Wednesday, June 30, 2010

Insaf...

Saya delete akaun Facebook saya yang tidak sampai 24 jam saya gunakan. Mungkin tindakan itu bodoh di mata yang lain, tapi saya rasakan itu untuk kebaikan saya sendiri. Apa yang saya dapat dari pengalaman yang tidak sampai sehari itu?

1) Mula-mula niatnya mahu mencari mutarabbi. Tapi bukan mutarabbi yang dijumpai, tapi jumpa yang lain-lain. Niat asal memang dah jauh. Biarlah selepas ini akhawat lain je yang melaporkan. Saya tidak cukup kuat menghadapi arus ini.

2) Memang peluang dakwah besar. Tapi itu bukan sifir haraki. Dakwah haraki saya rasakan tidak akan sesuai dengan dunia Facebook.

3) Kalau kita ada cita-cita pun, kita keseorangan. Sedang dakwah memerlukan kerja secara berjemaah. Bukan saya yang berdakwah di Facebook, saya akan kecundang lebih jauh lagi.

4) Masuk beberapa profile yang bukan halal bagi saya. Alhamdulillah, berjaya mujahadah. Tapi saya tidak rasa saya boleh mujahadah setelah berhari-hari atau setelah hari ini.

5) Kalau saya tengok movie, saya tahu berapa jam yang saya bazirkan. Tapi dengan Facebook, saya tidak sedar berapa jam yang saya bazirkan. Satu keasyikan, kelalaian, dunia fantasi yang saya tidak sedar pengaruhnya. Kalau nak upload gambar pun membazir masa.

6) Rasa bersalah. Hati saya tidak tenang dengan Facebook. Tiada sakinah di Facebook.

7) Kerja saya banyak. Ada yang meminta saya memberi komitmen untuk menulis artikel. Kalau saya masih kekal dalam Facebook, saya tidak akan punya masa untuk menulis.

8) Kerja yang menjadi tanggungjawab saya tidak saya lunaskan.

9) Saya jumpa gambar-gambar saya yang diletakkan tanpa kebenaran. Baik-baik tidak sakit hati, buat hati jadi parah sahaja. Lepas itu jumpa juga gambar-gambar daiyah yang membuat hati saya bersedih. Saya dah ada banyak kesedihan dan saya tidak mahu menambah sesak dengan melayari Facebook. Saya tidak cantik. Mungkin hujah manusia akan mengatakan, mengapa perlu peduli? No one will see you. Tapi di sana ada kerja syaitan yang akan berusaha mencantikkan hatta wajah macam cap bulan.

10) Ukhwah yang saya rasakan palsu. Lebih indah pertemuan dengan akhawat dalam program-program sebelum ini. Kerana manisnya ukhwah di jalan dakwah, maka tiada kemanisan yang mampu menggantikannya. Saya rasakan dunia Facebook adalah tempat mencapap (cari publisiti) dan dunia hipokrit yang hebat.

11) Masa studi saya sedikit. Atau mungkin tidak berkembang langsung ilmu saya sejak semalam. Professional Exam bulan Disember nanti. Cita-cita saya mahu menebus kesilapan lalu. Impian itu kelihatan jauh dengan Facebook.

12) Mungkin menulis di sini tidak lagi relevan dengan adanya dunia Facebook. Tapi ada 80 followers di sini, dan mengikut Google Reader, jumlah sebenar ialah 132. Itu yang subscribe link blog ini. Kalau kira betul-betul, insya Allah saya mungkin ada paling kurang 10 mad’u yang lebih komited di sini. Facebook bukan bidang saya. Saya perlu gunakan kekuatan yang telah saya miliki. Untuk dapatkan 132 orang, perlu menulis 5 tahun. Untuk membina kekuatan yang sama di Facebook, terlalu jauh lagi perjalanannya bagi saya.

Itu secebis pengalaman tidak sampai 24 jam menggunakan Facebook. Saya diberikan tempoh 14 hari untuk menilai semula keputusan saya mendelete Facebook. Bagi pengguna Facebook yang mungkin membaca blog ini, boleh saya tanya sesuatu? Kamu boleh kongsikan pengalaman kamu. Sejujurnya, di antara kebaikan dan keburukan menggunakan Facebook, mana yang lebih banyak? Kebaikan atau keburukan? Bagaimana kamu menjaga hati semasa melayari Facebook?

