Sunday, December 21, 2008

Harapan...


Percaya
Pada hari kedua kelas posting Community Medicine ini, prof bertanyakan setiap orang, “Kamu percaya tak ada penawar untuk penyakit Diabetes Mellitus?” Daripada 14 orang yang ditanya, hanya saya seorang sahaja yang menjawab bahawa saya percaya. Kawan-kawan yang lain dah mula memandang saya dengan pandangan yang lain. Saya sendiri jadi takut. Kenapalah saya mempercayai sesuatu yang tidak saya pelajari dan kemudiannya memperkatakannya di hadapan seorang professor? Semasa saya di matrikulasi, saya pernah dipanggil sebagai ‘tin kosong yang aneh’. Dahlah memang tin kosong, lepas tu suka memberi jawapan yang pelik-pelik.

Tapi respons prof adalah lain. Prof kata bahawa pesakit saya akan berpuas hati dengan saya. Kenapa? Sebabnya itulah kepercayaan seorang pesakit. Entahlah, saya percaya bahawa kawan-kawan saya yang lain melihat soalan tersebut dari kaca mata pelajar perubatan ataupun doktor, sedang saya melihatnya dari kaca mata pesakit kerana saya sendiri merupakan seorang pesakit.

Fisioterapi
Saya sangat sukakan pakar fisioterapi yang saya temui di Hospital Banting. Saya bertanyakan padanya mengenai rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak. Dan setiap kali dia berbicara mengenai dunia kanak-kanak, dia akan melihat saya. Perasan tak saya?

Bukan itu sebabnya saya sukakan penerangannya. Saya sukakan penerangannya kerana sebab yang lain. Pertamanya semasa dia memberi respons mengenai penyakit cerebral palsy, satu keadaan kecacatan otak yang dialami bayi. Katanya, seandainya kecacatannya adalah sedikit, ada cara untuk memulihkannya. Namun sekiranya bahagian otak yang terjejas adalah besar, agak sukar untuk memulihkannya. Kata-katanya yang terakhir yang saya suka, “Mungkin ada penawarnya di zaman kamu nanti”. Saya sukakan kata-kata tersebut kerana meskipun pengalaman yang dilaluinya adalah berjuta, tetapi dia masih merendah diri. Tidak pernah sesekali dia bongkak dengan ilmunya. Dia percaya ada limitation pada ilmunya. Siapa tahu Allah akan membongkar mengenai misteri sesuatu penyakit di masa akan datang di tangan insan lain?

Keduanya saya sukakan penerangannya mengenai rawatan yang diberikan kepada pesakit strok, “Kita nak pesakit strok mempunyai harapan dan bangkit kembali apabila melihat pesakit strok lain yang telah sembuh”. Kata-kata itulah yang saya mahu dari setiap doktor ataupun sesiapa sahaja yang saya temui. Sebagai pesakit, kita pasti mahukan harapan. Namun harapan tersebut tidak pernah saya temui setiap kali bertemu dengan doktor. Doktor-doktor yang saya temui seringkali membunuh saya dengan kata-kata. Setiap kali setelah bertemu doktor, saya merasakan bahawa saya mahu mati saat itu sahaja.

Baru-baru ini pun, saya down setelah berjumpa doktor. Bagaimana saya bangkit kembali? Saya bangkit setelah bertemu dengan seorang tukang urut wanita. Kepercayaannya pada Allah mengingatkan saya yang lemah. Ya, saya bangkit kembali hanya dengan kata-kata seorang tukang urut. Dia mengingatkan saya kuasa Allah. Dia menceritakan pengalaman insan lain yang sembuh dengan izin Allah. Mengapa saya tidak pernah menemui semua ini dalam diri seorang doktor? Adakah kerana doktor begitu bongkak dengan ilmunya? Agak sukar untuk saya menjawabnya..

Update
Saya sibuk tapi masih sempat mengupdate blog. Mak saya pun pelik. Entahlah, ini satu cara saya meluahkan tekanan. Pembaca blog ini pasti stress membaca catatan saya yang entah apa-apa ini. Moga ada kebaikan dalam segalanya..

4 comments:

Anonymous said...

Salam. teruskan usaha meng'update' =)

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh...boleh saya tahu siapa anon ni? hmm..insya Allah, saya akan update apabila punya kelapangan...

laily said...

afeera mest seorg yg suka berfikir kan...

Ummu Afeera said...

berfikir benda merepek banyaknyer..hmm..sape ye cahaya ni?