Sunday, January 10, 2010

Buku kecil...

Saya akan menghadapi peperiksaan bermula esok tapi masih sempat menulis di sini. Takpe, untuk merehatkan minda buat seketika.

Minggu lepas saya membeli buku kecil ini dari naqibah. Saya tertarik untuk membaca buku ini kerana cerpen yang pernah saya baca satu ketika dahulu di surat khabar. Cerpen itu yang mengubah mentaliti saya mengenai nikah misyar.

Mengenai buku ini pula, kupasan ulama' yang tersohor ini memang tidak dapat dinafikan. Seakan-akan saya bukan membaca buku yang berbahas mengenai hukum semata-mata. Buku ini benar-benar memberikan pencerahan. Saya juga belajar mengenai sikap seorang ulama dalam berhadapan dengan masalah ummah. Moga-moga punya masa untuk mengkhataminya.

Tentang cerpen tersebut pula, saya telah menemukannya di laman maya. Boleh baca di sini. Tapi saya tidak setuju kalau satu masa nanti saya perlu menjadi isteri kedua untuk sesiapa sahaja. Nauzubillah. Mungkin bahagian itu kurang saya senangi dalam cerpen ini. Tapi mungkin juga saya tidak kisah untuk berkongsi suami seandainya saya isteri pertama. Kalau saya berbicara mengenai nikah misyar atau poligami dengan orang lain, ramai yang rasa saya merepek dan membuat kesimpulan bahawa saya belum menemukan lagi insan yang benar-benar saya sukai. Tapi mengikut pandangan saya yang kerdil, mungkin juga nikah ini adalah solusi bagi dakwah, bagi wanita yang benar-benar sibuk dan bagi wanita yang memiliki banyak tanggungjawab. Allahu A'lam.

Untuk lebih adil, mungkin saya perlu mengkhatami dahulu buku tersebut.

5 comments:

soleh solehah said...

Salam

wah..wah posting menarik.
nikah misyar...emmmmmm.

Tapi, meh lah kita tukar2 link dan dijemput ziarah blog saya...

jazakallah khair

~:: AiNi ::~ said...

mmm...cmne lak nikah tu leh jd solusi bg wanita yg sibuk n byk t.jwb ek? klu feera leh explain lbih sket =)

Ummu Afeera said...

hmm...kak yang, waa..lama x bertemu di alam maya..baby camne?

hmm...pasal itu, mungkin pendapat saya ini macam tidak matang sket..

misalnya cam gini...kita ini busylah sangat...nak jaga diri sendiri pun tidak sempat-sepat, banyak sangat kerja luar yang kita kena buat, dalam masa yang sama tidak boleh tidak kahwin...perempuan ini kan selalu jadi fitnah...kena juga kahwin..

tapi kalau kahwin, husband pulak nak perhatian, nak kena jaga pakai, makan minum dia..kalaupun dia faham kerja-kerja kita, berapa lamalah dia boleh bertahan dengan kita kan? so, benarkan je dia kahwin lain...biar isteri dia yang baru itu, yang tidak sibuk uruskan segalanya tentang dia...dia boleh datang lawat kita bila dia nak, bila kita tidak sibuk...

kita kurangkan beban dia dengan menggugurkan syarat nafkah misalnya..tapi dia tetap pelindung kita...

so, dia senang..dan kita pun senang buat kerja kita...dia cuma perlu fikirkan isteri baru dia je...

win-win situation...kita ada pelindung untuk terus buat kerja kita, kita pun dapat pahala macam orang dah kahwin...dan dia juga boleh bahagia...

huhu...tidak tahu sejauh mana idea ini akan diterima pakai oleh orang lain...

kak yang, saya merepek kat blog ni..better kak yang tidak baca...

~:: AiNi ::~ said...

feera...kyg rs xde yg merepek la feera tulis tu..mgkin ada benarnya..ada logiknya n ada realistiknya..

sebenarnya sebelum kawen dulu pn kyg berfikiran seperti apa yg feera sebut tu la..huhu...

tp skrg ni xtau la =p hehe

Ummu Afeera said...

tapi kak yang kalau kita benar-benar sibuk? =p hehe...