Sunday, July 06, 2008

Ilham...

Ni kisah manusia-manusia lain, tapi cukup memberikan saya tamparan pengajaran yang tiada terhingga:

Qiam

“Bagaimana rasanya untuk merasai kemanisan qiamullail dan bertaqarrub denganNya di malam hari?”

”Insan yang dapat merasai kemanisan di malam hari adalah mereka yang telah berusaha di pagi hari”.

Terasa tak? Saya terasa gila. Saya belum berusaha sehabisnya di siang hari. Qiam bukan bermaksud boleh bangun sahaja, tapi juga merasai kemanisannya. Siapakah dia yang dapat merasai kemanisannya? Jawapannya ada dalam dialog di atas.

Televisyen

Seorang daie pernah ditanya dalam sesi orientasi, apakah satu sifatnya yang berbeza dengan semua orang. Katanya dia tidak menonton televisyen. Semua manusia tercengang-cengang. Tidak tengok tv? Apa yang dia lakukan? Dakwah mengisi masanya sehingga tidak berkesempatan untuk menonton televisyen. Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada.

Terasa tak? Saya terasa lagi. Tidak kuat rasanya duduk di rumah. Kadang-kadang mata melirik juga.

Suami isteri

Seorang suami dipukul sewaktu berdakwah di komuniti yang dikuasai oleh puak Kristian. Cuba memberitahu isteri. Tahu apa jawab isteri? “Teruskan, jangan toleh ke belakang. Anta syahid dulu daripada ana”. Masya Allah...

Kegagalan

Saya jumpa kata-kata ini dalam blog seseorang. Saya tidak berapa faham. Tapi seakan-akan tersimpan makna yang cukup mendalam. Cukup memberikan saya motivasi.

"Apabila kami bertekad dan bercita-cita (himmah) untuk melakukan sesuatu dan tekad dan cita-cita itu berjaya dilakukan, kami merasa gembira sekali sahaja, tetapi jika tekad dan cita-cita yang telah diatur itu gagal menemui matlamatnya, kami gembira sepuluh kali. Ini kerana dengan kegagalan tersebut, terealisasilah pengenalan kami terhadap Allah (ma'rifatullah) dengan ertikata yang sebenar".

Mungkin juga saya faham kata-kata ni. Kesusahan dan kegagalan adalah jalan untuk keluar dari kegelapan. Setelah susah dan gagal, barulah cahaya akan datang dan akan bertemu makrifatullah. Kalau baca buku tasawwuf, kita akan faham hal ini.

Penentang

Saya tidak faham satu perkara. Bagaimana seseorang yang pernah berada dalam jalan dakwah ni dan pernah memahami sunnatullah jalan ini menjadi penentang yang hebat?

Ilham

Bila baca catatan dakwah insan lain, saya menangis. Saya pula bagaimana? Akhirnya Allah beri ilham.

4 comments:

Anonymous said...

assalamu'alaikum ummu.
lin tak faham pasal suami isteri tu..
leh jelaskan..tq :)

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

hmm...

pasal suami isteri..

tu adalah pasangan yang faham Islam...

akan sama-sama saling menyokong...

suami dia pergi berdakwah...dan diserang...

suaminya cuba memberitahu isteri..

kebanyakan isteri mungkin dah gentar..dah takut..dah suruh suami dia balik..

tapi sebab isterinya seorang pejuang juga...dia cakap dengan suami dia - teruskan, jangan toleh ke belakang..nta syahid dulu daripada ana..

dia tidak kisah pun suami dia syahid..malah tu cita-cita tertinggi dia...faham ke? saya merepek lagi nampaknya...

Anonymous said...

o...faham2..ok2..
wah..betullah..bukan senng nak jumpa isteri solehah cam tu skrg..
even..kalo lin..hurm..waallahu'alam..

Ummu Afeera said...

yup..kita berusaha...:)