Monday, March 22, 2010

Halusinasi...

Hari ini posting baru bermula iaitu posting psychiatry. Pagi tadi saya keluar awal kerana kelas di Kuala Lumpur. Namun sampai di jalan Tun Razak, kereta mula sesak.

Tertanya-tanya juga mengenai tujuan hidup manusia. Terlalu banyak kereta di jalan raya. Seawal 6.30 pagi manusia telah keluar mencari mata pencarian. Tahukah mereka mengenai tuntutan syahadatul haq? Tahukah mereka tujuan hidup mereka? Kesian kan melihat kebanyakan manusia? Mereka mengulang setiap hari kehidupan mereka tanpa mengetahui tujuannya..

Kemudiannya saya ke kelas. Ada briefing pagi itu. Dan setelah itu kami ke Hospital Kuala Lumpur melihat pesakit-pesakit di sana. Saya gerun pertama kali di wad tersebut. Berjalan pun perasaannya seakan membawa kereta. Bimbang andai ada yang menerjah dari arah yang tidak disangka-sangka. Tetapi kemudian saya tertawa melihat aksi pesakit. Ada yang menyanyi – Sekuntum bunga plastik… Kemudian ada yang solat sedangkan belum lagi Zohor. Barangkali Dhuha mungkin. Kemudian ada yang asyik menolak kerusi roda kawannya berlegar-legar di tempat yang sama. Ada yang memakai bedak yang tebal pada wajah.

Tidak wajar saya ketawa. Cuma keletah mereka sedikit sebanyak mencuit hati. Terasa nikmat besar kewarasan yang Allah beri. Psychiatry adalah subjek yang paling subjektif saya kira. Belajar di posting ini menimbulkan keinsafan yang amat.

Pesakit ini tidak menipu. Kalau mereka berhalusinasi, functional MRI membuktikan bahawa jalur-jalur di otak mereka turut berfungsi. Mereka tidak mereka-reka cerita. Segala yang mereka lihat, sememangnya benar di mata mereka. Perlu ada perasaan empati yang amat pada mereka. Pensyarah saya menggalakkan kami menonton filem Beautiful Mind untuk lebih menghargai mereka.

Dapat tak kamu bayangkan kamu berhalusinasi, segalanya benar di mata kamu tapi yang lain tidak dapat melihatnya. Masya Allah, hebat bukan Allah yang mencipta penyakit-penyakit ini..

Sakit mereka membuktikan bahawa Allah terlalu berkuasa. Di Malaysia, kesedaran mengenai penyakit berkaitan psikologi masih rendah. Tidak ramai yang tahu semua itu. Sebab itulah kebanyakan pesakit lambat menerima rawatan.

Saya tidak menghargai sangat posting psychiatry. Tidak merasai sangat peranannya sehinggalah saya mendengar kisah sahabat sendiri mengenai abangnya yang menghidap schizophrenia. Mudah-mudahan Allah memberi saya kekuatan untuk menghadapi posting ini. Lebih-lebih lagi dengan diri saya yang sangat suka ketawa.

Mudah-mudahan saya menemukan hikmah yang tiada penghujungnya di dalam posting ini..

2 comments:

Anonymous said...

Tersenyum bila baca luahan anda tentang suka ketawa tu. Ya..bab gelak ni kena tahan.Saya sendiri pon susah nak tahan inikan pula afeera:)
Saya sudah pun menceritakan kisah abang saya pada afeera. Cerita tu saya tak bagitau semua orang.Meaning that there is something in you that cause me open up to you.
InsyaAllah..saya harap afeera dapat menghayati posting psychiatry sebab mungkin selepas posting ni,afeera tidak akan dapat pendedahan ini lagi. Tak macam saya. Walaupun sudah habis posting psychiatry masih lagi perlu berhadapan dengan masalah-masalah yang terkadang tak terfikir oleh mana2 medical student yang belajar psychiatry. Masalah menganggur,buat bisnes pon rugi, dikutuk oleh jiran tetangga,dibuli oleh budak2 nakal,ditipu oleh peniaga MLM,asyik disaman polis...macam2 lagi masalah yang tak pernah berakhir. Semuanya menuntut kesabaran ahli keluarga si pesakit dan menguji kekreatifan ahli keluarga untuk memotivasikan dan membangkitkan keyakinan diri pesakit yang sangat rendah. Alhamdulillah..di sebalik ujian Allah ini,terdapat banyak hikmah.Disebabkan ujian Allah ni,menjadikan kami lebih dekat dengan Allah..sentiasa berdoa kepada Allah. Tadi ibu saya hadir family support session for schizophrenia di HUKM. Ibu saya ceritakan luahan hati ahli keluarga lain yang terpaksa menghadapi masalah yang lebih berat daripada apa yang kami hadapi.MasyaAllah..bersyukur sangat bila membandingkan diri kita dengan insan yang lebih malang. Ada yang terpaksa ditahan di wad berulang kali sedangkan abang saya tak pernah ditahan di wad. Hanya perlu follow up sebagai out patient sahaja. Masalah yang kami hadapi ni cuma secebis berbanding masalah orang lain. Akhir kata,Good luck afeera for psychiatry posting and take care.

akmatalib said...

salam..
sy juga berkesempatan ke wad psychiatric sbulan lepas. walaupun hanya 2 hari utk clerk case, macam-macam kerenah. Yang jelas, kebanyakannya hallucination.
lecturer sy jg cadangkan untuk tonton Beautiful Mind. Tapi saya tak tahu mana nak cari.

Mudah-mudahan, anda beroleh hikmah di mana anda diletakkan.=]