat. Hebat ujian Allah buatnya. Saat doktor mengkhabarkan, dia terus menangis. Suasana ward round menjadi hening seketika.
Semasa minggu pertama, saya bertemu dengan pesakit yang berusia 29 tahun yang lumpuh dari pusat sehingga kaki kerana kecederaan pada tulang belakang bermula pada level T10. Dia kemalangan 10 tahun lalu. Kes langgar lari. Tapi terus mempunyai motivasi meneruskan kehidupan. Modify keretanya sendiri, bekerja dan tidak sesekali mengharapkan duit ehsan. Dia adalah antara pesakit yang terlalu saya hormati kerana menjaga pandangan matanya. Wajah dan namanya mirip dengan seorang kawan lama. Saat pertama kali melihatnya, saya melihatnya untuk kali kedua kerana mengingatkan bahawa dia adalah seorang kenalan. Tapi ternyata tidak.
Minggu lepas semasa di bilik rehabilitasi, saya temui pasangan suami isteri yang mana anak sulung dan satu-satunya anak mereka menghadapi masalah global developmental delay. Masih belum mampu berbicara dan doktor juga mengatakan bahawa si anak mungkin juga menghidap autism. Budak lelaki tersebut asyik menyalam tangan sesiapa sahaja yang ditemuinya. Saat di bilik rawatan yang mana ibu dan ayahnya tidak bersamanya, dia menyalam tangan saya, menangis, membawa saya ke pintu dan meminta agar pintu dibukakan. Tanpa mampu berbicara, dia merayu. Sayu sangat…
Pada hari Isnin yang lalu, di bilik rehabilitasi juga, saya menemukan seorang ibu yang mana anaknya menghidap spastic diplegic cerebral palsy. Kelihatan begitu tabah. Pada mulanya, seluruh anggota badan si anak spastic dan lemah, tapi dengan physiotherapy, tangannya menunjukkan perubahan yang baik.
Hebat kan ujian Allah buat mereka. Tidak mungkin ada manusia yang mampu memikulnya.
Fikirkan seketika, di saat kamu berada di Tingkatan 5, mengecap kebahagiaan sebagai remaja, kamu diberitahu menghidap penyakit Diabetis Mellitus Type I. Apa perasaannya? Di saat kamu baru memulakan alam kerjaya dan berumahtangga, Allah menguji dengan kaki yang perlu dipotong. Apa perasaannya?
Di saat kamu berusia 19 tahun, punya cita-cita yang menggunung, dikurniakan Allah fizikal dan rupa yang baik, dan kamu diuji dengan kemalangan. Orang yang melanggar kamu melarikan diri. Sejak saat itu, kamu tidak berupaya untuk mengawal hatta kencing dan berak. Bagaimana perasaanya andai diuji sebegitu?
Di saat kamu melayari kehidupan, sudah bertemu jejaka idaman dan berkahwin. Allah mengurniakan kamu anak istimewa. Bagaimana perasaannya?
Mungkinkah dengan semua ujian itu, kita akan bertanya, mengapa aku yang Kau pilih?
Sungguh hal qadar perlu difahami sebaiknya. Kita bukan penentu takdir. Bukan kita yang melukis takdir. Hanya Allah yang berkuasa di atas segalanya.
Memahami qadar membuatkan kita menyerahkan seluruh kehidupan kita, perasaan, hati, dan segalanya pada Dia yang berkuasa. Kita meneruskan kehidupan dengan hati yang terbuka kerana yakin bahawa Dia hanya menjanjikan kita yang terbaik.
Di saat diuji, kita akan berbisik pada diri bahawa Dia terlalu menyayangi dan kita meyakini bahawa ujian itu mampu kita pikul.
Sungguh, dunia ini perlu dilihat dari kaca mata akhirat. Dunia ini penuh kesedihan, penuh air mata, penuh duka. Di saat tiada semua itu. Lantas bersabarlah kerana umur dunia tidak lama sedang alam di sana abadi selamanya.

No comments:
Post a Comment