Thursday, April 24, 2008

Lupa...



Saya terlalu sibuk dan mungkin dalam tekanan juga. Saya sendiri tidak pasti mana yang perlu saya dahulukan. Alhamdulillah projek YM dah berakhir tapi masih kena berniaga. Saya juga terlibat dalam aktiviti lain seperti membantu pelarian Rohingya Ahad ni, le tour de Sabah, aktiviti-aktiviti hujung minggu, melunaskan tanggungjawab di kolej dan lain-lain lagi. Tertekan juga sebab kena bantu drama sedangkan saya tidak pernah memberikan nama. Saya merasakan tiada satu penglibatan pun yang saya fokus dengan baik sebenarnya. Memegang jawatan benar-benar memberikan tekanan. Menjadi follower dan buat kerja sahaja tidak sesukar menjadi leader. Sejujurnya saya tidak pernah suka memegang jawatan kerana saya tidak layak untuk memegangnya.

Saya sendiri tidak pasti kenapa mudah sangat bila orang tanya nak pergi tak, ringan sahaja mulut menjawab boleh. Bila menyesal dan nak tarik diri, dah tak boleh dah. Surat pun dah sampai. Duit pun dah bayar. Sedangkan Pro Exam kian menjelma bulan Jun ni. Saya sendiri tidak pasti bagaimana caranya untuk mengulangkaji pelajaran saya yang melibatkan semua subjek yang dipelajari dalam dua tahun ini. Dan dalam kesibukan yang amat ni, diri sendiri difitnah. Wahai pemfitnah, ingatlah dalam ayat Quran, Allah mengungkapkan dua kali yang fitnah ni lebih buruk dari membunuh. Satu ayat guna ‘akbar’ (lebih besar) dan satu lagi ayat guna ‘asyadd’ (lebih teruk). Kalau masih tak terasa lagi, masih bongkak lagi, saya lepaskan hal fitnah ni pada Hakim yang berkuasa di akhirat. Tiada dah waktu tu ‘bawah meja kerusi’ (birokrasi).

Sejujurnya bila saya terlalu penat, saya rasakan saya kehilangan diri sendiri. Saya gagal mengawal emosi. Saya gagal jadi anak yang baik. Saya gagal jadi akak yang baik. Saya gagal jadi kawan yang baik. Saya gagal jadi sahabat yang baik. Dan yang utama saya gagal jadi hamba Allah yang baik.

Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa sibuk sampai macam ni? Kelas malam pun berturutan. Baru nak mengulangkaji satu subjek, dah kena ulangkaji yang lain. Mock exam pula lagi dua minggu. Sampai saya katakan kat kawan saya, kalaupun saya tak penat dari segi fizikal, saya amat penat berfikir. Insomnia dan sering mengantuk dalam kelas menjadi habit sejak akhir-akhir ni. Mungkin juga saya bukannya sibuk, Cuma perasan sibuk sebab dah tidak boleh nak ‘cope’ dan tiada proper time management.

Bohonglah kalau ada yang kata saya menulis sebab ada masa. Saya menulis dalam kesendatan masa. Ini juga satu-satunya cara saya melepaskan tekanan dan segala macam perkara yang bermain dalam kotak fikiran saya.

Saya teringat kata-kata seorang akak dari UIA yang buat elektif kat sini. Kalau nak cerita kesusahan buat medic ni, tidak siapapun faham. Ceritalah dengan family, family pun tak boleh nak faham. Meskipun diorang redha dengan keputusan tapi nak memahami tu sukar hakikatnya. Kalau nak cerita kat kawan, kawan pun buat medic jugak. Berbeza pula persepsi dia dengan kita. Nak cerita dengan pensyarah, pensyarah kat sini luar biasa, tak terikut diri ini jejak langkah mereka. Akhirnya siapa yang faham? Allah juga.

Ada yang cakap kalau buat medic ni susah sepanjang hayat. Entahlah. Tiada komen. Lebih baik sibuk kat dunia, biar dapat berehat kat akhirat, kan?

Apapun yang menyentuh hati saya adalah kunjungan saya ke blog peribadi seorang akak. Ya Allah, kata-kata di situ benar-benar menyentuh hati saya. Saya terlupa sebenarnya apa yang saya lalui ini adalah tarbiah dari Allah. Saya terlupa modul tarbiah Allah dalam rona perjalanan kehidupan saya. Saya terlupa modul tarbiah Allah adalah modul yang paling bijaksana. Saya terlupa Allah menarbiah saya 24 jam sehari. Dia ada untuk mendengar segala permasalahan saya.

Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan diatas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktivitas dakwah. Apabila anda teguh diatas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian. Nescaya kepedihan akan sirna,kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala. [Penawar lelah pengemban dakwah] *Dr Abdullah Azzam*

P/s – entri ini ditulis awal..tak sempat publish..saat ini sudah pukul 12 malam, baru sahaja pulang dari kelas School Preparedness Programme dan bantu drama.. esok ke KLIA, petang kelas seperti biasa dan malam pun ada kelas revisi..Ya Allah, berikan saya kekuatan untuk melangkah terus...Maaf kat sesiapa kalau saya ’kehilangan diri sendiri’....

4 comments:

aliar0ney said...

salam =)

hadapinye dgn tabah,kak feera dah di tentukan utk berada di jalan medic ni,insyaAllah merupakan yg terbaik kan=)..kkdg rase jugak mcm kak feera rase,tapi sentiase cube ingatkan diri,n rase nye berkesan,nk share ngn kak feera jugak spy akn senyum sentiase and akn rase gembira menghadapi mock xm n pro xm yg kian hampir walaupun di himpit dgn pelbagai kerje2 sampingan=)..

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"
[Al-Baqarah: 186 ]

Ummu Afeera said...

terima kasih alia..akak hargai komen yang alia tinggalkan..terlalu mendalam..kita bertemu hanya sekejap..belum berjalan taaruf yang sebenarnya antara kita..namun cukuplah untuk akak katakan bahawa ukhwah itu terasa indah..terima kasih alia kerana memberi akak motivasi..

Demi Allah yang Maha Esa,sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu, menitisnya air mata tatkala berasa rindu,
menitis air mata tatkala berasa jauh, tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan,
kerana ku tetap yakini Allah menyatakan
”wajiblah cintaKu kpd orang yang berkasih sayang kepadaKu”
-Asy-Syahid Hassan al-Banna

Anonymous said...

salam..
feera, benar..benar sekali..tekanan kerja begitu terasa kala ini..
penat..lelah..lemah dan sebagainya dikumpulkan menjadi satu..memang tiada makhluk Allah yang akan faham jeritan hati kita saat ini.. betapa tertekannya..betapa tersempitnya.. Astagfirullah al azim..
bertahanlah wahai sahabat.. ini tarbiah dari Allah..ini pengalaman yang amat berharga, bak kata syahril masa debriefing hari tu " pengalamnya sangat banyak, sangat berharga, namun tak semua yang mampu meraihnya".. bagi hambaNya yang berfikir, tarbiah ini adalah jalan kita untuk melihat kembali kelemahan dan kemampuan diri.. menilai kembali mana2 kekosongan yang boleh diperbaiki..
Haish.. saya sendiri mengakui amat lemah melalui tarbiah ini.. hati ini masih perlu dididik untuk lebih lembut dan lentur dalam melalui dunia yang penuh liku dan duri..

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

betul kak..hati saya juga perlu dididik agar lebih lembut dan lentur melalui rona kehidupan ini..

terima kasih kak..saya terharu dengan komen akak..