Wednesday, April 02, 2008

Buku Antologi Cerpen Palestin...

Alhamdulillah atas kelahiran antologi ini. Tidak pernah terbayang bahawa cerpen saya yang pertama akan terpilih untuk dimuatkan dalam antologi ini. Serasanya malu untuk membaca kembali atau menggali kotak peti email untuk mencari balik cerpen tersebut kerana saya pasti cerpen tersebut jauh dari kesempurnaan.

Saya ucapkan terima kasih buat Azree kerana sudi memilih karya saya di saat terlalu ramai yang menolak tulisan saya. Tulisan tersebut lahir dari rasa berkobar-kobar yang ada buat Palestin. Rasa cinta yang terlalu menggunung pada Palestin membuat saya menulis meskipun saya tahu pasti terdapat lompang di sana sini.

Saya tidak punya kekuatan material untuk diberikan pada Palestin, cuma sebuah tulisan yang mungkin masih jauh untuk menerjemahkan kezaliman yang dilalui mereka. Insya Allah, segala keuntungan jualan antologi cerpen ini akan disalurkan kepada Palestin. Saya menggalakkan sahabat-sahabat membelinya. Bagi yang berminat bolehlah mengunjungi blog saudara Azree.

Klik sini.

Saya juga mengalukan kritikan dari sahabat-sahabat semua.

Senarai cerpen dan penulis:

1. Mujahid Kecil – Khairunnasriah

2. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin – Huda Soid

3. Hujan Mengguyur di Al-Quds – Fahd Razy

4. Warkah Kala Hari-hari Berdarah – Ghafirah Idris

5. Skizofrenia – Noor Azree

6. Rebah di Pangku Wahyu – Dini Syarif

7. Izrail Sibuk di Gaza – Hafeziftiqar

8. Untukmu Palestin – Nuaym Budiman

9. Senja di Jabaliya – Mohd Khairul Adha Mohd Jamil

10. Imma Sa’adah Wa Imma Syahadah – Wan Yusra Hananah

11. Wanita Anak Palestin – Ilhami

12. Espirit De Corps – Nimoiz TY

13.Beza Dua Wajah – Safiyah

14. Mawar Itu – Ummu Afeera Zainulabid

15. Setulus Cintamu Mujahid – Umi Khaltum Abdullah

3 comments:

NJ said...

salam..
boleh email pada azree aje ;)
nice writing in there! teruskan! ^__^

Ummu Afeera said...

waalakumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

terima kasih sebab maklumkan..

hakikatnya..masih banyak yang perlu dibaiki..

salam ukhwah dari saya..

zainalhazmi said...

Salam,, tahniah sebab ada kesedaran seperti ini,, terharu apabila ada di antara saudara-saudari kita yg mempunyai inisiatif utk membantu muslimin dan muslimat di negara Palestin sana,, andai bantuan kewangan dan kebendaan tidak bisa dihulurkan, inisiatif seperti ini boleh digunakan disamping tidak lupa utk berdoa pada yang Maha Kuasa agar org Israel mendapat hidayah Allah dan berhenti dr melakukan penindasan.. sama2 la kita berdoa agar penduduk Palestin bebas dr belenggu kekejaman dan penindasan,, takbir ! Allahuakhbar !