Kami belajar berkenaan perisian SPSS hari ini. Kata prof, semuanya adalah mengenai minda yang berkaitan dengan cara kamu melihat sesuatu. Kalau kamu rasa susah, benda yang paling senang pun susah. Saya setuju.
Mengenai teknologi, saya pernah berbincang dengan adik lelaki saya, Zaid. Zaid menggunakan perisian Ubuntu. Kata Zaid kita malas dan takut untuk berubah. Seandainya kita sudah senang dengan sesuatu, kita jarang mahu meneroka. Sudah senang dengan Microsoft Office 2003 misalnya, malas mahu meneroka versi 2007. Orang lain sudah mencipta perisian, kadang untuk menggunakannya pun malas. Saya kira terlalu luas ilmu untuk diteroka. Bukankah hikmah itu adalah sesuatu yang telah hilang dari kita?
Dari satu sudut yang lain, saya juga teringatkan hal mengenai bosan. Bosan, jangan mengundang murka Allah. Saya juga pernah bertanya pada nenek yang hanya duduk berdua dengan atuk di kampung. Saya memanggilnya dengan panggilan mama. “Mama tidak pernah bosan ke?” Katanya, “Orang yang bosan itu tiada Allah dalam hidupnya”. Jadinya, saya tidak mahu menggunakan perkataan bosan sebolehnya dalam kamus hidup.
Memang ada perkara yang membosankan. Misalnya, menunggu bas di Larkin ataupun di Pudu. Saya tidak suka, tapi cuba mengubah cara saya melihatnya. Saya akan melihat reaksi kanak-kanak yang dimarahi ibunya. Saya akan melihat kepayahan dan keringat pakcik-pakcik penjual tiket. Ada yang diam tapi ada sahaja manusia yang membeli tiket dari mereka. Ada yang bising bagai mahu gila, tapi tidak ada yang mahukan tiket mereka. Entahlah, saya sendiri tidak pasti apa yang saya bicarakan hari ini.
Saya kongsikan video ini. Filem Taare Zameen Par sememangnya satu filem yang menemukan saya dengan hikmah Ilahi. Jutaan pengajaran di dalam filem ini. Dunia ini bergantung pada cara kamu melihatnya..
Terjemahan lagu ini, klik sini.

2 comments:
Salam ziarah. Saya dah tonton filem ni. Banyak pengajarannya dalam film ini. :)
ya..saya setuju...pengajaran yang ada terlalu banyak..
Post a Comment