Saya tatap wajah saya berkali-kali. Saya cuba mengamati wajah saya sambil berkelana memikirkan email yang pernah saya baca beberapa tahun dulu. Akhirnya saya setuju dengan penulis email tersebut. Tiada taqwa pada wajah saya. Air mata menitis lagi. Tudung labuh dan pakaian menutup aurat yang saya pakai terlalu jauh dari apa yang dinamakan pakaian taqwa sehinggakan lelaki yang menjual tiket tempoh hari di Puduraya boleh menipu saya sambil cuba menampar tangan saya.
Kadangkala ingin sekali saya ajukan soalan pada saudara-saudara lelaki seislam yang saya temui, bukankah kamu sewajarnya menyelamatkan maruah saya tetapi mengapa ini yang perlu saya depani? Mana perginya pemuda-pemuda yang boleh saya harapkan perlindungan darinya? Tidak takutkah kamu kalau saya meminta kesaksian di hadapan Allah atas kelalaian kamu? Tidak takutkah kamu kalau kanak-kanak yang dirogol dan dibunuh saban hari meminta keadilan di hadapan Rabbnya kelak? Ingin sekali saya menyalahkan kamu atas apa yang terjadi. Entah kamu peduli atau tidak. Entah bila kapannya kamu akan memahami betapa saya merindui pemerintahan Islam yang mana saya mampu berjalan di dalam negara tersebut tanpa ada rasa gentar. Ingatkah kamu akan kisah di mana peperangan akan dilancarkan sekiranya ada seorang Muslimat diganggu gugat dalam perjalanannnya?
Sejujurnya saya merindui AlBanna yang akan berdakwah di kedai kopi. Saya rindukan pemuda-pemuda yang akan berdakwah di terminal-terminal bas ini. Saya hanya wanita. Kudrat saya amat terbatas untuk mengubah buaya daratan ini. Saya masih mengharapkan kamu. Bukankah kita diikat dengan tali persaudaraan Islam. Kamu adalah abang-abang saya. Kamu juga adalah ayah-ayah saya yang akan cuba menyelamatkan maruah anaknya. Pinta saya, ubahlah kezaliman ini.
Saya juga meminta saudara-saudara wanita yang lain agar turut menutup aurat mereka dan menjaga perlakuan mereka. Sudah puas air mata menitis memikirkan betapa wanita hari ini tidak mendapat penghormatan yang sewajarnya diperolehi oleh dirinya. Kamu bukan sahaja menjatuhkan maruah dirimu sendiri apabila kamu mendedahkan aurat, tapi juga menjejaskan maruah mereka yang cuba menjaga dirinya.
Serasanya saya ingin menjerit meluahkan betapa tertekannya saya melihat ummah yang ada ini. Saya tertanya-tanya mengapa Allah memilih saya untuk melalui semua ini. Barangkali ianya adalah salah satu tarbiah dari Allah untuk menyedarkan saya mengenai hakikat ummah. Mungkin juga ia adalah satu pengalaman yang Allah cipta buat saya agar merasai kehidupan golongan pertengahan yang mana pengangkutannya bukan kapal terbang MAS. Barangkali juga untuk mengampunkan dosa saya yang yang tidak terkira. Tapi saya tersedar akhirnya, ia bukan salah kamu, kamu dan kamu. Hanya salah SAYA semata-mata.
Saya teringat email yang pernah saya baca dulu dan saya bersetuju dengan apa yang dinukilkan oleh penulis tersebut. Nur Allah tiada di wajah saya. Saya percaya pada wajah saya tidak ada serinya seperti wajah para sahabat yang benar-benar meyakini kalimah 'Laailaha illallah' itu. Teringat saya kisah yang diceritakan oleh penulis. Di zaman para sahabat, orang-orang kafir dan yahudi amat patuh kepada Amirul Mukminin. Apabila tiba masa pungutan cukai, para sahabat datang dengan pakaian yang bertampal di sana sini.
Akan tetapi orang kafir dan yahudi amat menghormati mereka. Mereka melambakkan harta di depan rumah mereka sambil berkata "Ambillah mana-mana hak Allah." Setelah mengambil seberapa banyak yang patut, mereka pun pulang. Selepas masa silih berganti, para sahabat diganti dengan para tabien. Ketika ini kerajaan Islam benar-benar utuh dan mewah. Tentera Islam telah berpakaian besi.
Namun, apabila mereka menghampiri orang kafir dan yahudi ini, mereka (para kafir dan yahudi) bertanya "Di manakah orang yang pakaiannya bertampal yang datang mengutip cukai dahulu?" Tentera itu menjawab "Mereka semua telah mati". "Pergilah! Tidak ada cukai untuk kamu. Dan tunggulah sehingga nanti kami akan perangi kamu!" Begitu balasan orang kafir dan yahudi kepada tentera Islam tersebut.
Inilah sebenarnya. Gentarnya musuh Islam terhadap muslim bukanlah kepada kebendaan yang kita ada. Sebaliknya mereka gentar dengan ketaqwaan yang wujud dari dalam. Kerana ketaqwaan itulah yang memancarkan Nur Allah pada muka orang yang memilikinya. Dan Nur Allah inilah yang akan menerangi setiap jalan yang gelap dan membuatkan musuh-musuh Islam dan orang-orang munafiq tunduk melihatnya.
Syahadatul Haq hanya manis di mulut saya sahaja, bukan di hati saya. Segalanya hanya topeng belaka. Sudah..sudah ..sudah...Afeera, Allah tidak membuka aibmu, lantas mengapa kamu harus membuka aibmu sendiri? Ya Allah, bantulah saya memupuk ketaqwaan dalam hati saya sehingga musuh gentar pada saya, Ya Rabb..

2 comments:
dari satu sisi positif,saya rasa cik ummu kena ambil kesempatan ini untuk bercampur dengan orang yang tidak ada 'wajah taqwa'ini.dan di sinilah peluang untuk menarik mereka masuk menghayati Islam.
dari dulu lagi,saya memang cuba untuk membuang 'wajah taqwa' ini.meskipun agak berjaya,masih lagi saya rasa kurang.
alhamdulillah,saya dapat juga orang2 yang jauh beza kefahaman Islam dia dengan saya.at least ada ruang untuk saya bantu dia.
ingat,lagi jahil dia,selalunya,bila dia dapat tarbiyah,dia akan jadi lebih baik dari orang yang sudah 'tepu' dengan tarbiyah nie.
mohon mencadangkan.(haa?huhu)
mungkin kalau dia perempuan..saya tidak punya masalah..tapi dia lelaki..mungkin tanggungjawab awak barangkali...
apa maksud ayat ni - mohon mencadangkan.(haa?huhu)
Post a Comment