Kepala saya sudah mula berpinar. Angka-angka, statistik, medical informatik, biostatistik, critical appraisal, EBM, kesemua istilah itu membuatkan saya merenungi kembali sejarah.
Perlukah saya berada di sini? Soalan-soalan itu terus-terusan bermain di fikiran. Lantas saya membuat keputusan untuk mengkhatami dahulu 5 tahun ini baru bercerita tentang rancangan seterusnya.
Sejarah? Ada apa dengan sejarah? Pada saya, sejarah menghubungkan masa lalu dan masa kini. Faham sangatkah saya dengan sejarah? Entahlah tapi jutaan persoalan seakan-akan berenang di jalur-jalur otak saya kini.
Setiap zaman akan mempunyai tuntutan prioriti yang tersendiri mengikut keadaan dan suasana tertentu. Sekiranya Ibnu Sina dilahirkan pada era Makkah, adakah dia akan belajar perubatan dengan gila-gila? Atau dia berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan dakwah sepertimana Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah lakukan ketika itu?
Begitu juga, jika Imam As-Syafie hidup di era daulah, pastinya beliau akan turut sama dalam usaha perluasan kuasa kerajaan Islam.
Kepala saya akur bahawa rata-rata manusia keliru dalam meletakkan kepentingan kepada sesuatu perkara.
Lantaran itu, mereka mula berfikir di luar realiti dan merancang mengikut angan-angan dan imaginasi.
Persoalannya, adakah saya juga keliru? Kamu keliru? Buatlah sesuatu dengan kefahaman yang jelas. Kefahaman yang ‘clear crystal’.

2 comments:
Assalamu alaikum
Perlu diingat bahawa walaupun Ibn Sina seorang ahli Perubatan dan ahli falsafah yang hebat - tetapi dia termasuk golongan yang sesat seperti yang di nyatakan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitab Munqid min al-Dalal dan Tahafut al-Falasifa. Termasuk dalam golongan ini ialah al-farabi dan al-Kindi.
وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ
tak salah untuk mencontohi kegigihan nya menuntut ilmu dan kemahiran - hanya perlu dielakkan ialah rumusan falsafi nya yg sesat.
Ibn Taimiyyah juga telah menjelaskan kesesatan golongan ini dalam kitabnya: al-radd 'ala al-mantiqiyyin.
saya tidak tahu hal itu..tidak pernah belajar...terpulang pada pandangan masing-masing...
Post a Comment