Tuesday, December 16, 2008

Usaha...

Sekarang ini saya di dalam posting Public Health, satu posting yang dikenali dengan panggilan Public Hell atau Public Holiday di kalangan kawan-kawan. Sukar mahu membuat impresi awal mengenai posting ini. Segalanya agak memeningkan dan terlalu banyak tugasan.

Saya tidak gemar berpindah randah. Namun untuk posting ini, saya perlu berpindah dari Putrajaya ke Sepang. Andai diri jutawan, mungkin tidak terasa sukar untuk membayar duit sewa kedua-dua rumah di Putrajaya dan Sepang, tidak juga sukar mengisi petrol. Tapi menjadi orang kebiasaan, saya terasa sukar. Saya malu mahu meminta. Dengan penyakit yang ada, saya sudah terlalu menyusahkan kedua orang tua.

Kata teman, ini jihad. Lantas saya kuatkan diri, tapi bukan mudah memupuk jiwa. Tapi kata-kata seorang adik menyedarkan kembali diri yang terlupa. Katanya, ramai manusia berjuang fisabilillah, tapi bukan berjuang fillah. Ramai yang berjuang pada jalan Allah, tapi bukan kerana Allah. Sungguh kata-kata itu menyedarkan kembali diri yang terlupa

Jalan raya di sini bersimpang siur, sempit dan terlalu banyak kenderaan berat. Saya merungut pada ayah. Semalam sendiri nyaris terlanggar. Lantas ayah berbicara – “Bagaimana nanti mahu ke tempat perang? Bagaimana nanti mahu ke tempat bencana?” Saya terpana seketika. Baiklah, saya mahu berusaha..

2 comments:

Anonymous said...

Salam. Selamat berusaha.. Sakit apa afeera? nak kongsi sama? =)

Ummu Afeera said...

hmm..kongsi?