Friday, December 19, 2008

Tekanan...

Saya sukakan kepenatan. Penat yang akan membuatkan tidur menjadi nikmat berharga. Cuma kadangkala mengelak tekanan.

Tapi bukankah tekanan itu baik? Bukankah tekanan yang membawa kita kepada Allah? Bukankah tekanan yang membuat kita menangis hiba pada Allah?

Bukankah tekanan yang membuatkan rakyat Palestina berjuang, mengharapkan syurga Tuhan, dan mengharapkan syahid, sehinggakan setiap rumah mahukan seorang syuhada di rumah mereka?

Murabbi memberikan analogi. Cuba tekankan gabus ke paras terdalam sebiji gelas yang berisi air. Gabus itu terlantun bukan? Tekanan yang akan membuatkan kita membuat sesuatu yang tidak mampu difikirkan.

Saat membaca Mathurat, pasti diri tersentak setiap kali membaca petikan ayat dari Surah Al Baqarah. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Surah Al Qasas: 77)

Dunia itu untuk memercu seorang hamba kepada TuhanNya. Tanamlah amal di sini untuk menuainya di akhirat.

Saya? Saya perlu malu pada Palestina andai merungut dengan tekanan yang ada.

No comments:

There was an error in this gadget