Beberapa hari lepas, saya dan seorang sahabat berbicara mengenai manusia yang banyak ragamnya. Terasa masih baru saya mengatakan bahawa di sini semuanya bersatu. Tersenyum saya hari ini ketika melihat ideologi-ideologi manusia yang mula menunjukkan taringnya.
Di mana-mana penjuru bumi ada sahaja masalah tersebut saya kira. Dan saya perlu belajar menerima bahawa manusia seringkali berbeza dan tidak sempurna. Kesempurnaan itu hanya milik Allah semata.
Saya suka analogi yang diberikan oleh sahabat saya mengenai ideologi-ideologi manusia yang bercambah bagai taugeh-taugeh yang tumbuh dari kacang hijau yang basah:)
“Ummu pernah tengok Dragon Ball?”
“Ya, pernah”, balas saya semula. Sudah lama rasanya saya tidak menontonnya.
Saya suka menonton kartun Sailormoon semasa kecil dan kemudian akan menyambung menonton Dragon Ball. Tapi apabila sudah tua, saya sendiri tidak memahami bicara kartun-kartun tersebut.
Saya sudah mula melalut nampaknya. Ayuh kembali semula kepada titik asal bicara. Sahabat saya menyambung cerita, “Ada satu watak. Nama dia Cell.”
Memori kepala saya tidak mampu mengingati watak tersebut, tapi cuba memberi perhatian pada bicaranya. “Sampai satu tahap, dia boleh berevolusi. Tapi ada satu tahap gap. Dia boleh buat mitosis. Cuma mitosis ini tidak normal, membelah diri dari satu sel yang sama tapi menghasilkan dua sel yang berbeza. Berbeza main control dan perangai.”
Saya juga suka analogi akhir yang diberikannya, “Agak-agaklah, kalau sel kulit buat perangai camni, mungkin tidak hairan apabila satu masa nanti tiba-tiba kat lengan tumbuh kidney”.
Saya setuju dengan kata-katanya. Entahlah, barangkali saya pening seketika hari ini melihat ragam manusia. Membawa ideologi sendiri. Mungkin terlalu sukar berlapang dada barangkali. Ideologi-ideologi kamu bukan pasak sebuah kejayaan. Di saat kamu berperang, mungkin kamu terlupa. Kejayaan ini milik Allah, pemberinya juga Allah. Usah berbangga dengan ideologi. Usah syirikkan Allah dengan ideologi.
Teringat kisah Saidina Umar yang memecat Khalid Al Walid yang hebat itu. "Siapa Umar untuk melanggar keputusan Rasulullah SAW melucutkan jawatan Khalid al-Walid? Siapa Umar untuk melucutkan jawatan jeneral Khalid walau dalam pemerintahan Abu Bakar? Siapa dia?" kata mereka.
Khalid Al Walid masih senyum. "Apakah ada beza aku jeneral dengan aku tentera biasa? Bukankah pedang aku ini masih boleh membunuh musuh kuffar? Sekiranya kalian beriman dengan Allah, maka patuhilah arahan pemimpin." Tenang beliau menjawab.
Mendengar kata-kata Khalid al-Walid, tentera Islam mendiamkan diri. Tapi hati masih penuh dengan rasa kurang berpuas hati. Lantaran ketidakpuasan hati, perkara tersebut telah menimbulkan fitnah di kalangan umat Islam.
Saidina Umar hanya senyum pada awalnya. Tapi apabila fitnah semakin panas, dia berkata,"Aku melucutkan jawatan Khalid Al-Walid kerana aku khuatir kamu akan berlaku syirik."
"Kenapa pula kami boleh berlaku syirik bawah pimpinan Khalid al-Walid?"
Lantas jawab Saidina Umar, "Kerana aku takut kalian mengatakan kemenangan tentera Islam adalah kerana pimpinannya, bukan kerana bantuan Allah."
Cerita itu meninggalkan pengajaran bagi yang mahu memahami. Mungkin kamu terlupa seketika bahaya syirik apabila berperang dengan ideologi.
Apa repekan saya malam ini dapat kamu fahami? Cuma catatan biasa. Mahu menamatkan kata-kata yang telah bermula.
Entahlah, doktor sesama doktor tidak pernah bergaduh. Jurutera sesama jurutera juga tidak pernah bergaduh. Tapi adakah mungkin apabila doktor atau sesiapa sahaja yang membaca kitab sehari dua, berprogram agama berminggu-mingu akan bergaduh? Kenapa? Mungkin kerana tidak mudah berlapang dada atau tersilap kefahaman agaknya.

No comments:
Post a Comment