Friday, April 02, 2010

Elektrik...

Setiap kali saya jumpa pesakit di wad psychiatry, saya mesti rasa nak ketawa. Macam-macam perangai. Tadi ada seorang pesakit lelaki datang ke meja tempat saya duduk. Dia tanya kat saya, “Awak Islam ke?” Saya kata ya. Dia tanya lagi, “Kampung mana?” Saya kata saya tidak mahu beritahu. Lepas itu dia kata, “Kalau macam itu, awak bukan Islam”. Huhu..suka-suka je pesakit kafirkan saya. Dalam hati, saya bersangka baik, pesakit tidak belajar pun usul 20:)

Kawan saya ceritakan juga tadi pesakit yang pernah dia temui semasa dia di dalam posting psychiatry. Ada pesakit yang menjerit, “Aku salib kau! Allahu Akbar! Aku salib kau! Allahu Akbar! Aku salib kau! Allahu Akbar”. Kelakar sangat tapi kesianlah sebenarnya.

Saya kesian sangat kat pelakon dan penyanyi kat Malaysia sebabnya pesakit-pesakit psychiatry pun menggilai mereka. Habis kisah dalam bilik pun pesakit sebut. Malu pun ada. Saya tidak suka dengar pesakit cakap kotor. Tapi itulah symptom mania. Nak tak nak, kena dengar.

Ada satu part kelakar juga. Saya kena tanya berkenaan peribahasa (proverb) kat pesakit. Saya tanyalah, “Kak, pernah dengar tak peribahasa bagai kacang lupakan kulit?” Jawab pesakit, “Pernah, awak buka je kacang itu dan makan”. Huhu..Macam mana nak control muka dari tak ketawa kat depan pesakit?

Saya ingatkan saya tidak akan menangis dalam posting ini sebab kelakar sangat. Tapi akhirnya saya menitiskan air mata pagi tadi saat melihat pesakit melalui electroconvulsive therapy (ECT). Tidak tahu macam mana nak describe ECT ini. ECT ini macam mengalirkan sedikit arus elektrik yang boleh menyebabkan pesakit mengalami sawan dan melalui sedikit kesembuhan. Semua ini mengikut kajian sains. Dah banyak paper yang tulis tentang ini. Kawan saya pesan semasa saya kesedihan,”Anggap benda itu sebagai rawatan buat pesakit”.

Entahlah. Kadang saya tertanya-tanya, kenapa ramai sangat orang nak buat perubatan ye? Best ke? Saya pernah tengok post mortem. Saya menangis di sebalik mask yang saya pakai sampai meleleh hingus sebab memang sadis sangat. Saya pernah tengok kaki pesakit yang dipotong disebabkan diabetes. Di dalam posting O&G, kena berdepan dengan ramai wanita yang melahirkan anak luar nikah dan semua itu begitu menyakitkan kepala. Tidak tahulah apa yang bestnya buat perubatan. Abaikan sahaja topik ini. Kamu bertanggungjawab dengan jalan yang kamu pilih dan Allah pastinya menetapkan jalan yang terbaik untuk hambaNya.

Saya selalu tertanya-tanya, bagaimana cara kematian yang paling best? Nak mati kerana diabetis tak best sebab macam-macam complication. Nak mati sebab dengue pun tak best sebab kalau keadaan teruk sangat kena masuk ICU. Cerita kat ICU lagi menyedihkan. Saya pernah tengok doktor tepuk dada pesakit dengan kuat semata-mata nak sedarkan pesakit dari sedation. Saya pernah tengok jururawat bersihkan pesakit. Saya rasa zalim tapi kawan saya kata biasa sahaja. Mungkin sebab saya pernah jadi pesakit dan saya tahu kesakitannya barangkali. Entahlah, macam tiada satu penyakit pun yang saya rasa best dan nak mati dengan penyakit itu. Faham ke? Ayat saya memang berbelit sangat.

Dan kalau tanya sayalah, mimpi saya dan saya rasakan kematian yang paling best adalah syahid. Saya teringin nak syahid dalam jihad qital. Saya teringin nak ada di Palestin dan dibom. Tiada siapa pun yang boleh buat post mortem. Allah sendiri yang cabut nyawa saya. Dan saya pergi bertemu Allah selamanya. Cemburunya saya dengan rakyat Palestina kerana berpeluang menikmati dan memilih cara kematian yang paling best itu. Cemburu sangattttttt…..

Ada satu benda lagi saya nak cakap sebenarnya. Cuba bayangkan esok exam. Ada masa ke malam ini? Mesti kita gunakan masa kita sebetulnya dengan study kan malam ni? Cuba bayangkan kalau kita bekerja dengan satu syarikat dan esok kita perlu menghantar report, mesti kita tak tidur malam untuk siapkan report itu kan? Exam dan report meeting itu masih ada datelinenya iaitu esok tapi Allah tidak pernah memberitahu dateline kita bila. Apa dateline kita? Mati. Bila datelinenya? Tidak tahu. Mungkin sepuluh minit lagi, mungkin esok, atau mungkin lusa barangkali. Allahu A’lam. Tapi pelik bila kita masih mengejar dunia ini. Pelik bila kita masih punya masa untuk kerja yang sia-sia sedang maut tidak pernah berhenti mengejar kita. Kita terlupa bahawa kita sudah hidup dan di sana telah tertakdir kematian buat kita.

Huhu..mati sememangnya adalah peringatan yang terbaik..

No comments: