Sunday, August 22, 2010

Marathon..

Pernah lihat acara sukan larian marathon? Bukan senang kan? Kadang ada sahaja yang lari pecut di awal tapi tersungkur sebelum sampai ke garisan penamat..

Bagaimana dengan Ramadhan? Adakah kita seperti pelari marathon yang tersungkur di separuh perjalanan? Lebih menyedihkan andai tersungkur benar-benar berdekatan dengan garisan penamat.. Masih terjagakah solat sunat terawih? Masih terjagakah solat sunat nawafil 12 rakaat sehari yang mana hadiahnya adalah mahligai di syurga? Kalau nak renovate rumah di dunia perlu beribu-ribu, kalau nak rumah pula ratusan ribu, tidak mahukah mahligai free di syurga?

Masih terjagakah solat Isya' dan Subuh berjemaah yang mana setiap satunya menyamai separuh qiamullail dan melakukan kedua-duanya secara berjemaah menyamai mereka yang mendirikan qiamullail sepanjang malam?

من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم

Orang yang ikut shalat Isya’ (berjmaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail).(HR Muslim)

Itu muhasabah Ramadhan dan hal mutabaah amal...

Bagaimana dengan gerak kerja dakwah pula? Makin melaju atau surut? Hanya bersemangat setelah berusrah? Bagaimana dengan tarbiah dzatiyah?

Bagaimana dengan kehidupan sebagai mukmin yang muttaqin? Semakin hebat darjat taqwa atau semakin menurun darjatnya?

Moga-moga kita tidak kecundang di akhir perjalanan kehidupan sebagai hamba... Moga dapat menghabiskan larian yang telah bermula..


2 comments:

Anonymous said...

salam afeera...ana mohon izin utk copy entry no bleh?

Ummu Afeera said...

sila2...