Tuesday, April 10, 2007

20 tahun...


“Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke -20. Semoga sentiasa dalam keberkatan dan redha Allah”. –Syuhada-

“Dear, my dear Afeera in conjunction with ur belated day, asked Allah to make u happy, make u smile, guide u safely, thru every mile, grant u wealth, give u health, and most of all, give u care and love u well. Wallahuwalliyuttaufiq. Be a good Muslimah”. –Kak Ngah-

“Whatever mood u r in now, I wish somehow, my sms made u SMILE! Hepi Besday! Semoga perjalanan yang masih panjang ini dimanfaatkan untuk bekalan di hari yang dijanjikan Allah pasti datang!”. –Ain-

Sms yang saya terima dari sahabat-sahabat saya ini mengingatkan saya bahawa saya telah menginjak ke usia 20 an, meninggalkan usia belasan tahun. Saya rindukan sahabat-sahabat saya ini. Makan di dalam dulang yang sama. Sakit perut bersama. Tidur bersama. Qiamullail bersama. Indahnya zaman itu. Zaman dikelilingi biah (suasana) Islam.

Indah ikatan ukhwah itu. Ianya terlalu indah sehingga tidak mampu diterjemahkan dengan kata-kata. Mengenali mereka membuatkan saya mengenali makna ukhwah Islamiyah. Saya merindui mereka. Terlalu rindu. Masih saya ingat dakapan terakhir kami sebelum berpisah. Kami berjanji untuk tidak menitiskan air mata, tetapi ianya gugur tanpa dipinta.

Hari ini, masing-masing membawa haluan sendiri. Tapi ikatan hati tidak mungkin dipisahkan. Kami yakin, sekiranya kami tidak bertemu di dunia, pasti Allah akan menemukan kami di akhirat.

Sememangnya saya telah lama tidak hadir ke program-program pengisian. Saya hanya mengikuti program yang diadakan di kolej memandangkan kehidupan saya yang kian sibuk. Bukan hati saya tidak mengingini sebuah pertemuan, tetapi atma saya terus-terusan memujuk bahawa saya tidak boleh mementingkan diri sendiri.

Saya tidak ingin apa yang saya lalui hanya dinikmati oleh saya sahaja. Saya ingin orang-orang di sekeliling saya turut merasai nikmatnya bernafas di dalam suasana Islam. Saya ingin sekali kawan-kawan yang ada di sekeliling saya turut merasai semua itu. Saya perlu menyumbangkan sesuatu untuk agama ini.

Sudah 20 tahun saya hidup di bumi Allah. Sekiranya saya ditakdirkan hidup sehingga usia 21 tahun, saya hanya punya masa selama setahun sahaja dari sekarang. Sekiranya saya ditakdirkan pergi esok, hanya tinggal sehari sahaja bagi saya. Pertambahan usia mengingatkan saya bahawa ajal saya kian hampir.

Saya bukanlah seorang yang takutkan kematian meskipun saya kerapkali membayangkan kehidupan saya di dalam kubur. Dikelilingi tanah, tinggal berseorangan, tiada computer, tiada aircond, tiada teman berbual dan tiada apa-apa di sana. Yang ada hanyalah amalan. Setiap kali saya melawat laman web Harun Yahya, saya berasa cemburu padanya. Dia tidak perlu takutkan kematian. Dia sudah menyediakan bekalan untuk ke alam sana. Perasaan ini juga hadir tatkala saya melihat aktivis-aktivis dakwah yang sibuk ke sana dan ke mari untuk memperjuangkan agama Allah.

Sebenarnya saya malu dengan Allah. 20 tahun lamanya saya di dunia. Apa yang telah saya lakukan?

Nikmat Allah pada saya terlalu banyak. Tidak mampu saya fikirkan. Saya ambil contoh berkenaan cilia. Cilia ini sangat kecil. Bayangkan 1 cm. Bayangkan 1 mm. Bayangkan 1 mm dibahagi 600. Pastinya kita tidak mampu membayangkannya. Cilia membantu kita untuk merembeskan mukus atau kotoran dari badan. Banyak pergerakan yang berlaku di dalam tubuh manusia memerlukan bantuan cilia. Sekiranya cilia gagal berfungsi, kita akan terkena penyakit Kartagener’s Syndrome. Sperma lelaki tidak mampu bergerak sekiranya terkena penyakit ini. Itu adalah sehalus-halus ciptaan Allah di dalam badan kita. Dan ada yang lebih halus dari itu.

Semua yang ada pada kita adalah nikmat. Tidak mampu kita fikirkan. Tidak mampu kita untuk menghitung nikmat Allah. Ibadah kita tidak akan sesekali mampu membalas hatta satu nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Terasa kerdil diri ini di hadapan Allah.

20 tahun. Banyak sekali perkara yang perlu saya renungkan. Saya perlu mengiktibari kehidupan saya sehari-hari di bumi Allah ini.

Saya dan awak perlu berjanji untuk menggembleng tenaga untuk agama Allah. Kita ingin suatu masa nanti setiap titis darah yang mengalir di dalam tubuh kita mampu menghidu keindahan Islam. Kita perlu yakin bahawa kita akan bernafas suatu hari nanti dengan haruman Islam.

Janji Allah itu pasti. Kejayaan Islam itu pasti. Moga suatu masa nanti kita mampu berhadapan dengan Allah dan mengatakan bahawa kita telah berjuang untuk agama ini. Doakan saya terus thabat di jalan ini.

5 comments:

joe penang said...

Jika kau mengejar dunia, nescaya dia akan tinggalkanmu. JIka kau tinggalkan dunia, nescaya dia akan menyerah padamu

al- wa'du
Allahu ghaayatuna
ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
al-Jihad sabiiluna
Al-Mautu fisabiilillah asma amanina

insya Allah

Anonymous said...

cik ummu..hepi belated birthday.dah umur 20 tahun eh..

owhh..maaf la klau saya tersilap kata2 pada cik ummu sebelum ini.

banyak dah berubah blog ini.wallpaper yang ala2 counter strike gitu.dan penuh dengan warna-warni bunga.hahaha...

teruskan menulis.idea2 yang diadaptasikan dari medical perspektif amat saya perlukan.syukron jazilan biahsanil jazaa'.

sekali lagi,eid milad.moga terus bersemangat.

Ummu Afeera said...

joe penang, insya Allah..

anonymous..siapalah awak? saya kira saya akan membalas komen awak ini dalam entri seterusnya..saya tidak bersetuju dengan beberapa perkara...

Anonymous said...

ummuafeera,
terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama2 akak tempohari. syukur ke hadrat Ilahi kerana ummu menemukan sinar dari sesi tersebut.

All the best sis. Semuga kita menjadi ummah yg cemerlang di dunia dan akhirat.

Ummu Afeera said...

Terima kasih Puan Dalilah. Saya hargai komen Puan. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mendengar ucapan puan. Terima kasih atas segalanya.