Saya ke kedai alat tulis hari Sabtu yang lepas. Sedang asyik mencari kertas, saya tercicir kunci kereta. Saya mula mencari-cari kunci tersebut. Badan saya sudah mula berpeluh. Kedai tersebut pula sudah mahu tutup.
Dalam tekanan yang amat itu saya bernazar untuk memberikan RM10 kepada anak yatim seandainya saya menjumpai kunci tersebut. Alhamdulillah dengan pertolongan nyonya kedai, saya akhirnya berjaya menjumpai kunci kereta kembali.
Dalam perjalanan balik ke rumah, kepala saya ligat berfikir. Dari mana saya mahu mencari anak yatim? Saya takut akan terlupa dengan janji saya pada Allah.
Dipendekkan cerita, malam tersebut ada seorang anak yatim datang berhari raya ke rumah dan saya memberinya RM10 sebagai duit raya.
Apa pengajaran yang saya perolehi dari secebis pengalaman ini? Allah menjamin rezeki hambaNya. Allah menjamin rezeki anak kecil itu. Hebat perancangan Allah. Saya kehilangan kunci dan dalam keadaan yang amat memerlukan itu saya bernazar. Dan takdir Allah, anak kecil itu memperolehi rezekinya.
Dalam hidup ini, sesetengah manusia tidak cukup beriman bahawa Allah yang menjamin rezekinya. Pelajar menyangka bahawa JPA, MARA atau PTPTN yang memberikannya makan minum. Seorang tentera merasakan bahawa kerajaan yang menjamin rezekinya di hari tua dengan duit pencennya.
Saya pernah terjumpa seorang tentera yang tidak mahu menjaga ibunya, menyambung kontraknya dengan kerajaan semata-mata kerana jaminan duit pencen, merasakan duit pencen yang akan menjaganya di hari tua kelak. Alahai manusia..
Ayah saya ada ceritakan satu kisah. Ada seorang lelaki yang suka merenung dan memerhatikan seekor burung. Setiap hari dia melihat burung tersebut singgah ke satu dahan pokok tetapi tidak membuat sarang. Hatinya tertanya-tanya mengenai pekerjaan sehari-hari burung tersebut. Satu hari dia memanjat pokok tempat persinggahan burung tersebut untuk mengintip aktiviti si burung. Apa yang dilihatnya? Dia ternampak seekor ular yang buta. Rupa-rupanya burung tersebut singgah untuk memberikan makanan kepada ular yang buta ini. Meskipun burung dan ular bermusuh, tapi seandainya Allah mentakdirkan sesuatu, itulah yang akan terjadi. Allah sentiasa menjamin rezeki hambaNya. Percayalah. Dan berimanlah bahawa pena sudah terangkat dan dakwat sudah pun kering. Takdir kamu telah tertulis…

3 comments:
tp saya ada mendengar citer yang sama tapi moral yg berbeza...benar allah menjamin rezki hambanya tp jgnlah kita memilih utk jd ular yg buta.. sebaliknya jadilah burung yg berusaha utk memberi..
IPPAH....
surah Hud ayat 6
"dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab(Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillahi rabbil’alamin.
In The Name of The Most Gracios and The Most Merciful
“to any that desires the tilth of the Hereafter, we give increase In His tilth, and to any that desires the tilth of This world, we grant somewhat thereof, but He has no share or lot In the Hereafter.” [As-syura:20]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
“sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” [As-syura:20]
“Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah s.w.t akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dengan keadaan tunduk dan hina dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya Allah s.w.t akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang dihadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat dunia lebih daripada apa yang telah ditakdirkan.” [Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi]
Allahualam. Astaghfirullahalazim.
i love ur story! Alhamdulillah.. =)
Post a Comment