Wednesday, June 23, 2010

Sempurna...

Sebak rasanya membaca Surah Arrahman. Terngiang-ngiang bicara tafsir Ustaz Zahazan saat membicarakan surah ini, likulli syai’in ‘arussun, wa ‘arusulquran arrahman, setiap perkara ada pasangannya dan pasangan bagi Al Quran adalah Arrahman.

Surah ini adalah surah yang hebat, menusuk jauh ke dalam kalbu. Ulangan fabiaayyi ala irabbikuma tukazziban, maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan tidak mampu sesekali disanggah.

Hari-hari di hospital membuatkan saya merasai surah ini. Ada sekali kami membincangkan mengenai penyakit Congenital Adrenal Hyperplasia. Hanya kerana satu hormon yang tiada di dalam badan, seorang kanak-kanak mungkin sahaja menghidap ambiguous genitalia (khunsa). Doktor ceritakan mengenai satu kes yang mana team pakar membuat keputusan bagi seorang bayi yang menghidap ambiguous genitalia untuk dibesarkan sebagai perempuan, tapi di saat anak tersebut memasuki peringkat baligh, suaranya berubah seperti lelaki.
ambiguous genitalia
Banyak lagi yang dibincangkan. Hanya kerana tiada satu hormon, kebanyakan mekanisme yang lain tidak dapat dijalankan oleh badan. Tidak larat rasanya untuk menulis. Hanya fikirkan seketika andai Allah menciptakan kita sebegitu. Bagaimana agaknya perasaan kita di alam remaja yang penuh kritikal itu saat mengetahui hakikat fizikal kita seandainya kita dilahirkan dengan menghidap ambiguous genitalia? Kesyukuran ke hadrat Allah atas kesempurnaan kita yang tiada taranya.

Dan terasa betapa hebatnya kekuasaan Allah. Dia membuktikan kekuasaannya dalam setiap penyakit yang ada di atas muka bumi ini. Terkadang saya rasakan perubatan satu bidang yang susah. Bagaimana caranya untuk saya berdepan dengan ibu bapa yang dikurniakan dengan anak yang menghidap penyakit sebegini? Pernah sekali semasa di tahun tiga, saya ikut doktor ke wad neonatalogi. Saya mendengar doktor reveal pada satu pasangan suami isteri mengenai diagnosis penyakit anak mereka. Anak tersebut menghidap Down Syndrome. Respons pertama si ibu, “Tidaklah doktor. Anak saya sama sahaja dengan yang lain”. Kemudian doktor pun tunjuk satu persatu ciri-ciri Down Syndrome yang ada pada anak tersebut. Susah kan jadi doktor? Huhu..

Semalam semasa di klinik, ada seorang remaja perempuan berumur 14 tahun menghidap Diabetes Mellitus Type II. Saya pun tidak percaya sebab selalunya di dalam usia yang muda adalah Type I. Tanya doktor tapi doktor suruh balik dan baca. Budak perempuan tersebut didiagnose menghidap penyakit tersebut sejak berumur 11 tahun. Saya tidak dapat bayangkan perasaan budak tersebut. Dalam usia yang begitu muda, diuji dengan ujian yang sangat berat. Tidak dapat bayangkan pun setiap hari dia perlu menyuntik insulin. Perlu cek kandungan gula setiap hari.

Saya tahu doktor tersebut concern dengan pesakitnya. Macam-macam yang disuruhnya agar pesakit tersebut menjaga kesihatannya. Disuruhnya budak tersebut menyidai pakaian, menyapu lantai rumah, membasuh tandas, membasuh kereta, berjogging and the list goes on.. Ya Allah, saya yang melihat terasa gila. Dan budak tersebut akhirnya menangis.

Sebaknya. Life is a test. Banyak sangat ujian Allah. Budak tersebut menghidap penyakit tersebut sejak 11 tahun. Sedang saya sudah berusia 23. Nikmat sihat yang Allah berikan selama ini juga perlu saya syukuri. Kehidupan pesakit di hospital kadangkala membuat hati saya sebak seandainya memikirkannya dengan mendalam. Moga Allah kurniakan mereka kekuatan untuk meneruskan liku kehidupan.

