Tuesday, April 17, 2007

Cukup...


Saya akan menjawab segala komen selepas exam final Jumaat ini. Saya perasan seolah-olah ramai yang memberi komen:) Saat ini saya hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati. Bercerita tanpa tahu hujung pangkalnya.

Kadangkala saya berasa pelik. Ada juga yang sudi membaca tulisan yang memang koyak ni. Kelakar pun ada bila melihat keyword analisis pengunjung blog ini. Ada yang mencari berkenaan payu dara yang seksi, jihat dara dan macam-macam lagi. Kelakar kan?

Blog ini hanya tempat saya melepaskan kekusutan hati saya. Bercerita tentang dilema yang kadangkala mengganas dan adakalanya saya membuat kerepek (merepek) sahaja.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai masalah berat badan yang saya alami. Berat badan saya naik mendadak sewaktu di matrikulasi. Saya risau dengan hal tersebut. Apapun, saya akan cuba untuk mengurangkan berat badan saya dengan perlahan-lahan. Saya perlu menjadi doktor yang sihat.

Dalam hidup ini, saya mencari makna kejujuran. Saya ingin temui manusia yang menerima saya seadanya.

Entahlah, saya sebenarnya tidak pasti apa yang perlu saya tintakan di sini. Saya memang ‘down’ sejak minggu lepas lagi. Tiada mood untuk melakukan apa-apa. Malas untuk tilawah. Malas belajar. Malas untuk melakukan segala-galanya. Saya sedang melalui apa yang dinamakan sebagai musim kefuturan. Saya perlu bangkit semula.

Kan saya dah cakap. Saya bercerita tanpa tahu hujung pangkalnya. Hmm..saya mahu cerita tentang berat badan sebenarnya. Kadangkala manusia ini sukar bukan untuk bersyukur. Sukar untuk berasa cukup.

Saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Saya? Saya sempurna, tapi apa yang saya telah lakukan?

Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti awak ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Katakan cukup. Belajar bersyukur. Itu nasihat saya buat diri saya. Allah tidak sesekali memandang rupa paras. Hanya taqwa sahaja yang berada dalam penilaianNya.

p/s – sempat lagi saya mengupdate blog meskipun final tinggal beberapa hari sahaja lagi. Doakan saya.

3 comments:

Anonymous said...

Saya pernah terbaca Sdri menulis tentang usrah. Apakah Sdri mempunyai apa-apa pandangan atau ulasan tentang artikel saya di sini?

http://usrah2007.blogspot.com/

Jika ada, silakan menulis. Sekurang-kurangnya dapat diperbaiki artikel saya tersebut.

Terima kasih. FAO

Anonymous said...

assalamualaikum
i juz want to say thanks to u. y? sbb anda tlh menenangkn hati sy yng gelisah dan sedih sejak-dua menjak ini berkenaan satu perkara:kecantikan. i alrdy know d fact i'm not pretty like others, cuma sbb lately someone said to my face that i'm ugly n it makes me down. it makes me questioned myself sometimes dat y my face is likes this n that though i knoe it's wrong to questioned wat god gave me. after reading dis though, astaghfirullah, i regretted dat i ever think of dat, who cares wat mortal human says since d view that we must care is GOD's only. sprt seseorng prnh berkata: kecantikan itu pada mata yang memandang. (^_^)

Ummu Afeera said...

Fathi Aris Omar, saya bukan insan yang sesuai untuk mendalami dan manulis komen berkenaan entri saudara. Maaf.

Zamir, :)

Anonymous, terharu saya membaca komen saudari. Sabar. Pasti Allah akan temukan anda dengan insan yang sebaiknya, yang layak buat saudari.