Sunday, December 28, 2008

Siddiqin, syuhada', 313...

Siddiqin

Entri ini merupakan sambungan entri sebelum ini.

Mengikut tafsiran ulama’, siddiqin (orang yang benar) ini merujuk kepada mereka yang berilmu. Dan hari ini, kita berada di jalan ini dan kitalah yang diharapkan oleh ummah untuk menebus kembali maruah Islam.

Berilmu di dalam ayat ini bukan sekadar menuntut ilmu tetapi juga membenarkan ilmu. Kerana itulah Saidina Abu Bakar dipanggil Assiddiq.

Segala yang ada di hati itulah yang akan menyentuh hati-hati yang lain. Keyakinan yang mantap di dalam diri Saidina Abu Bakar yang telah menyebabkan 6 orang sahabat yang dijanjikan syurga beriman di tangannya. Dialah insan yang tahu mengenai Islam dan membenarkan Islam dalam tiap saat dan ketika.

Agak-agaknya sudah berapa lama kita menuntut ilmu Islam ? Berapa tahun kita telah menjadi Muslim ? Pernahkah kita membenarkan segala ilmu Islam yang kita pelajari?

Syuhada’

Apa signifikan Allah menyebut syuhada’ di dalam Surah Annisa’ ayat 69? Allah sedang berbicara dengan kita bahawa hidup memerlukan perjuangan. Tanpa perjuangan, hidup menjadi sia-sia. Dan tiada orang yang perjuangannya lebih besar berbanding para syuhada’ kerana mereka telah mengorbankan hatta nyawa mereka pada jalan Allah.

Kamu tahu mengenai apa yang berlaku di Palestina hari ini? Mereka bermandian darah lagi. Ini bukan kesekian kalinya, hampir tiap-tiap hari mereka bermandian darah. Dapatkah kamu merasainya ? Boikotlah. Berjuanglah. Kamu bukan diminta mengorbankan nyawa, kamu hanya diminta mengorbankan sekelumit nafsu yang beraja. Hatta hari ini seandainya kamu berjaya memboikot McD, kamu telah melakukan pengorbanan. Allah menilai semua itu.

313
Izinkan saya berkongsi video yang telah menyentuh hati ini..



313 orang... Sahabat Rasulullah SAW saat itu cuma 313 orang. 13 tahun dakwah di Mekah, Rasulullah SAW hanya berjaya mengumpulkan 313 orang dari 10 000 orang penduduk Mekah. Hanya 3% setelah berusaha selama 24 jam setiap hari.

Kalau kitalah buat business, keuntungan yang kita dapat hanya 3%, apa yang akan kita lakukan? Business kita hancur bukan setelah 13 tahun berusaha selama 24 jam? Macam orang gila sahaja dan baik buat business lain bukan? Tapi Rasulullah SAW tidak sesekali berhenti berdakwah.

Apa yang berjaya Rasulullah SAW tunjukkan pada kita? 313 orang yang lahir itu adalah Qaidah Sulbah, tulang belakang sebuah perjuangan. Meskipun mereka sedikit tapi mereka berjaya membawa arus perubahan sehingga Islam menjadi world order. Mereka meruntuhkan segala Jahiliah yang ada.

Usah sedih dengan kuantiti. Kita mampu, kita mampu dan kita mampu untuk melakukannya..

No comments: