Saya terlalu takut dengan apa yang dinamakan sebagai 'penyakit'. Seperti namanya, ia sememangnya perkara yang paling menyakitkan dan menakutkan bagi saya.
Terkadang saya takut untuk mati kerana penyakit. Seharian di hospital sering membuat saya berhadapan dengan realiti yang pahit. Terlalu banyak yang saya pelajari sehingga gugusan huruf yang ada di sini tidak mungkin mampu menceritakan pengalaman yang saya perolehi.
Tulisan Kak Amani mengenai kesihatan ayahnya, Ustaz Dahlan sedikit sebanyak membuka dimensi dan persepsi yang lebih positif bagi saya tentang apa yang dinamakan sebagai 'penyakit'.
Masya Allah..

"Terngiang di telinga kata-kata seorang teman rapat abah dari KL semalam yang datang menziarahi abah. Ramai orang yang berjuang untuk Islam diuji dengan sakit kuat. Kita lihat sebagai ujian Allah, sebenarnya ia pilihan Allah kerana Allah kasih. Kesakitan itu kafarah, pembersih dosa-dosa. Orang yang dikasihi Allah ini dalam hidupnya sering berhadapan dengan sakit. Bila sembuh, dia bangun berjuang kembali, seolah Allah membersih dosa-dosa terdahulu. Kata teman abah lagi, kalaupun ia suatu penamat, Allah bersihkan dosa-dosanya sebelum kembali padaNya. Ya Allah, kata-kata teman abah cukup berbekas di hatiku. Memang dalam hidup abah, abah sering berhadapan dengan sakit kuat. Ada ketika hingga langsung tidak boleh bergerak. Ada ketika, hanya kalimah Allah yang keluar dari mulut abah. Tapi kali ini..abah terbaring dan koma. Kata-kata teman abah itu mampu memujukku dalam diam".
Masya Allah..
No comments:
Post a Comment