Saya tinggalkan catatan berkenaan pengalaman di Sungai Congkak buat sementara. Sejujurnya terlalu banyak yang ingin saya catatkan. Saya tidak ingin semua kenangan saya hilang begitu sahaja. Sekiranya saya tidak menulis, fikiran saya begitu terganggu. Saya akan berfikir dan terus berfikir. Saya tidak mampu tidur lena. Saya rela melukis tulisan di kanvas blog ini untuk melepaskan segala kekusutan dalam fikiran saya meskipun kerja yang menanti begitu banyak pada hakikatnya. Saya teringat kata-kata di blog alang - Penulis yang jiwanya memberontak akibat fenomena di sekelilingnya akan menumpahkan segala keluh kesahnya ke dalam karya.
Air mata begitu murah hari ini. Tangisan tiada hentinya. Saya menangis di waktu pagi kerana suatu hal dan saya menangis di waktu petang kerana hal yang lain. Saya jalurkan luahan butir-butir air mata yang tumpah di waktu pagi terlebih dahulu. Saya tidak mengharapkan manusia lain memahami bicara yang satu ini. Tulisan ini lebih pada refleksi diri sendiri sahaja.
Kelas pagi tadi meninggalkan kesan yang mendalam. Kelas tersebut diberikan oleh tetamu undangan dari MERCY. Tersedu sedan saya menangis seperti si kecil. Kawan-kawan sekumpulan sangkakan saya menangis kerana gambar ini.
Saya kira gambar ini sudah terlalu popular. Fotografer gambar ini namanya Kevin Carter. Gambar ini memenangi anugerah Pullitzer karena fotonya yang berobjekkan fenomena kelaparan di Sudan pada 1993. Kepingan gambar tersebut begitu dramatis menggambarkan seorang kanak-kanak yang cuba berjalan tertatih menuju tempat pembahagian makanan. Seekor burung pemakan bangkai berada berhampiran dengan kanak-kanak yang separuh mati akibat kelaparan itu. Burung tersebut memiliki firasat bahawa kanak-kanak ini akan mati. Beberapa bulan setelah mendapat anugerah Pullitzer yang berprestij dalam dunia jurnalistik, Kevin membunuh diri di Johannersburg Afrika Selatan. Dia amat menyesal meninggalkan kanak-kanak tersebut setelah mengambil gambar. Ramai pihak yang turut mengecam tindakannya meninggalkan kanak-kanak tersebut.
Entahlah, saya tidak menangis kerana gambar itu. Saya berfikir dan terus berfikir. Tetamu dari MERCY Malaysia itu kemudianya menanyakan soalan. Mengapa ingin menyertai misi kemanusiaan? Pastinya jawapan yang kedengaran adalah untuk membantu manusia lain. Tiba-tiba kawan-kawan saya yang lain melontarkan nama saya untuk menjawab soalan tersebut. Mereka ingin mengetahui pendapat saya pula. Alhamdulillah, saya tidak dipanggil oleh penceramah. Saya tidak ingin menjawab soalan tersebut.
Saya tidak pasti mengapa saya tidak punya jawapan bagi soalan itu. Saya sepertinya tidak ingin menyertai misi kemanusiaan. Saya kira saya mahu menjadi seorang manusia yang mengubah keadaan. Saya tidak kisah andainya perlu terlibat dalam misi kemanusiaan di dalam bencana semulajadi seperti banjir, tsunami dan lainnya. Tapi saya terfikir mengapa saya tidak ingin mengubah dalam hal-hal bencana yang melibatkan tangan manusia sendiri. Tiba-tiba semacam ada perasaan mahu menjadi ahli politik.
Saya tanyakan pada kawan yang duduk di sebelah saya. Mengapa mereka ini tidak ingin mengubah? Mengapa hanya membantu? Tidak sia-sia ke kerja mereka? Tanpa mengubah, selama puluhan tahun peperangan akan berterusan. Tanpa mengubah, puluhan tahun manusia akan terus melarat.
Menarik hujah kawan saya. Katanya tidak semua manusia mampu mengubah. Politik itu kotor. Saya teringat filem Hindustan Rang De Basanthi. Remaja dalam filem tersebut juga berhujah dengan hal yang sama. Politik itu kotor. Lantas siapa yang mahu membersihkannya? Kata kawan saya lagi, kadangkala kita dah ada jawatan, tapi untuk merealisasikan segala manifesto seakan mustahil. Akan tiba saat masa kita merasakan kita tidak punya kekuatan lagi. Dia memberi contoh filem Constant Gardener. Wanita ini mahu mengubah dan dia dibunuh akhirnya.
