Thursday, April 10, 2008

Nukilan..


Itu hasil nukilan dari seorang sahabat. Namanya Atikah. Perkenalan kami hanya menerusi lewat maya sahaja. Belum pernah saya tatap wajahnya. Tapi itulah hakikat ukhwah di dalam Islam. Tidak mengira rupa, bangsa mahupun keturunan. Perkenalan yang terjalin dalam masa sesaat seolah-olah sudah berusia ribuan tahun. Moga ukhwah ini akan kekal sehingga kami menghadapNya.

Sejujurnya terlalu indah ukhwah di dalam Islam. Bila bersua, seakan sudah bertemu sekian lama. Saya masih ingat lagi akan Kak Fanie dari Aman Palestin. Kami tidak pernah menatap wajah antara satu sama lain tapi boleh bekerja bersama-sama seolah-olah kami telah kenal lama.

Saya juga masih mengingati senior saya saat saya di matrikulasi dahulu. Pada pertemuan pertama sahaja, kami sudah boleh bercerita mengenai masalah yang kami hadapi. Itulah hakikatnya ukhwah di dalam Islam. Terima kasih di atas segala ucapan hari lahir dari kalian. Hari ini hanya mengingatkan saya betapa sisa umur yang ada kian pendek. Usia saya kian menuju kematian. AlFatih membuka kota Constantinople ketika berusia 16 tahun. Saya? Apa yang telah saya lakukan selama 21 tahun hayat saya di dunia ini?

4 comments:

Anonymous said...

orang suka menulis..tapi tak ramai yang suka beramal..maka,banyakkanlah beramal agar tidak kelak dipersoalkan Allah di akhirat nanti atas apa yang kita sering tuturkan..

Ummu Afeera said...

saya sudah menjawab komen awak di entri yang special untuk awak yang bertajuk anonymous...

Hawa Mahabbah said...

assalamualaikum wbt..
tq atas penghargaan kamu.. terharu sngt...

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh..

saya juga terharu atas ukhwah ini..