“Baguslah Astro ini. Dah ada saluran yang islami – Astro Oasis. Rancangannya pun best”. Itulah respons saya semasa berkenalan dengan Astro Oasis. Saya sukakan zikir munajatnya dan banyak lagi rancangan lainnya.
Akhirnya Allah menunjukkan saya jalanNya. Dia menyedarkan saya bahawa saya tersilap dalam percaturan dan pemikiran saya. Allah ‘mencuci’ pemikiran saya yang bersarang dengan sekularisme melalui hambaNya yang lain.
Sekular? Adakah selama ini saya tidak mengetahui hakikatnya? Saya tahu definisinya tapi bukan makna di sebaliknya. Mudah sahaja definisinya. Mengikut Kamus Dewan, sekular itu membawa maksud berkaitan dengan keduniaan; bersifat duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan. Bahasa mudahnya, sekular itu mengasingkan agama dengan perkara lainnya.
Bukan susah hendak tahu mengenai definisi. Tapi sukar untuk menilainya. Entri “Segalanya bercampur..” yang saya tulis sebelum ini adalah berkenaan dengan sekularisme. Segalanya bercampur sehinggakan saya sendiri tidak sedar bahawa saya mengiktiraf sekularisme dalam kehidupan saya.
Bagaimana saya mengiktiraf sekularisme?
Saluran Astro Oasis itu misalnya. Dalam ratusan saluran yang ada, tiba-tiba terselit satu saluran Islami. Saluran yang lain itu bukan Islam ke? Boleh ke ada satu Islam, satu bukan Islam? Tidak boleh… Apabila ada pemisahan seperti itu, itulah sekular.
Surat khabar misalnya. Ada berita dalam negara, ada berita sukan, ada berita luar negara dan tiba-tiba ada satu kolum khas untuk ruangan agama. Itulah sekular. Apabila kamu melihat ada suatu kolum khas untuk agama, itulah sekular. Berita dalam negara, luar negara, dan berita sukan tu bukan Islam ke? Islam bukan seperti biskut chipsmore. Kejap ada. Kejap tak de. Itu bukan Islam namanya. Islam itu 24 jam. Islam itu meliputi semua.
Contoh lain lagi? Macam dengar radio. Ada lagu yang bukan-bukan. Tiba-tiba ada rentak muzik padang pasir. Deejay pun berkata - Ya, telah sampai masanya untuk membicarakan tentang agama. Huhu… Itulah sekular. Islam kejap-kejap.
Televisyen pun sama. Ada Forum Perdana. Ada AlKuliyyah. Tapi dalam masa yang sama ada rancangan hiburan. Huhu.. Islam kejap-kejap.
Itu baru fahaman yang diserap dalam pemikiran kita. Belum lagi tentang perlakuan. Kejap baca quran. Kejap lagi tengok rancangan tidak berfaedah di televisyen. Huhu..sekularnya…
Banyak lagi contohnya… Bila saya rajin nanti, saya tambah entri lagi… Insya Allah, saya akan menulis mengenai puncanya nanti.. Islam itu syumul, meliputi seluruh aspek kehidupan.
---------------------------------------------------------
Bertemu dengan X sungguh menyakitkan kepala saya. Katanya, saya tidak mengikut AlQuran dan Sunnah. Dia akan bertanya saya, di manakah Allah? Soalan yang tidak sepatutnya disoal. Paling menyesakkan jiwa adalah persoalan bidaah. Segalanya bidaah. Paling tidak tahan apabila dia mengeluarkan buku-buku yang mengecam Ikhwanul Muslimin (IM) . Katanya saya berfahaman Ikhwan. Tajuk bukunya seperti – IM: Penyebar Bidaah Terbesar. Huhu..Ada bidaah yang lebih besar selain tidak tertegaknya khalifah Islamiah di atas muka bumi ini? Saya paling tidak suka membincangkan isu ini. Saya masih ingat lagi soalan seorang teman, “Bidaah itu apa?” Dalam keadaan realiti masyarakat yang masih belum memahami Islam, persoalan bidaah tidak sewajarnya menjadi fokus.
Katanya saya tidak mengikut Sunnah. Saya tanyakan padanya. Rasulullah SAW tidak pernah menaiki kereta, tidak pernah menggunakan komputer. Adakah saya melakukan bidaah apabila saya menaiki kereta dan menggunakan computer?
Dia menjawab kembali dengan mengeluarkan hadis. Katanya, bidaah yang dimaksudkan dalam hadis adalah bidaah dalam beragama. Huhu..naik kereta, menggunakan computer, menggunakan stetoskop, merawat pesakit, belajar dan lainnya bukan urusan agama ke? Huhu…sekularnya… Saya benar-benar pening melayan golongan ini.
2 comments:
Salam,
Setiap manusia Allah jadikan dengan kecenderungan-kecenderungan tertentu, dan semestinya dalam pikirannya kecenderungan itulah merupakan aliran terbaik dan semua orang harus mengikutnya.
Demikian juga pendukung Salafy/Wahabi dengan sikap membidaahkan orang lain, pun begitu pendukung haraki (sama ada ikhwan, sanusiyyah atau khilafat) yang kuat dengan jihadnya, pun juga pendukung sufi yg asyik dengan cintaNya..
Salafy/Wahabi kata.. ikutlah kami perangi bidaah.. haraki kata.. ikutlah kami berjihad perangi kuffar.. sufi berkata.. ikutlah kami.. cintai Dia.. perangi nafsumu..
Pun begitu erti sekular perlu ditelusuri dengan lebih 'benar'. Jika hanya menggunakan kaedah 'islam sekejap sekejap' adalah tidak menepati maksud sekular itu sendiri. Sekadar pemisahan ruangan tidak mengapa biar didalam islam. Ini kerana apabila belajar mengenai islam pun, maka islam itu terdiri dari pelbagai juzuk seperti aqidah, fiqh dan tasawwuf(maaf juzuk haraki tidak dimasukkan dalam juzuk-juzuk besar ini).
Apa yang dikehendaki sekular adalah aspek spiritual didalam islam itu sendiri 'dipisahkan' daripada kehidupan itu sendiri.
Pun ramai yang tewas kerana kurangnya menghayati kesekularan diri masing-masing biarpun dianya mengikut haraki atau aliran lainnya. Pada mereka, tertegaknya islam dan tumbangnya sekular apabila islam itu di letakkan dalam konteks berpolitik semata-mata!
Post a Comment