Dalam kesibukan mahu berdepan dengan peperiksaan, lagi kerap saya menulis. Mungkin juga mahu melupakan tekanan yang ada.
Bersemangat rasanya apabila Allah beri kefahaman mengenai usul 20 yang ditulis oleh Assyahid Imam Hassan Al Banna di dalam rukun AlFahmu. Saya telah berkenalan dengan usul 20 ini beberapa kali. Cuma kali ketiga berkenalan, barulah saya diberi kefahaman yang sebenarnya. Pencarian mengenai usul 20 ini juga punya cerita yang panjang. Saya bukan mahu bercerita tentang itu sebenarnya.
Saya baru memahami perbezaan di antara daulah (negara) dan watan (tanah air). Memahami makna watan, membuatkan saya rasa bersemangat. Rupa-rupanya watan (tanah air) yang saya fahami selama ini ternyata jauh dari sasaran.
Saya berikan contoh agar kamu memahaminya. Contohnya, di antara Tumpat dengan Narathiwat adalah terlalu dekat, bukan? Tapi tidak pernah jumpa pun mana-mana budak Kelantan yang akan cakap Narathiwat itu adalah watan (tanah air) mereka. Tetapi mereka akan mengaku bahawa Kedah dan Johor misalnya, yang terlalu jauh dengan tempat mereka sebagai tanah air mereka. Itulah antara contoh semangat nasionalis yang dipupuk penjajah di dalam minda saya dan lainnya.
Watan (tanah air) yang sebenarnya adalah semua tanah yang di dalamnya terdapat manusia yang mengucap ‘lailahaillallah’ dan semua tanah yang pernah berada di bawah pemerintahan Islam. Bahasa mudahnya Spain, Morocco, Irian Jaya, Palestin dan semua negara yang dulunya pernah berada di bawah pemerintahan Islam adalah watan (tanah air) kita.
Zaman ini, kita punya watan (tanah air), tetapi kita tiada daulah (negara) Islam. Tiada mana-mana negara di muka bumi ini yang meletakkan Allah dan RasulNya di tempat yang tertinggi.
Memahami makna watan membuatkan saya memahami perjuangan Salahuddin AlAyyubi. Roh perjuangannya ditiup oleh Sheikh Shamsudin. Sheikh Shamsudin memahamkan Salahuddin bahawa Palestin juga adalah watannya. Itulah sebabnya meskipun Salahuddin adalah seorang Kurdish tetapi dia sanggup berjuang demi Palestin.
Assyahid Abdullah Azzam juga memahami makna watan ini dengan sebenarnya. Meskipun dilahirkan di Palestin, dia akhirnya menyertai jihad di bumi Afghanistan kerana memahami bahawa Afghanistan adalah watannya juga.
Memahami makna watan membuatkan saya melihat filem Tjoet Njak Dhien dengan penuh semangat. Sejarah Acheh bukan hanya sejarah Acheh. Sejarah Acheh adalah sejarah saya juga kerana Acheh adalah watan (tanah air) saya juga. Mulanya saya tertanya-tanya juga mengapa filem ini tidak sepopular filem lainnya. Rupanya usia filem ini menjangkau usia saya. Huhu..
Semangat Tjoet Njak Dhien seakan mengalir dalam diri saya setelah memahami makna watan dengan sebenarnya. Cerita ini meniup api semangat dan jihad. Saya bencikan kafir-kafir dalam cerita ini. Filem ini memahamkan saya dengan lebih mendalam kepada Snouck Hurgronje dan konconya. Di sebalik kepahitan sejarah, saya temukan juga mutiara.
Saya sertakan bahagian pertama filem Tjoet Njak Dhien di sini. Bahagian seterusnya boleh ditonton di Youtube.

2 comments:
Memanglah tidak akan ada orang Kelantan yang akan mengaku Narathiwat itu watan mereka.
Sebaliknya mereka dengan mudah akan mengaku bahawa Menara, Jala, Patani dan Senggoro itu adalah tanah tumpah darah rumpun sebangsa seagama, melebihi erti watan.
Emmm .. tapi tak pernah lagi saya dengar orang Kelantan mengaku Johor dan Kedah itu tanah air, sama sekali tidak pernah !
Di mana anda mendengar nya ?
p/s :
" Narathiwat " adalah istilah penjajah Thai ! Hanya bangsa Thai sahaja yang merujuk sedemikian !
huhu..itu hanya contoh yang saya berikan...
sekiranya awak memahami makna watan dengan sebenarnya...awak akan menganggap hatta johor dan kedah pun watan awak..sehingga tiada lagi ketaksuban pada sesebuah negeri...
Post a Comment