Lama saya berfikir setelah mendengar hujahnya. Saya akui kadangkala kita sudah memegang jawatan tetapi untuk merealisasikan segalanya terasa sukar. Saya menangis kerana hal ini sebenarnya. Saya sendiri sukar bergerak meski saya punya jawatan di sini. Saya tidak mampu membina individu muslim.
Saya tersedu sedan merindui kenangan di matrikulasi dahulu. Saya dan sahabat saya, Qilah bersama menghidupkan surau blok. Surau yang sepi pada awalnya akhirnya punya tetamu. Saya rindukan kenangan itu. Kenangan di matrikulasi seakan mengakar di dalam jihat atma. Sukar saya luputkan semua kenangan itu. Saya punya jawatan juga saat itu namun seakan mudah saya bergerak dalam serba serbi urusan kerana punya sahabat yang baik. Seakan-akan saya memahami permintaan Nabi Musa pada RabbNya agar dia dikurniakan seorang sahabat.
[29] Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.
[30] Iaitu Harun saudaraku;
[31] Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,
[32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,
[33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,
[34] Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;
[35] Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami.
(Surah Thaaha:29-35)
Saya merindui sahabat-sahabat saya ini. Rindu yang mungkin tidak mampu saya luahkan lagi. Saya perlukan mereka agar mereka menjadi kekuatan saya. Saya perlukan mereka agar saya sentiasa mengingatiNya. Entahlah, kadangkala saya perlu tanyakan pada diri sendiri sebenarnya, di mana Allah dalam kekuatan saya bila saya lemah begini.
Saya juga dulu bukanlah mereka yang bercita-cita mahu mengubah. Saya dahulunya ingin menjadi doktor kerana mahu ke Palestin. Menjadi doktor hanyalah tiket agar saya mampu merentasi Palestin. Saya mahu membantu saudara saya di Palestin dan saya berharap agar saya dikurniakan syahid di
Terima kasih Kak Maryam. Moga Allah membalas segala kebaikan. Saya ingat lagi kata-kata Kak Maryam mengenai sahabatnya, seorang rakyat Palestin. Rakyat Palestin mengharapkan agar terwujudnya satu daulah islamiah yang mampu membela mereka. Bantuan semata-semata bukan penyelesaian kepada persoalan Palestin juga.
Kemudiannya saya meniti jalan tarbiah ini. Saya mula memahami bahawa ummah ini hanya mampu diubah dengan cara yang sama ummah dahulu diubah. Individu Muslim perlu dibentuk. Islam jawapan kepada semua persoalan yang ditimbulkan.
Ya Rabb, berikan saya kekuatan dalam meniti perjalanan ini. Kadangkala saya tewas Ya Rabb dengan mainan perasaan sendiri. Saya punya cita-cita yang menggunung demi Islam namun saya lemah. Ya Rabb, kurniakan juga sahabat buat diri yang serba lemah ini sepertimana Kau mengurniakan Nabi Harun kepada Nabi Musa...
3 comments:
smoga impian mnjadi as-syahidah doktor mnjadi kenyataan..amin..
sila bc info terkini bkenaan IM di mesir..penangkapan demi penangkapan..
http://www.ikhwanweb.net/Article.asp?ID=17015&LevelID=1&SectionID=0
wassalam..
ameen ya rabbal alamin..
terima kasih untuk link tu...
assalamualaikum afeera..
mahu mengubah harus punya strategi..
mahu mengubah harus punya kekuatan peribadi..
jangan hanya berfikir terus berfikir..
mulakan langkah agar impianmu suatu hari menjadi nyata..
bukan dirimu sahaja yang bercita-cita mahu mengubah..
ramai manusia punya cita tulus itu..
mereka membina kekuatan dari bawah..
jangan terus ditangisi kenangan yang lalu..
kerana kita semua dipertanggungjawabkan dengan sesuatu yang berbeza..
carilah kekuatan diri..
agar suasana kini mampu membuatkan kau menghargai mengapa kau berada disini..
ada sebab Rabb mu mengutuskan kau kemari..
Post a Comment