Friday, February 22, 2008

Ikhlas dan writer's block..


Saya baru sahaja selesai menghadiri majlis ‘Sunathon Appreciation Night’. Ada pengajaran bermakna yang saya perolehi dari majlis ini iaitu kata-kata yang keluar dari insan yang saya kagumi, Prof Latiff berkenaan keikhlasan.

Ya, ikhlas. Ikhlas sehingga tidak mengharapkan apa-apa. Saya memuhasabah diri saya sendiri terutamanya berkenaan syndrom Writer’s block yang saya alami. Saya berhenti menulis untuk blog dan yahoogroups kerana konon-kononnya ingin menulis novel. Apabila saya mula memikirkan ingin mendapat sesuatu dari tulisan saya, terlalu sukar untuk menulis hatta sebaris ayat. Keikhlasan itu hilang. Ya Allah, kini saya menyedarinya.

Bila kita mula bertanya, apa yang akan kita perolehi dari sesuatu pekerjaan yang kita lakukan, bermakna keikhlasan telah mula hilang. Ya, benar. Dan saya benar-benar memahaminya kini. Allah memberikan semula ilham untuk menulis apabila saya telah membetulkan niat saya kembali. Terima kasih Allah atas teguran ini.

Keikhlasan, saya mula memahaminya kini.

2 comments:

Anonymous said...

ikhlas?

ikhlas akan ada setelah banyak kita memberi hak kita pada orang lain.

orang yang tak ikhlas,dia mungkin sekali sekala ajer memberi.lepas tu dia dah tak bagi dah.

Ummu Afeera said...

oo ye? saya baru tahu..terima kasih kerana berkongsi ilmu..