Thursday, December 25, 2008

Samar...


Mungkin saya di antara orang yang paling lambat berbicara mengenai isu yoga. Semasa mula-mula saya berhadapan dengan isu ini, ada beberapa persoalan yang berselirat di minda. Antaranya, kenapa ulama fokus pada isu yoga? Saya meninggalkan sahaja persoalan tersebut.

Sehinggalah pada Selasa yang lepas, saya menghadiri satu pengisian di Nilai. Pengisian ini diberikan oleh seorang ustaz yang saya percaya dan ini kali ketiga saya menghadiri pengisiannya. Ustaz sememangnya antara mereka yang terlibat dalam urusan berkenaan fatwa ini.

Saat itulah saya mula merasakan betapa seriusnya isu ini.

Ustaz cakap sampaikan dia mahu mengharamkan terus yoga kerana masalah ini bukan yoga puncanya tetapi krisis sikap umat Islam yang sangat serius.

Umat Islam hari ini menggadaikan nilai yang Allah beri. Mereka mengambil nilai selain daripada nilaian Allah. Yoga bukan satu masalah yang besar. Tapi apabila umat Islam mula menganggap apa yang ada pada agama lain lebih hebat dari Islam, itulah masalah yang tersangatlah serius.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Surah AlMukminun :1-2)

Dalam Perang Khandak (betulkan saya andai tersilap), ketika kaum Muslimin penat menggali parit, Rasulullah pernah berkata kepada Bilal bin Rabah, "Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha", maksudnya, "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya".

Islam ada penyelesaian bagi segalanya. Tapi hari ini umat Islam mempercayai nilai agama lain lebih hebat daripada Islam. Bukankah semua ini satu kecelaruan yang sangat serius ?

Di manakah ummah yang suatu ketika dulu apabila datang keputusan Allah dan rasulNya, mereka mengatakan sami’na wa ata’na ?

“Sesungguhnya jawaban orang-orang mu'min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan:"Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (an-Nuur 24:51)

Krisis ini begitu serius sehinggakan ada yang memanggil ulama’ sebagai idiot. Semoga Allah menjauhkan kita dari fitnah di akhir zaman ini yang mana semuanya kelihatan kelabu dan samar.

No comments: