Tuesday, June 30, 2009

Cahaya...

Di sana tiada cahaya kecuali mereka yang dikurniakan cahaya. Jalannya gelap dan perlu melintasi laluan yang lebih halus dari helaian rambut, lebih tajam dari razor blade. Mampukah diri melintasinya?

Mustahil, terlalu mustahil mahu melintasinya kecuali mereka yang diberikan cahaya oleh Allah. Siapakah mereka itu? Apa yang ada pada mereka sehingga dikurniakan cahaya oleh Allah? Rupanya cahaya itu adalah iman. Spiritual iman yang ada di dunia dulu datang dalam rupa fizikal iaitu cahaya.

Ada lagi. Cahaya itu bermacam-macam rupanya. Semuanya bergantung pada tahap keimanan semasa di dunia.

1000 watts, 100 watts, 40 watts. Kelajuan dan ketembusan cahaya itu juga berbeza. Ada yang cahayanya sekejap ada, sekejap tiada. Ada yang seperti kilat. Ada pula yang mampu berlari serupa dengan kelajuan angin. Ada yang berjalan. Ada yang merangkak. Ada yang memerlukan charger, terpaksa berhenti seketika dalam perjalanan kerana cahaya makin lemah. Ada yang cahayanya cuma cukup untuk melintasi separuh perjalanan sahaja.

Sampaikah kita ke destinasi perjalanan tersebut? Sampaikah kita ke syurga Allah yang agung itu? Tanya-tanyalah iman di dada. Mampukah iman kita menyalakan cahaya di sana?

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): "Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar". (57:12)

Ya Allah, kurniakan kami cahaya yang mampu membawa kami ke syurgaMu agar dapat kami menatapMu. Ya Allah, hilangkan kerinduan kami kepadaMu.

Yaa Allah ciptakanlah cahaya di hatiku, cahaya di lidahku, cahaya di pendengaranku, cahaya di penglihatanku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di sebelah kananku, cahaya di sebelah kiriku, cahaya dari depanku, dan cahaya dari belakangku.

Ciptakanlah cahaya dalam diriku, perbesarlah cahaya untukku, agungkanlah cahaya untukku, berilah cahaya untukku, dan jadikanlah aku sebagai cahaya. Ya Allah, berilah cahaya kepadaku, ciptakan cahaya pada urat sarafku, cahaya dalam dagingku, cahaya dalam darahku, cahaya di rambutku, dan cahaya di kulitku. Ya Allah, ciptakanlah cahaya untukku dalam kuburku dan cahaya dalam tulangku”

Tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku, tambahkanlah cahaya untukku dan karuniakanlah bagiku cahaya di atas cahaya.

2 comments:

alMizzi said...

Assalamu alaikum

Cahaya yang di maksudkan itu ialah al-Qur'an.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُمْ بُرْهَانٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُبِينًا (١٧٤)
Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu Nur/cahaya (alQur'an) Yang menerangi.

Usaha untuk mendapatkan cahaya ialah dengan mempelajari ayat-ayat alQur'an, beriman kepadanya dan mengamalkannya.
itulah cahaya.
semakin banyak ayat yang dipelajari, di amal , semakin bertambah cahaya, semakin bertambah petunjuk, semakin bertambah iman.

Doa Rasulullah itu maksudnya ialah supaya cahaya al-Qur'an itu menyelubungi seluruh dirinya zahir dan batin -
sehingga menjadilah diri baginda - akhlaq al-Qur'an.

itulah juga doa kita.

iman itu maknanya beriman kepada ayat-ayat al-Qur'an (sehingga ayat itu tanzil ke dalam hati/qalbu)

amal salih itu ialah ayat-ayat alqur'an yang telah diterjemah jadi amal/akhlaq.(seluruh jasad dan anggota badan bergerak hanya mengikut panduan ayat-ayat al-Qur'an)

ikhlas ialah apabila niat melakukan sesuatu semata-mata kerana ia perintah/larangan dalam ayat al-Qur'an. bukan kerana sebab lain.

niat ikhlas takkan datang tanpa cahaya dr ayat al-qur'an dan hadith/sunnah (tafsir qur'an /akhlaq al-qur'an)

orang yg beramal dgn ayat al-qur'an, maka di hari kiamat ayat-ayat itu jadi pelindung dan penaungnya (kanan kiri depan - yang menolong melintasi sirat..)

berat timbangan nya ialah disebabkan oleh ayat al-qur'an - bukan amalannya.

sebab itu amal yg tidak di dasari dgn ayat al-qur'an adalah ringan dan kosong. walaupun nampak hebat banyak di dunia.

Ummu Afeera said...

terima kasih kerana sudi berkongsi...