Kadang saya terlalu rindukan syurga. Saya tahu saya tidak layak namun dalam masa yang sama saya tidak ingin sesekali ke neraka. Bestnya syurga. Bestnya para syuhada’ yang mengecapinya. Di sana tiada kesedihan, tiada ujian, tiada penyakit, tiada sakit kepala, tiada study, tiada exam, tiada manusia yang nak sakitkan hati. Segalanya bahagia. Rindunya dengan syurga Allah yang hebat itu.

Ya Rabb, kurniakan kami syurgaMu yang tertinggi walau kami tidak pernah layak…


Hey Brother
Won't You Listen To Me
You're My Brother So Listen Carefully

This Life That We're Living
Wasn't Made For Nothing
Life Is A Test From Allah Almighty

There Are Many Times
When Allah Will Test You
To See If You Will Obey Or Betray

This Life Is A Life Of Test
Need Patience For Success
So Is Your Iman Strong Enough
Or Would You Fail Just Like The Rest

Obey For Allah's Love
Betray Be Sorry For Yourself
When You're Standing Helpless There
In Front Allah The Almighty

Life Is A Life Of Test...Believe It
You Must Strengthen Your Faith...Hey Brother
And Don't You Fail Like Others

Hey Brother
What's There For You To Say
It's Up To You If You Want To Believe Me

Allah Created Us
Give Us Everything
So Be Greatful And Don't Betray

Laugh At Me If You Wish
Say I'm Crazy If You Want
You'll Bite You Your Fingers One day
When You Find Out The Truth

Believe Me Or Do Not
It's A Change For You To Choose
Just Don't You Cry One Day
When It's Already Too Late

You Would Be Sorry
If You Choose To Betray
There Is No One There To Help You

If You'd Follow Allah's Way
You'd Be Safe In Paradise
If You'd Listen To Me
I Could Lay My Mind To Rest

You'd Then Be Happy
There Is No Need To Worry
You Would Live Forever Happy

You Would Be Happy
If You Just Follow Allah's Way

11 comments:

Anonymous said...

Salam wrt

Terkejut saya lihat gambar yang di post. Kurang enak pula mata memandang. Tapi isi post Insha Allah sampai maksudnya bagi semua.

Teruskan menulis.

Silent Reader.

Anonymous said...

saya juga malu melihat gambar itu..tapi alhamdulillah isi post sangat menarik..mohon agar gambar ditukar..malu sgt2...

Anonymous said...

SANGAT MALU..TOLONG BUANG GAMBAR ITU..HARAP SANGAT..JAZAKILLAH

Ummu Afeera said...

wahai anon-anon sekalian, why don't u all introduce urselves?

Berkenaan dengan gambar itu, kenapa pemikiran kamu tidak terbuka ye?

Itu adalah gambar kemaluan kanak-kanak..bukan orang dewasa pun..

at least, as a future parent, u need to have a bit of knowledge on that...

beside, when we said about islam, medicine is one part of islam..

this is something that is related to knowledge..

please do respect for the knowledge..

i also write on this matter hoping that u guys can ponder on Allah's creation...

itu bukan kemaluan seorang lelaki...tapi kemaluan seorang wanita yang ditengah-tengahnya ada penis...keadaan ini disebut khunsa or in medical term - ambiguous genitalia..

as a future doctor, i have to know about this and i also believe that you should have a knowledge on that matter..

paling kurang, tengok gambar tu adalah keinsafan di dalam hati dan bersyukur ke hadrat Allah di atas kesempurnaan yang diberikan olehNya..

tidak boleh ke jadi professional bila berbincang isu-isu sebegini?

oh my Allah..

Anonymous said...

tak malu ke letak pic macam tu?

memangla betul kena profesional, tapi jangan terlebih2 profesional plak enti tu..

mohon delete k

Ummu Afeera said...

hmm, adabnya bila masuk rumah orang, kenalkanlah diri dulu..

ni main redah je..mana adab?

malu atau tidak, saya tidak malu..

even saya tidak dosa, sebab saya seorang pelajar perubatan...

kalau anon tidak bersetuju, banyak lagi blog lain..bacalah blog lain...

