Friday, July 31, 2009

Zikir...

Perutku ini terasa lapar. Aku teringat kata-kata seorang ulama yang diajukan soalan mengenai perihal aktivitinya yang suka berzikir dari fajar sehingga matahari memuncak di dada langit. Katanya, dengan zikir tersebut dia sepertinya sudah sarapan dan makan tengahari. Moga zikrullah menjadi azimat untuk melupakan rasa lapar ini.

Ibnu Taimiyah pernah berkata bahawa zikir adalah seperti lautan buat ikan. Mana mungkin ikan mampu hidup tanpa lautan, tanpa air? Mana mungkin manusia mampu hidup tanpa zikrullah?

Ketenangan hidup adalah apabila kita dapat merasai bahawa Allah sentiasa berada bersama kita dan merasai manisnya kehadiran Allah apabila melihat alam ciptaannya. Langit yang menjadi ciptaan Allah mampu menampung kapal terbang yang berat itu. Air yang ringan di mulut itu mampu menampung kapal yang bertan-tan beratnya di lautan. Maha suci Allah yang menjadikan sesuatu tanpa sia-sia.

Moga zikrullah menjadi makanan amalan harian kita.

2 comments:

almizzi said...

Assalamu alaikum

zikir pagi dan petang adalah perintah ALLAH
(selepas solat subuh hingga terbit mathari, selepas solat asar hingga terbenam matahari (asar hanafi)

ia adalah WAJIB bagi kita.

meninggalkannya menjadikan kita golongan yg lalai...


وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالآصَالِ وَلا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ (٢٠٥)
205. Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu Dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai.

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا (٢٨)
28. Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلا (٤٢)
42. Dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.

فَاصْبِرْ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنْبِكَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ بِالْعَشِيِّ وَالإبْكَارِ (٥٥)
55. (setelah Engkau mengetahui perihal Nabi Musa dan umatnya) maka Bersabarlah (Wahai Muhammad, Dalam perjuangan menegakkan Islam); Sesungguhnya janji Allah (untuk menjayakanmu) adalah benar. dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah Dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلا (٢٥)
25. Dan sebutlah Dengan lidah atau Dengan hati akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

zikir pagi petang telah ditinggalkan oleh orang islam kini..

sampaikan..

Ummu Afeera said...

terima kasih sudi berkongsi...