Saya rasalah kan, blog ini pembacanya soleh dan solehah kot, tanpa mengenali betapa bangkainya penulisnya. Peliklah sebab pembaca blog ini terlalu malu melihat gambar Ambiguous Genitalia. Tidak ramai rasanya yang berlatarbelakangkan perubatan yang membaca di sini. Untuk ustaz dan ustazah yang membaca blog ini dan mungkin menggunakan Facebook, boleh kamu ajarkan saya bagaimana cara untuk menjaga ikhtilat dalam dunia Facebook? Bagaimana caranya nak dapat iman yang kuat yang boleh mujahadah dan beruzlah di Facebook?

Saya tanya dengan nada yang serius sebenarnya. Kamu punya jawapan?

Entahlah…

Hakikatnya bersyukur juga padaNya yang mengenalkan saya dengan satu dunia ‘Jahiliah’. Saya consider Facebook sebagai ‘Jahiliah’. Namun mungkin Facebook adalah kekuatan bagi anda.. Jangan salah menilai kata-kata saya ye..

Perkenalan kita dengan Jahiliah mungkin akan membuatkan kita lebih memahami iman. Allahu A’lam..
Satu lautan yang ganas
Terlalu ganas
Menenggelamkan sang nakhoda kapal
Mungkinkah hujung muara kita temui?
Andai karam di awal perjalanan..

Ya Rabb
Dunia ini asing buatku..
Ciptakan bagiku dunia yang indah
Di bawah naunganMu..

6 comments:

Anonymous said...

salam
maaflah andai kata2 ini melukakan hati enti.
ana rasa enti ini fikirannya terlalu 'jumud'
medan untuk kita berdakwah sebenarnya luas, kalau ikutkan manusia zaman sekarang telah maju kehadapan. perlu guna pelbagai cara dan method dlm berdakwah. jadi facebook merupakan salah satu caranya;yg merupakan ramai orang di dalamnya dan medan yg sgt luas. jgn kata semua org di facebook tidak menjaga ikhtilat. cuma pandai2 lah diri sendiri control.
jika enti meluah sekadar dlm blog enti ni tiada gunanya..maaflah jika rasa ana keterlaluan, tapi cara berfikir enti mesti terbuka sedikit. (baca method as-Syahid Hasan al-Banna dalam berdakwah)

mohon ampun jika salah menyatakan pendapat.

al-Faqir ilaLlah

Ummu Afeera said...

sejujurnya anon, saya akui saya terlalu, terlalu, dan terlalu jumud..

tanpa anon luahkan pun, saya mengetahuinya...

ala kulli hal, saya tidak cakap pun semua yang pakai facebook tidak jaga ikhtilat...

malah entri ini ditulis atas faktor kelemahan saya sendiri...

tidak salahkan sesiapa pun...

Aiman Amz said...

Ia seperti pisau. Boleh diguna untuk memotong buah, juga boleh membunuh orang.

Walaubagaimanapun, tak dapat saya nafikan permulaan saya mengenal tarbiyyah adalah melalui friendster (sebelum facebook naik).

Anonymous said...

memang banyak kebaikkan facebook. banyak.
tapi kesemua arguments nt ada basis. dan ana setuju, on a personal level, sgt sukar menjaga hati dengan facebook. ukhuwwah palsu, i see it too.

kebaikannya banyak, tapi ramai yang drowned in dalam matlamat yg noble. utk org yg tak kuat mcm ana, i think it might be time to withdraw. masih berfikir, wallahua'lam.

mari istikharah dan serahkan keputusan ini pd Allah inshaAllah.

Anonymous said...

personally sy rasa facebook buang masa saje. byk lagi cara lain nk berdakwah, if kak feera rasa tak best facebook, ur not alone, ana paling stuju dgn statement itu tapi sy biarkan juga akaun sy sbb lebih mudah update dgn perkembangan kawan2 dan juga bufday..

Saya rasakan dunia Facebook adalah tempat mencapap (cari publisiti) dan dunia hipokrit yang hebat.
-sy setuju, especially keghairahan org mengupload gambar. kalau pic program xpe juga ini mmg personal habis lah. hehe.

allah hu alam..

terpulang lah. tepuk dada tanye iman~
:shashu:

sakeenah said...

Afeera,if you think FB is too 'jahiliyah',then just stop. No one force you.But for me, it depends on the users.