Anonymous said...

tegur pun dah emosi..

apelahh, buka akhlak muslim sebenar.

maaflah k..

tak jenguk dh blog ni

mohon ampun jika sakitkan hati enti k.. saya hnya menyatakan pendapat apa yg saya fikirkan baik..

moga enti tidak terasa hati..
wassalam
teruskan menulis..

Hawa Mahabbah said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

pada pendapat peribadi saya..
Alhamdulillah.. tiada masalah bg sy hal pic tu.. kenapa terlalu fokus pada si pic?
fokus pada isi.. sngt menarik.. banyk pengajaran sy dapt..
Alhamdulillah..

mula2 sy akui agak terkejut.. dok pk.. apala pic yg si afeera uplod ni.. then tgok balik... oic...

benarla kata afeera.. be profesional.. its knowledge..
plus br saya tau rupanya gtu bentuk khunsa.. dan terbit dlm hati kita rasa syukur yg amat dijadikan lelaki yg sempurana/wanita yg sempurna..

bg sy tidak ada malunya..
bahkan sy rasa sebak dan sayu.. (mode muhasabah)..
betapa kita ni sngt kurang bersyukur...
Astaghfirullahalazim..

kalau nak ikutkan pic malu2..
bnyk web meletakkan gmbar2 perempuan seksi plus lagi dasyat dr itu.. hurm.. mcmn tu??

dan satu lagi..
terutma muslimahla..
meng"uplod" gmbar2 sendiri..
di ruang2 spt fs, fb, dan macam2 lgi.. itu lagi MALU kot...
sy yg malu plus sedih tgok muslimah yg dr separa bogel sampai berpurdah menayang gmbar di ruangan2 maya.. Allahuakbar....


apa-apa boleh jadi pengajran didepan mata kita saat hati berhudung dgn Allah. Insyaallah..

sama-sama kita muhasabah diri.. Insyaallah..


keep it up afeera!..

Allah tahu niat kita dan tidak akan terjadi sesuatu melainkan hnya dengan izin Allah Ta'ala.. :)

jazakillah for this post afeera!.. :)

Anonymous said...

salam..saya setuju dgn k.feera..dan juga sedikit setuju dengan semua anon. cara akak memang baik, tapi bukankah seharusnya akak berterima kasih dulu pada orang yang beri komen kemudian baru terangkan sebab munasabah letak gamgar 2. sepertinya tidak menghargai concern org lain yg x faham. saya minta maaf andai tersinggung. semoga pesan Nabi sentiasa di hati "LA TAGHDOB" JANGAN MARAH.. WASSALAM

Anonymous said...

salam..ana juga bakal seorang doc..
InsyaAllah..letak gambar tu takde masalah je sebenarnya bg kita bakal-bakal doc ni,InsyaAllah...

mungkin mereka yg bukan dlm bidang ni terase malu sket sbb tak pernah tgk gambar2 yg sedemikian..

ana faham mereka..

tp bg ana xde masalah je..

sbb kita mmg dalam bidang tu dan niat ente plak mmg nak bg pengetahuan dan pengajaran kat org lain..
baguslah..:)

selamat meneruskan perjuangan kakakku..

Anonymous said...

salam.
biasalah ada benda yang kita tak boleh terima, orang lain boleh terima.dan sebaliknya.yang penting NIAT.

selaku pembaca, cube pandang dari perspektive penulis.and sebagai penulis tentulah dah ambil kira apa pandangan para pembaca(yang terdiri dari pelbagai lapisan).fikir dalam2 sebelum berkata-->itu yang terbaik.hati tak terasa,telinga pun tak terluka.satu gambar versus satu page yang penuh hikmah, yang mana patut jadi perhatian sbnrnya?

tapi saya still rasa post ni kelakar (membaca responsnye) :3 lol. so penulis blog sah2 bukan seorg yang jumud seperti yang disangka orang,kan? keep up :)

-yatie