Kadangkala bila saya temui mereka yang tiada langsung perasaan empati dan simpati, saya rasa macam teringin sangat nak buat pembedahan ke atas mereka dan ingin berkata kepada mereka, "Rasakan". Huhu..Saya tiada apa-apa lesen atau sijil untuk melakukan pembedahan. Saya tahu perasaan ini salah, tapi sikap sesetengah manusia kadangkala menjengkelkan.
Saya kira saya juga bukanlah seorang yang memiliki naluri empati dan simpati ini pada mulanya. Tapi perasaan ini hadir hanya setelah bergelar pesakit. Saya bertemu dengan doktor, jururawat,attendan, kawan dan mereka yang baik sepanjang bergelar pesakit, dan saya juga bertemu dengan mereka yang jahat juga.
Hanya setelah bergelar pesakit, saya memahami makna kesakitan. Kalau saya ceritakan kepada rakan-rakan yang belajar perubatan bersama-sama saya mengenai prosedur 'laparoscopic diagnostic', pastinya mereka akan menganggapnya biasa sahaja kerana saya juga berperasaan sedemikian. Tapi hanya setelah bergelar pesakit, saya faham betapa berbisanya prosedur tersebut. Perut akan diisi dengan gas sewaktu prosedur dilakukan. Setelah prosedur, gas-gas inilah yang menendang jahitan dan luka. Sukar untuk memahamkan manusia lain akan apa yang saya dan pesakit lain rasai. Kerana kesakitan tersebut, tekanan darah saya tinggi dan saya disuntik dengan suntikan morphine. Saya kira hampir 4 kali saya disuntik dengan morphine.
Waktu saya menjerit kesakitan sewaktu jahitan dibuka, seorang jururawat mengatakan bahawa ia hanya psikologi saya belaka. Waktu tu nak saja saya katakan padanya, "Biar saya buat perkara yang sama pada nurse, dan kemudian saya akan katakan bahawa ianya 'psikologi' belaka". Geramnya tapi tak terluah.
Seorang doktor Cina memberi suntikan IV antibiotic kat tangan saya tanpa urut dan sekali cucuk sahaja. Ya Allah, sakit sekali. Bila saya katakan sakit, dia hanya menjeling sahaja. Seorang doktor India juga melakukan prosedur yang sama, tapi apabila dia melakukannya dengan perlahan dan mengurut tangan saya, kesakitan yang saya rasai adalah minima. Kadangkala saya fikir, setiap doktor perlu menjadi pesakit dahulu, barulah mereka akan memahami apa yang dirasakan oleh pesakit.
Waktu saya berbaring di atas stretcher, baru saya fahami perasaan takut. Tapi nurse yang menolak stretcher saya sedang berbual dengan nurse yang lain berkenaan kulit wajahnya dan Mustika Ratu. Geramnya saya. Kenapalah tidak cuba menenangkan pesakit?
Waktu saya diarahkan untuk mengeluarkan tangan dari baju bedah yang saya kira jauh dari kesempurnaan, nurse tersebut tidak menutup langsir dengan sebetulnya. Ya Allah, kerja sambil lewa sahaja. Geramnya saya. Apa saya ni haiwan yang tidak punya rasa malu? Sedarlah, anda berhadapan dengan manusia yang Allah kurniakan rasa malu padanya.
Kalau suatu hari nanti, Allah takdirkan saya menjadi pensyarah, saya pasti akan menggagalkan anak murid saya yang bersikap kurang ajar seperti ini. Anda tidak layak menjadi doktor mahupun jururawat. Ada satu insiden yang terlalu memalukan, tetapi saya tidak ingin mencoretkannya di sini. Saya dimalukan di hadapan pesakit dan keluarga yang lain. Tapi biarlah ia tersimpan kemas dalam minda saya sahaja. Harapkan nama sahaja Associate Professor, tapi perangai..huhu..tidak usah saya katakan.
Apapun, saya ucapkan tahniah kat kolej saya yang memperkenalkan konsep cognitive dan affective domain. Cognitive ni macam akademik dan affective ni cam akhlaq. Kalau dapat A cognitive, tapi C Affective, markah final C. Mungkin agak kelakar bagi manusia lain, tapi saya hargai sistem ini. Kami disuruh menulis log book (macam diari) setiap minggu, kami diminta menghantar folio kami setiap kali selesai peperiksaan akhir, kami di'assess' berkenaan cara pertuturan kami dengan pensyarah, kami wajib datang ke kelas tepat pada masanya dan kami juga ada peer assessment. Kawan-kawan kami juga menganalisa kami. Ya, memang bagus. Sebab manusia yang tidak punya akhlak yang baik tidak layak menjadi seorang doktor, farmasi dan Muslim.
Setelah bergelar pesakit juga, saya rasa macam takut nak mengikuti program sunathon lagi. Saya takut nak bantu menjahit lagi. Entahlah, mungkin sebab saya sudahpun faham apa maknanya kesakitan. Masih saya ingat lagi soalan seorang doktor Benggali yang agak tampan :) waktu melihat luka saya, adakah saya akan mengingati kesakitan ini apabila menjadi doktor kelak? Saya katakan, saya akan ingat. Dia tanya lagi, adakah saya akan melakukannya dengan tergopoh gapah? Saya katakan tidak. Cukuplah, memang sakit dan saya akan memahami kesakitan pesakit saya kelak. Insya Allah.
Terbayang movie The Doctor yang pernah saya tonton. Kisah doktor yang sangat kurang ajar, tetapi menjadi baik hanya setelah bergelar pesakit. Rasanya apa yang saya lalui adalah nikmat yang Allah kurniakan. Satu persediaan untuk menjadi doktor yang baik pastinya. Ya Allah, saya perlu belajar dengan baik agar saya mampu menjadi doktor yang baik. Terlalu banyak perkara yang saya tidak tahu lagi.
Buat mereka yang cemburu sebab saya tidak perlu melalui latihan terendak, percayalah apa yang saya lalui mungkin sama sahaja dengan apa yang anda lalui. Saya juga telah diletakkan dalam keadaan yang cukup stress, saya juga sudah dimalukan. Entahlah, sama sahaja rasanya apa yang kita lalui. All the best for Terendak.

10 comments:
Salam,
Tahniah atas blog yg banyak memberi peringatan... banyak yg along boleh belajar dr hasil nukilan afeera di sini...
Along doakan Afeera cepat sembuh; everything that happens in our life, no matter how hard we think it is, cuma lah sekelumit jentikan halus yg Allah turunkan buat kita.
Everything happens for a reason; itu semua orang boleh kata... kadang kala kite nak sedapkan hati, maka kita akui statement ni, tapi percaya-lah afeera, suatu hari nanti, pabila kite berdepan dengan satu situasi, pasti kita akan teringat pengalam 'sukar' ini... this is something that i can say based on a little bit of life experience yg pendek ni...
Gunakan masa rehat ini dengan secukupnya, insyaAllah you'll learn a lot more from this experience
-along
terima kasih along..
bila nanti cik ummu sibuk waktu sihat nanti,pasti terkenang balik waktu2 best duduk2 atas katil pesakit nih sekarang.hahaha
saya dah mula merindui kehidupan saya di hospital..
haaa?dah keluar ker?
hari ahad lagi saya dah keluar....
teruknya cikgu... ha ha ha
:)
sehhh...baru nak buat kenduri doa selamat..
saya gembira bila cik ummu dah discharge from hospital.
bleh la mengundi ehhh...undilah untuk Malaysia ehh...huhuhu
saya belum cukup umur lagi...bulan April nanti baru 21 tahun...
Post a Comment