Thursday, March 29, 2007

Abid..


Pernah dalam satu fasa kehidupan saya, saya ingin sekali mengasingkan diri dari manusia. Teringin yang sangat-sangat. Pernah satu ketika di matrikulasi dulu, saya tidak ingin hadir ke program-program yang tidak bersesuaian dengan jiwa saya. Saya mengasingkan diri di bilik sahaja.Saya melakukan semua itu kerana kejahilan sendiri.

Saya belajar lagi. Tentang surah Furqan. Barulah saya faham definisi abid itu. Saya faham bahawa apa yang pernah saya lakukan dulu adalah suatu kesilapan.

Furqan membawa makna pemisah. Pemisah di antara yang hak dan yang batil. Ia adalah peringatan mengenai hakikat sebuah kehidupan. Di dalamnya terkandung tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah.

[63]Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;

Ayat ini bercerita mengenai abid zaman ini. Sebelum tu, awak tahu tak makna abid ini? Abid adalah perkataan arab yang membawa maksud ahli ibadah. Sebelum zaman Rasulullah, abid ini kerjanya duduk di biara dan beribadah sahaja.

Tapi selepas zaman Rasulullah, abid adalah hamba-hamba Ar Rahman yang berjalan di atas muka bumi dengan rasa rendah diri dan sopan santun. Dia akan hidup dan bergaul dengan masyarakat sekelilingnya meskipun masyarakat tersebut tidak sempurna. Dia bukanlah seorang yang eksklusif, mengasingkan dirinya dari kelompok masyarakat.

Dia membalas kata-kata yang kurang baik dengan kata-kata yang selamat. Dia akan bertemu dengan mereka yang kurang adabnya, tapi dia akan mengambil sebaiknya peluang tersebut untuk berdakwah. Peluang dakwah bagi seorang doktor misalnya terlalu besar berbanding manusia lain. Dia akan bertemu dengan penagih dadah, mat rempit dan macam-macam lagi golongan manusia. Di sini, menjadi tanggungjawab doktor tersebut untuk membumikan dirinya bagi memahami manusia lain. Ingatlah, bahawa daie atau abid di zaman ini bukanlah mereka yang suka menghukum.

Ingat tak kisah Rasulullah SAW dan Rukanah? Waktu zaman Rasulullah pun ada WWF. Rukanah ini sangat hebat dalam bergusti. Lantas pada suatu hari, Rasulullah mencabarnya. Tawaran yang Rasulullah berikan adalah sekiranya baginda menang, Rukanah perlu masuk ke dalam Islam. Rukanah menerima cabaran tersebut. Dan akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan tersebut, dan Rukanah pula memeluk agama Islam.

Rasulullah memberikan contoh dakwah yang baik. Rasulullah tidak mengasingkan dirinya sehinggakan manusia yang jahil pun menerima keberadaan baginda. Rukanah adalah seorang yang popular di zaman itu. Penyertaan Rukanah ke dalam Islam membuka mata orang lain juga untuk menerima Islam. Barangkali awak boleh membayangkan apa yang terjadi apabila David Beckham misalnya yang memeluk Islam. Itulah analoginya keislaman Rukanah.

Terlalu banyak yang perlu kita pelajari dari sirah Rasulullah. Usah asingkan diri dari manusia lain. Kita perlu menjadi mereka yang akan mengubah masyarakat. Moga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk menggalas tugas ini.

11 comments:

zf_zamir said...

saya ada pendangan yang berbeza, mungkin kerana saya sendiri masih terlalu jahil..

tetapi apa tahap toleransi kita terhadap mereka yang lansung tidak faham apa itu toleransi..

nik_khoir said...

Assalamu'alaikum dik.
Kaifa haluki? kaifa imanuki?
Mg terus thabat dalam perjuangan agamaNya. Dalam menggalas amanah ilmu perubatan ini, kita punya tanggungjawab yang lebih besar iaitu sebagai khalifatullah.

Mg kita terus diberi kekuatan olehNya untuk melaksanakan segala amanah dariNya. Buat yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.. for Allah&Islam..

Ummu Afeera said...

zamir, saya tidak pernah merasakan awak jahil...blog awak menunjukkan bahawa awak tidak jahil..

barangkali awak boleh berkongsi pendapat mengenai pandangan awak yang berbeza dengan saya itu..

segala-galanya yang saya tulis ini tidak semestinya benar..

saya sendiri masih belajar..

mengenai toleransi..saya sendiri masih mencarinya..

hidup dalam dunia yang penuh dengan penipuan membuatkan saya terfikirkan persoalan yang sama..

dan adakalanya saya terfikir adakah kita sudah terlalu bertoransi dan beradaptasi dengan perkara di sekeliling kita...

sukar bagi saya hendak menjawab soalan tersebut..

kak khoir,

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh.

alhamdulillah saya sihat..

terima kasih kerana bertanyakan mengenai iman..

soalan tersebut membuat saya terfikir-fikir sendiri..

Anonymous said...

salam..nice to have you around back.

abid..nama wife saye.

harapnye awak terus istiqomah dengan 'jihad' awak.

selamat menjadi doktor/thobib.

abu khair

Ummu Afeera said...

waalaikumussalam warahmatullahi taala wabarakatuh

abu khair, adakah anda mengenali saya?

nama khair dan abid adalah nama yang sinonim dengan saya..

restoran ayah saya bernama restoran alkhair iman..

manakala abid merujuk kepada nama ayah saya ...Zainulabid..yang membawa makna...penghias seorang abid..

nice to meet you:)

Anonymous said...

khair nama anak..saye abuyanya..ahaha.

kenal..lama dah la jugak. sampai awak taknak reply 'salam' saye.

abu khair

Ummu Afeera said...

hmm..abu khair..siapalah awak? saya tak reply salam awak? knl saya? lama? siapa ye ni...??

Anonymous said...

abu khair@faxrul.
saye tak ingat dah brape lama..tapi lama la jugak rasenya.

abu khair

Ummu Afeera said...

oic...

Anonymous said...

kenal? teruskan usaha..saye akan terus menyokong.

abu khair..sokong!!

Ummu Afeera said...

kenal...di alam maya...