Saya terasa begitu penat sangat sekali dan saya mula tercari-cari makna sebuah kehidupan. Adakah saya mengulang hari-hari yang sama? Bukankah mukmin kehidupannya adalah lebih baik dari semalam dan lebih baik dari hari ini?
Kehidupan ini terasa kosong. Rindu pada cahayaNya. Dia menguji agar saya kembali.
Menatap blog seorang akhawat buat saya menitiskan air mata. Tiada siapa yang memahami namun secebis bicara buat saya terasa bahawa Allah terlalu hampir.
"Sesungguhnya orang yang hidup untuk kepentingan diri sendiri semata-mata, mungkin dapat mengecapi hidup damai dan tidur nyenyak tetapi, ia hanya hidup sebagai orang kerdil dan mati sebagai orang kerdil juga. Sebaliknya, orang yang besar memikul beban yang besar ini yang tidak punya tidur, tidak punya masa bermain-main, tidak punya hamparan yang hangat gebu, tidak punya timbunan harta, perabot mewah megah, dan tidak punya hidup bersenang-lenang" [Sayyid Qutb]
Kadang saya terasa mahu pulang ke Johor bertemu keluarga, meluahkan segala rasa namun masih ada yang perlu dilunaskan. Kalau ada yang sayang dan memberi tanpa syarat, saya kira itu hanya ibu bapa. Saya rindukan mereka. Saya penat apabila dipergunakan. Saya penat apabila menghadapi karenah manusia. Saya penat apabila hati saya tidak ikhlas tapi terpaksa merelakan.
Di dalam kemuncak segalanya, saya tahu ada kuasa yang lebih besar iaitu Allah. Di saat sendirian atau keramaian, Dia tetap ada dan tidak pernah meninggalkan saya. Ya Allah, saya rindukan cahaya itu.

2 comments:
Assalamu alaikum....
antara sunnah Rasul صلى الله عليه وسلم yang telah dilupakan oleh generasi kini ialah al-ithar
jadilah ahli futuwwa dan hidupkanlah kembali sunnah ini.
seorang doktor - seluruh hidupnya berkhidmat untuk orang lain walaupun diri sendiri susah...
itulah futuwwa dan itulah al-ithar
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
syukur dan bersyukur sehingga akhir hayat kerana ALLAH telah pilih jalan untuk mu sebagai bakal doktor.
:)
terima kasih kerana mengingatkan:) satu peringatan yang amat baik buat saya yang sangat kepenatan saat ini..terima kasih sekali lagi:)
Post a Comment