Tuesday, July 21, 2009

Biasa-biasa...

Pernah lihat graf taburan normal? Kamu biasa melihatnya semasa belajar matematik tambahan di sekolah dulu. Saya pernah bercerita tentang graf taburan normal ini di sini.

Graf taburan normal adalah Sunnatullah. Ada satu kata-kata - God must always love average person as He created so many of them.

Saya bangga menjadi manusia average sahaja. Saya tidak expect manusia menjadi luar biasa.

Graf ini saya kira paling wajar untuk difahami oleh setiap guru. Tidak semua anak murid itu pandai dan faham akan hal yang diperkatakan. Kadangkala expectation seorang guru yang luar biasa terlalu luar biasa untuk anak muridnya yang hanya biasa-biasa sahaja.

Saya berpendapat tidak semua orang mampu menjadi guru. Ada manusia-manusia yang pakar dan terlalu hebat dalam bidang mereka tapi belum tentu mampu menjadi guru. Semua orang tenganga mendengar bicara mereka tanpa memahami apa-apa.

Saya percaya seorang guru yang hebat pastinya adalah manusia yang biasa-biasa sahaja dahulu. Hal itu menyebabkan dia mampu memahami kemampuan manusia-manusia yang biasa sahaja.

Yang benar,

Saya yang biasa-biasa sahaja…

3 comments:

Hilman Nordin said...

maknanya, menjadi kewajiban seorang guru untuk memastikan, dalam taburan normal pelajarnya, min bagi taburan tersebut berada pada paras yang tinggi?

alMizzi said...

Assalamu alaikum

Kita tidak diperintahkan untuk menjadi biasa-biasa sahaja..

Kita diperintahkan untuk menjadi luar biasa
to do our utmost..
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ

To really strive to reach excellence
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ

untuk kasih kpd ALLAH dgn kasih yg bersangatan
اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
sehingaa menjadi golongan ghuraba'

biasa-biasa atau average ini dikaitkan dengan fasiq:
وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
tidak beriman:
وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ
kufur dan tidak bersyukur:
وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَشْكُرُونَ
majority besar kebanyakan manusia begitu

sedang beriman dan beramal dikaitkan dgn yg sedikit -
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَقَلِيلٌ مَا هُمْ

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ


"Graf taburan normal adalah Sunnatullah."
Statement ini adalah silap -
graf itu hanya sekadar kesimpulan yang dibuat berdasarkan nazari dan tajrib - sebagaimana yang diterangkan dalam aqidah terutama mazhab asya'irah.
Sunnatullah yang hakiki adalah sepertimana yang di firman oleh ALLAH Tadan dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Kesilapan kebanyakan saintis muslim hari ini ialah merentaskan pendapat dan sangkaan mereka sendiri hasil dari nazari ke'realm 'ulum billah, arif billah hingga tersasar dari sirat.

"Saya bangga menjadi manusia average sahaja."
perkataan ini jelas akibat dari falsafah yg silap -

Maksud dari hadith Nabi Sallallahu alaihiwasallam:
"Kefaqiran adalah kebanggaanku dan dengannya aku berbangga"

يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ

Ummu Afeera said...

mohammad hilman, ya saya akui itu adalah tanggungjawab guru...pasti bukan mudah untuk menjadi guru yang luar biasa yang mampu menghasilkan anak murid yang luar biasa...

almizzi, saya rasa jauh sekali dengan ilmu kamu...tidak sampai rasanya kefahaman saya dengan ilmu kamu..maaf...