Pernah satu hari beberapa orang di antara kami dipanggil untuk meeting untuk membincangkan hala tuju dakwah. Allah berikan peluang yang besar waktu itu. Allah beri peluang untuk kami mendengar ucapan dari seorang rakyat Palestin. Kalau mahu mengajar di Ghaza, seseorang itu perlu ada PhD. Dia datang ke sini untuk menyempurnakan pelajarannya dan kembali mengajar di Ghaza.
Murabbi kami ada memberitahu di dalam kata-kata aluannya tentang kelahiran bayi-bayi lelaki yang ramai di Ghaza, berbeza dengan di Malaysia yang mana kebanyakannya lebih memiliki anak perempuan berbanding anak lelaki.
Semasa pemuda Palestin ini memberikan tazkirah, isu itu dibangkitkannya tapi dengan pandangan yang berbeza. Katanya, di Palestina wanita-wanitanya juga adalah pejuang. Majoriti mereka menghafaz AlQuran dan mendidik anak-anak. Mereka keluar berkempen dan menerangkan mengenai Islam dari rumah ke rumah. Dan perjuangan-perjuangan wanita ini adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemenangan Hamas di dalam pilihanraya. Mereka tidak pernah menitiskan air mata di atas kesyahidan anak-anak dan suami. Malah mereka berbangga dengan titisan darah syuhada’. Mereka berazam untuk terus melahirkan pejuang.
Pastinya terlalu banyak pengajaran di dalam bicaranya. Air mata tumpah kerana terharu.
Jujurnya hanya lelaki-lelaki yang faham Islam sahaja yang mampu menghargai dan menghormati wanita. Barangkali saya kecewa dengan kawan-kawan lelaki saya. Bicara mereka kadangkala menggores hati dan mengecewakan. Berbangga andai berjaya mengenakan. Hanya kesabaran sahaja yang mampu saya tiupkan di kamar hati. Alahai lelaki zaman ini, mengapa layanan dan didikan kamu tidak seperti sentuhan Rasulullah SAW kepada wanita?

No comments:
Post a Comment