Tuesday, April 24, 2007

Kecewa..



Ni entri suka-suka. Ada kaitan dengan saya. Tapi secara tersirat. Kalau tidak faham, abaikan sahaja. Saya menulis suka-suka.
----------------------------------------------------

Kecewa. Terluka. Aku sudah melaluinya. Soal hati dan perasaan hanya menambah sengsara di perdu atma yang paling dalam. Usah kau ingatkan lagi semua ini. Aku manusia biasa. Tidak ingin ada sendu rayu dalam tutur bicaramu. Aku bukan malaikat yang tidak tergoda dengan pujuk rayu sang nafsu. Tingkah memori pertama hanya menambah pijar di hati. Kita pernah bertemu. Pernah menyulam rasa rindu dalam diam. Dua hati bertemu dalam mandala yang sama.

Bukan mudah untuk aku melupakan semua. Seringkali aku tertanya-tanya, siapa mahu memahami dilema yang kian mengganas ini? Badai yang kian bergelora dengan kencangnya. Aku hanya berbohong kononnya ripuh menyediakan diri untuk imtihan. Sebenarnya aku mencari balik makna kekuatan. Aku mahu kembali persis seperti dulu tatkala aku melangkah ke mandala ini. Kehidupan meninggalkan beberapa nostalgia di jiwa.Aku hanya berharap usahaku bukan satu picisan.

Aku semakin yakin bahawa dunia ini adalah sebuah pendustaan. Sebuah sandiwara yang dilakonkan. Akhirnya aku tersentak. Marsum maya darimu sahabat membuat aku berpijak di alam nyata. Rupanya aku telah lama melupakan Rabbku. Terima kasih sahabatku, penghapus air mataku. Aku akan kembali. Aku tidak ingin tergugat hanya kerana seorang jejaka. Setiap pejuang mungkin pernah mengalami rasa kecewa. Pernah terhiris dengan setiap butir dosa. Dia sering dimungkiri. Tapi yakinlah semua itu tidak akan sesekali melemahkan keikhlasannya dalam berjuang. Aku akan kembali. Aku akan menjadikan nasihatmu sebagai tombak untuk melawan badai nafsu.

Ingat lagi sebuah kisah yang tersohor berkenaan Hassan Al Basri? Sepasang mata menjadi hadiah. "Kenapakah kau mengikutku?". "Aku tertarik kepada kecantikan matamu." Jawapan yang cukup angkuh. Namun mengundang seribu sesalan apabila bungkusan merah berada di tangan Al Basri yang muda belia itu. Wanita itu mencungkil matanya. Lupakah aku bahawa Al Basri juga pernah kecewa? Kecewa itu membuatkan Al Basri terhiris dengan dosa air mata sendiri. Taubatnya akhirnya menjadikan dia ulama tersohor di zamannya.

Aku pernah membaca buku Maalim Fittariq. Tapi sedikit sekali yang aku tahu mengenai penulisnya. Syed Qutb juga pernah kecewa rupanya. Kecewa saat wanita yang ia cintai karena Allah dan telah melakukan proses ta’aruf dengannya membatalkan kesepakatan menikah . Lalu Syed Qutb memutuskan bahawa hidupnya akan ia serahkan hanya untuk cinta Allah sahaja.

Imam Syafie juga pernah kecewa saat ibunya tak punya biaya untuk menyekolahkannya ke pendidikan agama.

Pelopor perjuangan intifadhah pernah kecewa dan melancarkan Amaliyyah Istisyhadiyah pertama kali saat bangsa-bangsa Arab hanya diam membisu atas perjanjian Camp David, namun tindakannya dan kekecewannya itu mengobarkan semangat seluruh rakyat Palestin untuk berjihad.

Kekecewaan itu biasa. Hanya satu yang harus dilakukan. Hapuskan airmata lalu melangkah. Hijrah karena Allah semata dan menuju kaffah. Kesalahan-kesalahan dan kelalaian diri pasti mengikuti gerak langkah. Pastinya aku tidak akan diam meskipun langkah tersebut berdarah melawan nafsu.

Pekik kemenangan mencium darah-darah syuhada sudah kedengaran. Masih ada yang perlu dilakukan untuk menebus harga diri yang kian terobek. Soalan anak kecil Palestin, “Di manakah saudaraku kaum Muslimin?” meninggalkan bekas yang pastinya tidak akan terpadam. Bangkitlah!! !

3 comments:

Azree MH said...

Saya teringat satu ayat yang memberikan kekuatan kepada saya:

"Losers quit when they fail, WARRIORS fail until they succeed"

Ingatlah, orang bijaksana sentiasa mencari kesusahan kerana kesusahan itu yang akan buat mereka lebih berhati-hati. Dan kerana kesusahan itu juga yang memberi mereka 'pengalaman' paling berharga!

nik_khoir said...

Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dariNya. Akak tak pasti apa yang menyebabkan adik kecewa, tapi akak amat bersyukur bila adik mula punyai semangat untuk bangkit kembali.

Sekadar perkongsian tentang hati. Hati sentiasa ingin disayangi dan dilindungi..akak pun pernah diuji Allah dalam mencari sebuah cinta insani..namun akhirnya akak akur, cinta Allah itu yang lebih hakiki. Syukur, sekalipun berbekas kecewa di hati,tapi ada hikmah yang cukup besar yang akak perolehi iaitu.. Cinta ALLAH!!Subhanallah..

Ummu Afeera said...

nurani nafa, terima kasih :)

kak khoir, saya saje menulis tentang jejaka..buat kontroversi sahaja..saya menulis buat mereka yang pernah kecewa..sebenarnya tiada apa-apa..kecewa saya adalah berkenaan soal lain..ala kulli hal, terima kasih di atas nasihat yang diberi..