Saturday, June 13, 2009

Hati?

Tiba-tiba teringat hadis ini. Adik saya, Atiqah kirimkan hadis ini saat saya mahu mengambil Professional Exam semasa di Tahun 2 dulu.

My heavens and my earth are too small to contain ME (Allah), but the hearts of my faithful servants can contain ME (Allah) –hadis Qudsi-

Adakalanya sebagai manusia, kita sering merasakan hati kita terlalu kecil. Kita sering terasa sukar mahu memenuhi kehendak hati-hati yang lain. Tapi andai hati itu merasai kebersamaan bersama Allah, insya Allah hati itu pasti mampu memberi sinar buat hati-hati yang lain.

Apakah sinar kebahagian yang hakiki?

Assyahid Syed Qutb menulis di dalam tafsir Surah Addhuha bahawa itulah hidayah - "Hidayat yang menyelamatkan manusia dan kekacauan ‘aqidah dan kesesatannya merupakan ni’mat yang paling agung yang tidak dapat ditandingi oleh ni’mat-ni’mat yang lain. Hidayat itu memberikan kerehatan dan ketenteraman dari segala kegelisahan dan kepenatan jiwa yang tiada tolok bandingnya".

Hatta di akhir tafsir Surah AdDhuha, dia menukilkan - "Menyebut-nyebut ni’mat Allah terutama ni’mat iman dan hidayat merupakan salah satu dari cara melahirkan kesyukuran terhadap Allah yang mengurniakan ni’mat itu. Dan cara melahirkan kesyukuran yang sempurna ialah berbakti kepada para hamba-Nya. Itulah cara amali bersyukur dan itulah kenangan ni’mat secara senyap yang berguna dan mulia".

Ya, cara terbaik untuk melahirkan kesyukuran terhadap nikmat iman dan islam ini adalah menyampaikannya pada insan yang lain. Sepertimana yang diungkapkan oleh Pak Harfan di dalam filem Laskar Pelangi, “Yang harus kalian ingat, anak-anakku: Jangan cepat menyerah. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”.

2 comments:

alMizzi said...

Assalamu alaikum:
When discussing about the heart, there are tremendous realities, colossal secrets and monumental knowledge that will not cease to amaze us unceasingly. incessantly and continuously forever. Let me offer a small insight based on few Qur’anic verses:
Qalbu/ hati adalah batin insan yang menanggung taklif, yang akan dihisab di hari qiyamat.

Dan hati itu MELIHAT, MENDENGAR, BERAKAL, MEMAHAMI DAN MENYAKSIKAN AL-HAQ.

Dan hati setiap insan itu lebih luas dari alam falak ini - kerana ia dijadikan khusus sebagai wadah untuk mengenal (ma’rifah) dan mengasihi (mahhabbah) ALLAH ta’ala. Sebab itu ia boleh menampung ALLAH ta’ala – yakni menanggung ma’rifatullah dan mahabbatullah – taklif yg khusus untuk manusia dan jinn.

Orang mu’min itu hatinya mengadap (tawajjuh) ALLAH, iqbal (berdepan/bersemuka) dengan ‘arsh al-rahman (qalbul mu’min arsh al-rahman). Apabila hati telah berdepan dgn ‘arsh – maka ayat-ayat ALLAH yang dipelajari akan tanzil (turun) kedalam hati orang mu’min tadi – sehingga pecahlah bukit (jabal) aqal nya - nafsu nya tunduk,, khusyu’ kerana takut kpd ALLAH. Dengan itu hati menterjemahkan ayat-ayat al-Qur’an kepada bentuk akhlak/amal/kerja. Sebab itulah dikatakan al-Qur’an tidak boleh diterjemah melainkan kepada amal dan akhlak.
Inilah secara ringkas maksud dan natijah hadith (My heavens and my earth are too small to contain ME (Allah), but the hearts of my faithful servants can contain ME (Allah)Yakni iqbal hadratil Maula.

Hidayah?
Hidayah ialah ayat-ayat al-Qur’an. Selain dari ayat-ayat al-qur’an adalah kesesatan.

Semuanya adalah ni’mat dari ALLAH - dan zikr al-ni’mah adalah fardhu ‘ain

Wajib kita menghitung/ mengingatkan balik, setiap ni’mat2 ALLAH kerana ini membawa kepada Syukur, dan syukur itu membawa kepada KASIH kpd ALLAH – dan itulah maksud kewujudan kita – dan Kasih itu pula membawa kepada ‘ubudiah yang sebenarnya.

Ummu Afeera said...

terima kasih atas perkongsian,,