Eid Mubarak! Moga hari-hari yang dilalui penuh dengan nilai-nilai pengorbanan. Saya mohon maaf di atas setiap kesilapan yang saya lakukan kepada sesiapa sahaja. Andai ada yang masih tidak selesai di antara kita, utuskan sahaja marsum maya agar saya mengetahuinya.
Hari ini kita cerita sedikit tentang jantung dalam mood untuk terus mengingati Allah. Saya pernah menulis tentang jantung dalam entri saya sebelum ini. Boleh klik di sini untuk membacanya.
Saya pernah ceritakan bahawa jantung akan mengepam 5L darah dalam satu minit. Nilai tersebut hampir menyamai satu baldi air. Cuba bayangkan kalau kita perlu mengangkut baldi air dari satu kawasan ke kawasan yang lain, bagaimana agaknya ye keadaan kita saat itu? Penat bukan? Tapi itulah yang dilakukan oleh jantung sehari-hari. Masya Allah..
Saya baru belajar satu ilmu lagi dalam bahasa arab dan ilmu itu berkaitan dengan jantung yang ingin saya ceritakan. Di dalam bahasa arab, susunan huruf yang berbeza juga mempunyai perkaitan. Contohnya seperti di bawah.
Meskipun susunan kalimah ilmu dan amal itu berbeza dan membawa makna yang berbeza tetapi ada perkaitan di antara ilmu dengan amal, bukan? Tanpa ilmu, amal tidak berguna. Tanpa amal, ilmu tidak pernah bermakna.
Begitu juga dengan qalbun dan qabla. Qalbun itu hati dan qabla itu maknanya sebelum. Apa perkaitannya?
Qalbun ini dari segi zahirnya merujuk kepada jantung, dan dari segi maknawinya merujuk kepada hati.
Apa kaitan qalbun (jantung) dan qabla (sebelum)? Jantung telah membuat perjanjian dengan Allah sebelum kita lahir lagi.
…"Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
(Surah Al Aaraf: 157)
Itu sebabnya jantung mematuhi setiap perintah Allah. Mengepam darah tanpa henti meskipun kita terus melakukan kemaksiatan.
Jantung itu kan ada masanya systole dan diastole? Ada masanya dia cuba memuatkan darah dalam setiap atrial dan ventriclenya (systole), dan adakalanya cuba melepaskan seluruh darah itu ke seluruh badan (diastole –relaks) Cuba kamu sebut Allah. All…lah… Sebutan All itu seakan-akan systole. Dan apabila jantung diastole iaitu relaks, ianya seakan-akan sebutan lah. All..lah..Allah..Allah…jantung itu berzikir sepanjang masa. Masya Allah..
Cuma yang menjadi masalah adalah qalbun maknawi iaitu hati. Ayuh sucikan hati maknawi dengan zikrullah.
Saya kongsikan lagu yang sungguh bermakna ini. Andai kamu punya liriknya atau semua lirik lagu dalam album Majesty oleh Aashiq AlRasul ini, sila kongsikan dengan saya ye.

No comments:
Post a Comment