Saturday, December 10, 2016

Syukur..

Kawan arab saya pernah cerita. Dia kata tak perlu cemburu pada yang lain. Kadang kita kan suka cemburu.

"Bestnya jadi dia. Pandai"

"Bestnya jadi dia, pass exam"

"Bestnya jadi dia. Ada anak"

"Bestnya jadi dia. Kahwin"

Dia kata kat saya, Allah ini adil. Analoginya Allah bagi semua orang 100. Ada orang 80 dalam pelajaran, 20 dalam kehidupan berkeluarga. Ada orang 20 pelajaran, 20 harta, 60 anak-anak. Campur, darab, tolak, bahagi, semuanya 100.

Kalau kita rasa tak puas hati juga, ini kan dunia. Tak suka ke kalau yang Allah tak bagi itu, Allah simpan di akhirat?

Yang penting dalam hidup ini syukur. Syukur dengan apa yang ada.

Saya penat dengan kerja saya. Kadang balik kerja, anak pula tak sihat. Bawa hospital, ambil neb dan lainnya. Rasa penat sangat.

Masa usrah, kawan saya berkongsi tentang syukur. Dia mengajar anak-anak istimewa. Dia kata, kalau kita rasa dah berat ujian kita, berat lagi ujian lain. Ada yang ada anak autisme, asyik memukul diri sendiri. Ada yang diuji dengan anak yang mengambil najis sendiri dan makan. Macam-macam. 

Ada seorang ibu ini. Anak pertama normal, anak kedua autisme. Sedang hamil anak ketiga. Dan anak sulung ini cakap dengan ibu dia, "Ibu, adik yang nombor tiga ini jangan autisme ye". Menangis ibu ini.

Ada ibu yang mencari lebih tujuh sekolah untuk anaknya,semua menolak untuk mendidik anak istimewa ini. Bayangkan ibu-ibu ini. Banyak yang kita perlu syukuri.

Semalam tolong kawan cucuk femoral line untuk seorang adik umur 24 tahun yang ada SLE dan ESRF (masalah buah pinggang). Rasa beratnya hidup adik itu. Usia muda, tapi susah untuk mendapat venous access. Pasang Tenkoff catheter, migrated pula.

Keluar bilik itu, jumpa MO pediatrik yang perlu membuat prosedur sama untuk budak kecil dalam lingkungan 2 tahun. Allah.

Pasal itu selalu rasa syurga Allah ini luas. Dunia ini ujian untuk semua.

Tapi kita berhak cemburu pada dua jenis manusia. Yang ada ilmu dan dia manfaatkan pada yang lain. Yang ada harta dan dia infaqkan pada yang lain.

Syukur. Syukur. Dan syukur.  

No comments:

There was an error in this gadget