Tidak mudah belajar perubatan. Kadangkala jatuh cinta, tapi adakalanya juga rasa benci. Tapi akur bahawa Allah hanya menjanjikan yang terbaik untuk saya yang kerdil ini.
Saya dah bersedia untuk presentation sejak 2 minggu yang lalu saat saya mula-mula mendapat pembahagian tugas. Tapi saat presentation, saya tidak yakin pada diri sendiri. Agak kaku dan segala idea di kepala hilang entah ke mana. Jadilah presentation itu seakan tidak tersusun. Jadilah presentation yang sepatutnya lebih berkisar pada ‘orthopaedic’ menjadi subjek yang lebih sesuai dibincangkan semasa ‘internal medicine’.
Pahit ke harga pengalaman ini? Pahit ke bila dikritik? Pahit ke seandainya budak-budak yang bijak pandai melihat sepi sahaja presentation kita? Pahit andai saya belajar kerana manusia. Tapi manis apabila niat utama hanya kerana Allah. Meskipun hasilnya tidak begitu mempersona di mata manusia, cukuplah andai Allah mengiktirafnya.
Baru-baru ini saya ada berbual dengan Zaid, adik lelaki saya. Saya sependapat dengannya. Kalau ikutkan hati kami berdua dan hanya menurut kepentingan sendiri, tidak ingin rasanya kami belajar. Tapi kami belajar kerana Allah, dakwah dan ummah. Hanya itu sahajalah momentum yang kami ada dalam meneruskan kehidupan yang adakalanya pahit ini. Kalau tiada semua itu, sudah lama kami terkandas dalam dunia yang penuh pancaroba ini.
Dahlah, jangan layan rasa. Ada banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu dilunaskan. Kegagalan hanyalah satu kejayaan yang tertunggak. Lupakan sahaja yang dah berlalu.

1 comment:
sebenarnya, pengalaman presentation ni is just part of the process of learning.. you will have plenty of opportunity to present in the future inshaAllah...when presenting as a student it is mainly as a learning opportunity to hadam betul2 tntg subject tu..vs a lecturer who needs to memahamkan para pendengar.
Post a Comment